Showing posts with label Beyond Politics. Show all posts
Showing posts with label Beyond Politics. Show all posts

Friday, August 16, 2013

Elemen Penting Demokrasi Yang Selalu Dipinggirkan - Memberi Peluang Menyudahkan Apa Yg Dimulai

Demokrasi bukan sahaja setakat kebebasan bersuara, tiada buli-membuli dan sebagainya. Satu elemen penting demokrasi yang ramai tidak tahu ialah, memberi peluang untuk menyudahkan apa yang sudah dimulai. Katakan parti pembangkang sudah mendapat "simple majority" dan sanggup membentuk kerajaan, rakyat dan parti lain harus memberi peluang seluas-luas kepadanya untuk mentadbir negara/negeri sehingga tamat mandatnya. Kalaupun tidak mahu menyokongnya jangan pulak mensabotajnya dengan berbagai cara kerana perbuatan begini bukan dikehendaki rakyat. Apa yang rakyat mahu ialah semua pihak menyumbang untuk menjayakan manifesto yang baik untuk rakyat.

Negara terbaru yang tidak mematuhi elemen demokrasi ini ialah Mesir. Apabila kerajaan Presiden Morsi baru mencecah umur setahun parti pembangkang mereka mencari-cari pasal untuk menggulingkannya. Mereka tidak memberi peluang kepada kerajaan itu mentadbir sehingga keakhir mandat. Maka lihatlah apa kesannya. Negara porak peranda; rakyat sengsara; kemajuan terbantut. Dan akhirnya kedua-dua pihak berputih mata apabila tentera yang senantiasa menunggu peluang berkuasa, merampasnya.

Jadi, semua pihak haruslah mematuhi prinsip demokrasi ini 'memberi peluang untuk menyudahkan apa yang telah dimulai".




                "Bermainlah Politik Rakyat dan bukan bermain Politik Ketua Bahagian"


Friday, May 31, 2013

Sistem "Convention" Mengelakkan Perpecahan, Menjana Synergy

"Convention" adalah suatu tabiat atau kebiasaan berpolitik. Walaupun ianya bukanlah suatu undang-undang tetapi menghormatinya akan membawa kesan baik yang tidak terhingga terutama dalam mencegah perpecahan besar-besaran.

Satu dari sistem "convention" ini ialah  "convention" yg dimulakan oleh Tunku Abdulrahman dan diikuti pula oleh Tun Hussin Onn (tetapi disisihkan oleh Mahathir) ialah "apabila dicabar hendaklah meletakkan jawatan presiden UMNO". Kesan dari perletakan jawatan oleh TAR dan Husin Onn ialah tiada perpecahan melayu apabila mereka melepaskan jawatan. Sebaliknya  apabila Mahathir tidak menghormati "convention" ini perpecahan melayu secara besar-besaran kepada dua kem, kem Mahathir dan Kem KuLi telah berlaku. Keadaan ini juga telah menyaksikan kematian UMNO dan kelahiran parti baru S-46. 

Apa yang kita, rakyat Malaysia, ingin lihat ialah "convention" sebegini juga berlaku diperingkat negara iaitu apabila parti pemerintah kalah pada Undi Popular (walaupun menang majoriti kerusi parlimen) hendaklah melepaskan hak mentadbir negara kepada kumpulan underdog (pembangkang). Pentadbiran  "underdog" yang diberikan hak ini pula, sekira mahu, mengkhususkan beberapa jawatan kabinet kepada parti lawan. Dengan cara "gentleman" ini, negara kan memperolehi kebaikan "synergy" yang tersangat tinggi- seluruh rakyat akan mendokong dasar-dasar kerajaan dengan sepenuhnya.

Sunday, March 31, 2013

Bermainlah Politik Rakyat Wahai Rakyat Dan Jangan Bermain Politik Ketua Bahagian

Politik Rakyat ialah politik yang menjurus kepada memberi kebaikan kepada rakyat semata-mata. Ia amat berbeza dari Politik Ketua Bahagian dimana ketua bahagian bermain politik untuk mendapatkan bahagiannya seperti kuasa. Dan dari kuasa ini pula mereka akan merais keuntungan peribadi. Bahagian rakyat  pula, yang pastinya memikul beban kenaikan cukai, tol, harga barang dan seumpamanya. Untuk makluman, SETIAP rakyat tiada yang terlepas daripada terpaksa membayar cukai secara langsung atau tersembunyi. Ini bererti si miskin juga tidak terlepas dari memikul beban cukai. Sekurang-kurangnya cukai jualan.

Apabila kerajaan yang dipilih melakukan kesilapan dasar, tidak cekap mengawal sumber, menyeleweng, melakukan korupsi misalnya, kos yang berbillion itu akan diletakkan keatas bahu kita, rakyat.

