Laman bukan-politik (apolitical) bertujuan memberi sebaik kefahaman kepada orang-ramai terutama dari generasi baru tentang ilmu kenegaraaan, pentadbiran dan lain-lain demi persiapan minda dunia pertama 2020. Blog ini adalah peti simpanan ilmu untuk kegunaan masa depan.
Friday, September 30, 2016
Institusi Dan Aktiviti Islam Mesti Ada Ruh Dan Akhlaq Islam - Kisah Korban Yang Tak Sanggup Berkorban
Sesuatu yang tak patut berlaku didalam Islam.. Pada Raya Korban lalu (2016) adalah surau ni buat korban. Daging lembu diagih melalui sistem kupon yang diberi terlebih awal. Semasa pengagihan tu datanglah seorang miskin lagi dhaif yang tiada kupon. Dia merayu untuk diberi daging, secebis pon jadilah. Mungkin kerana mengidam dia meminta. Tapi dia dihalau (katanya oleh pegawai surau. Ini tidak dapat dipastikan). Dalam ramai-ramai itu hanya seorang budak muda belasan tahun yang masih berperikemanusian. Dia berlari balik kerumah untuk mendapatkan kupon bahagian keluarganya untuk diberi kepada orang dhaif tadi. Malangnya orang itu sudah jauh pergi entah kemana membawa kepiluan. Mungkin dengan penuh kekesalan. Inikah akhlaq Islam ? Tak bolehkah dikurangkan beberapa gram dari setiap bahagian agihan ? Tak sanggupkah penerima agihan berkorban sedikit ?
Subscribe to:
Posts (Atom)