.......SUATU SYOR UNTUK GENERASI MASA DEPAN
Pembentukan negara (nation building) sebelum mencapai kemerdekaan penuh dengan aksi tunjuk perasaan. Disana-sini perarakan besar-besaran dilakukan. Pentadbiran British ketika itu tidak pula menghalang. Ini mungkin kerana mereka sudah pun bertamaddun (civilised) ketika itu. Atau mungkin mereka sudah berada didalam "mood" untuk melepaskan segala tanah jajahan takluknya. Allahu a'lam.
Proses "nation building" ini adalah sesuatu yang berterusan. Ia kebiasaannya berlaku secara perlahan dan berdikit dikit sehingga kita tidak merasakan ada usaha yang dilakukan kearah ini. Kemajuan negara kita kecapi kini adalah kesan dari "nation building" yang berterusan ini.
Kekadang "nation building" ini terpaksa berlaku secara "drastik"..Ini boleh terjadi apabila "gross wrong" atau "gross injustice" telah berlaku didalam pentadbiran negara yang tidak diperbaiki. Apabila keadaan ini berlaku ia akan membawa kita kembali kepada era sebelum ujudnya sistem perundangan. Ia juga boleh meningkat sehingga keluar dari landasan perlembagaan negara. Apabila ini berlaku pihak pentadbir negara akan menuduh penunjuk perasaan sebagai melanggar undang-undang dan mengguna senjata undang-undang seolah suatu jenayah besar sudah dilakukan "nation-builers" ini.
Didalam konteks Malaysia, 'nation building" secara ini sewajarnya berada langsung dibawah Yang Dipertuan Agung. Hanya Agung bersama Majlis Raja-Raja (sewajarnya tanpa nasihat dari PM atau pihak eksekutif) yang dapat menilai kebaikan dan keluhuran isu yang dibawa pihak penunjuk perasaan. Sekira pihak majlis raja-raja mendapati berasas isu tersebut wajarlah dibawa terus keDewan Negara untuk dibincang, semak kesahihan dan memperakui tanpa melalui Dewan Rrakyat.