Apabila kerajaan yang dipilih itu melakukan rasuah atau membuat transaksi dengan kroni atau saudara mara, besar kemungkinan ianya akan menguntungkan pihak yang terlibat. Yang pasti kerugian ialah dipihak rakyat; secara halus atau kasar. Secara kasar rakyat akan dapati kemudahan awam yang "sub-standard', keruntuhan dan tidak tahan lama. Kerugian rakyat secara halus pula seperti  "Traffic Jam"  yang tidak pernah-pernah selesai. 

Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana sistem rasuah boleh melahirkan kesesakan jalanraya ? Jawapan mudahnya begini: katakan kerajaan bercadang membina suatu lebuhraya ditengah Kuala Lumpur untuk mengelak "jam".  Engineer membuat pengiraan lima lorong mencukupi. Budget untuk lebuhraya lima lorong pun diminta dan diluluskan. Tetapi semasa implementasi mungkin hanya 4 lorong sahaja yang dibina. Satu lorong hilang entah kemana mungkin untuk dibina selepas 5 tahun.

Keadaan sebegini boleh menyebabkan kesesakan. Juga apabila jejantas (ramp) penghubung suatu lebuhraya dengan yang yang telah diluluskan TIDAK dibina tetapi diganti dengan laluan bulatan diatas tanah, kesesakan akan berlaku walaupun lebuhraya dikatakan telah dibina!! Didalam ungkapan inggeris rakyat sudah di "short-changed".

Walaupun cerita ini hanyalah generic, tetapi ia boleh berlaku sekira terdapat kerajan yang diamanahkan mentadbir itu, korup.  Apabila ini benar-benar terjadi rakyatlah yang akan menanggung bebannya.

Jadi rakyat mestilah jangan sesekali bermain politik Ketua Bahagian.  Sebaliknya bermainlah politik Rakyat iaitu menolak mana-mana kerajaan yang terbukti korup serta memastikan kerajaan tidak sampai merasakan negara adalah miliknya. Ini dapat dilakukan dengan mengubah kerajaan dari masa kesemasa. Mulakan dengan keluar dari kotak propaganda dan carilah kebenaran berita dengan niat mengikuti arahan Firman Allah "Apabila orang fasik membawa berita hendaklah kita semak dan selidiki sebelum mengambilnya sebagai benar".

Hal Politik Rakyat ini bukan baru. Pada awal kemerdekaan, semua pihak bermain Politik Rakyat. Ini termasuk Ketua Bahagian. Semuanya hanya mahukan segala kebaikan tumpah kepada rakyat. Tapi setelah masa berlalu idea untuk mengaut keuntungan peribadi oleh sesetengah yang memegang kuasa mula berlaku. Permainan mula bertukar kepada permainan politik Ketua Bahagian lebih-lebih lagi apabila dirasakan selamat melakukan apa jua selagi tampuk kuasa tidak berubah tahun demi tahun. Mereka ini tahu audit dan perhitungan (check and balance) tidak akan dapat dilakukan selagi tampuk kuasa masih dipegang  mereka. Mereka selamat melakukan apa saja.

Oleh yang demikian sesebuah negara perlu membuatkan pemegang kuasa sementara (government of the day) TIDAK sesekali merasakan negara dipunyai mereka. Lakukan perubahan kuasa secara efektif  dari masa kesemasa wahai rakyat.


Tuesday, April 24, 2012

Suruhanjaya Pilihanraya's Roles - Peranan SPR

Pada hirarki kenegaraan status SPRM adalah lebih tinggi dari kedudukan "kerajaan" atau pentadbir negara. Ini adalah kerana keujudannya adalah sebelum keujudan kerajaan itu sendiri. Kerajaan hanya terbentuk selepas pilihanraya yang dikelolakan SPRM. Sayugia diperingatkan kerajaan  adalah pentadbir sementara sesebuah negara/negeri seumpama sebuah PIBG sekolah. Ini adalah bagi membolehkan sesuatu kerajaan itu dihisab (odit) dan diperhitungkan. Keujudan sesebuah kerajaan tidak harus melebihi lima tahun. Diketika inilah negara (tapi bukan kerajaan) memerlukan khidmat SPRM.

Walaupun perancangan berterusan dilakukan SPRM namun mata SPRM hanya diperlukan melihat kehadapan dan bukan kebelakang. Ia akan memandang kearah piliharanraya yang akan datang sahaja; ketika mana tiada pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang!! Pilihanraya yang mereka tinang inilah yang akan menentukan pihak mana pentadbir negara yang akan datang dan. pihak mana yang akan mencabar kewajaran rang undang-undang diparlimen. Oleh yang demikian SPRM sewajarnya membutakan matanya keatas kerajaan yang sedia wujud kerana ia bukan dari urusanya.

Sebagai kesimpulan SPRM ujud sebelum ujudnya kerajaan maka ia sewajarnya tidak mengenal mana-mana parti politik-pembangkang maupun pemerintah. Dikamusnya tiada dan tiada boleh ada perbendaharaan kata seperti "parti pembangkang" mahupun "parti pemerintah". Ini adalah kerana ketika SPRM sedang berurusan status parti belum ujud. Kepada SPRM, ia belum tahu parti manakah yang akan memerintah dan yang mana akan berstatus pembangkang!!

Ekoran dari ini, segala risalah SPRM tidak harus mengandungi perkataan "pembangkang" mahupun "kerajaan".  Sebaliknya perkataan "sebilangan rakyat" harus menggantikan perkataan "kerajaan" dan "pembangkang". Contohnya : 1. "sebilangan rakyat" mengadu atau membantah ketidak-telusan....  2. "sebilangan rakyat" mencadang perubahan kawasan DUN...dan sebagainya.

Wednesday, November 2, 2011

Pilihanraya: Sumber Kuasa Mentadbir Negara

 (...............Diolah untuk MYIDeas feedback)................


Pilihanraya, seperti jugak pemilihan AJK PIBG,  adalah bertujuan untuk mencari jawatankuasa yang akan mentadbir persatuan ie negara demi kebaikan rakyat keseluruhannya bagi sesuatu tempuh tertentu. Untuk itu, "jawatankuasa" yang dipilih itu mestilah dari yang terbaik untuk rakyat dan bukan untuk kebaikan Ahli Jawatankuasa itu sendiri. Bagi memastikan ini berlaku perkara berikut adalah perlu : 


1. Peraturan pilihanraya mestilah adil, samarata dan menganggap tiada siapa yang berkuasa kecuali Yg Dipertuan Agung, selama mana parlimen terbubar.Agung akan mencemar duli mentadbir negara dengan sendiri dibantu oleh Chief Justice, Secretary General, AG, Menteri Keewangan yang bukan dari ahli politik, Ketua Turus Angkatan Tentera, Ketua Polis dan Mufti-Mufti serta raja-raja dan gabenur. Pejabat-pejabat menteri termasuk PM, kecuali menteri keewangan yang dilantik dari bukan ahli politik, mestilah dikosongkan.

-Kementerian yang telah dikosongkan itu mestilah di odit dengan segera dan laporannya dihebahkan kepada umum sebelum perbahasan umum dilakukan.

- beri kuasa kepada jemaah raja-raja untuk membuat decree membatalkan mana-mana kawasan pengundian yang terdapat penipuan pengundian disitu dengan  nasihat dari Ketua Hakim negara.

- Semua parti politik diberi airtime yang sama banyak untuk berkempen disemua media dan mestilah berbayar.

- perbahasan umum antara ketua gagasan parti bertanding di TV

2.  Sistem/proses pengundian mestilah bebas dari penipuan

- memberi pendidikan tentang hak-hak rakyat dan perlembagaan dalam sistem demokrasi sejak disekolah rendah lagi. Ini mestilah dibawah tanggungjawab SPR dan bukannya kerajaan. Ini kerana perkara sebegini tidak menjadi agenda parti yang berkuasa.


3. Pendaftaran pemilih mestilah bebas dari anasir luar yang tidak berakar umbi ditanah air kita yang tercinta ini.

-  Jadikan roll pengundi boleh dicabar oleh mana-mana pengundi lain pada setiap masa.

4.  Badan pengelola pilihanraya (SPR) mestilah bebas dari sebarang tekanan mana-mana kuasa. Pengerusi SPR adalah mewakili Yg Dipertuan Agung sahaja.



(Terdapat banyak lagi perkara sebegini dipost yg terdahulu.:

http://negarakujua.blogspot.com/2011/01/demokrasi-tu-apa-dia-pak-tanya-anak.html)

Thursday, October 13, 2011

Hukuman Mati (Capital Punishment) Wajar Diteruskan ?

Hukuman mati keatas yang sabit membunuh wajar diteruskan.

Hukuman mati keatas pesalah mengedar dadah pula harus diubah kepada hukuman  potong tangan kiri (atau tangan kanan kepada yang kidal) pada kesalahan pertama. Ini bagi memberi peluang kepada pesalah insaf dan bertaubat. Bagi kesalahan kedua potong sebelah lagi tangan. Ini juga bagi memberi peluang kedua untuk pesalah bertaubat dan pulang kepangkuan masyarakat. Bagi kesalahan ketiga potong kaki kiri.
 
Setelah berulang kali diberi peluang, maka pada  kesalahan keempat barulah digantung sampai mati. Ini kerana sudah confirm pesalah ini tidak sesuai berada dimuka bumi lagi.

Kenapa potong tangan ?

Terdapat dua sebab penting kenapa potong tangan adalah sesuai. Satu, ia dapat menjana kengerian didalam bakal pesalah. Keduanya, ia menjadi tanda peringatan kepada pesalah supaya berhenti dari kegiatan jenayah mereka.

Kenapa Potong Tangan Kiri (atau tangan kanan kepada sikidal) ?

Tanpa tangan "lemah" ini, pesalah masih boleh menjalani hidup seharian dengan baik. Masih boleh bekerja, makan dan minum. Disamping masih boleh bekerja, ketiadaan sebelah tangan ini boleh memperingatkannya bahawa melakukan jinayah lagi akan memberinya kesusahan yang jauh lebih teruk berbanding yang sedia ada. .

Wednesday, September 21, 2011

I.S.A ATAU SEUMPAMANYA MASIH RELEVEN Di 2020

Di negara majmuk bukan sahaja dari segi bangsa, kebudayaan dan etnik tetapi juga dari kefanatikan ugama sudah tentu terdapat potensi ketegangan antara kaum pada setiap masa disepanjang zaman hingga selepas 2020 !!  Semaju USA sekalipun ketegangan kaum disana secara diam-diam masih wujud. Ini adalah suatu realiti yang terbit dari "perbezaan".  Dimana terdapat perbezaan disitulah ruang terbuka untuk syaitan menyucuk jarumnya!!

Sekira dimansuhkan, ISA tidak akan dapat dipulihkan lagi walaupun kita amat memerlukannya dimasa depan. We only have one chance only. Lihatlah akan kuasa raja yang terpangkas  pada awal 90 han. Cubaan untuk memulihkan kembali kuasa sekecil perlantikan Setiausaha Negeri pun tidak dapat dilakukan. Didalam climate politk negara ini terdapat isu-isu hak yang sekira dilepaskan tidak akan dapat dikembalikan lagi walaupun keperluan mendesak dimasa depan. Saya panggil fenomena  ini "One-way-street ". Sekali hapus tidak akan dapat dipulihkan kembali!!

Walaupun ia wajar dikekalkan ISA mesti dikawal dari disalahguna oleh pihak tertentu. ISA, sewajarnya satu-satu hakmilik negara yang tidak didelegatekan kepada kerajaan semasa. Ini bermakna kuasa melaksanakan tindakan ISA hanya terletak ditangan raja-raja itu sendiri. Hanya majlis raja-raja dapat mengarahkan sesuatu tindakan ISA itu dan bukan menterinya.

Difahamkan negara maju seperti Uk juga masih menyimpan undang-undang ISA walaupun jarang mereka gunakan.

Kewargenegaraan Dan Malaysia Maju 2020

Penerimaan warga asing sebagai warganegara kita mestilah untuk membawa keuntungan kepada negara dan bukan kebaikan kepada sesuatu parti politik.Tujuan untuk meramaikan pengundi bukanlah tujuan yang baik. Kriteria asas seperti kecintaan tidak berbelah-bagi kepada negara ini mestilah ditentukan terlebih dulu. Kriteria lain seperti bukan penjenayah, genetik yang baik, tidak berpenyakit keturunan, berwang,  tidak berpenyakit mental, rajin berusaha, mempunyai bakat positif dan kemahiran tinggi yang diperlukan dan sebagainya.

Friday, July 1, 2011

Demonstrasi, Demokrasi, Leadership Dan Nation Building

Diambang kemerdekaan tahun 1957,  beratus-ratus perhimpunan demonstrasi yang dikenali sebagai Rapat Umum telah diadakan oleh rakyat Malaya bagi menyatakan ketidakpuasan-hati rakyat keatas pentadbiran British disini. Perhimpunan dan perarakan berlaku disetiap bandar. British yang mengamalkan prinsip demokrasi tidak menghalang demonstrasi tersebut. Sebaliknya mereka mengambilnya sebagai "feedback" penting akan perihal pentadbiran mereka sendiri. Dalam kes ini, mereka membuat keputusan melepaskan Malaya untuk ditadbirkan rakyat Malaya sendiri.

Demonstrasi bukanlah perkara baru dinegara kita ini. Malah demonstrasilah yang mengujudkan Malaysia! Dinegara maju demonstrasi berlaku setiap hari. Mereka melakukannya secara aman dengan sepanduk ditangan dan berkumpul ditempat-tempat awam.. Tujuan mereka ialah memberi "feedback" kepada pentadbiran sesuatu  institusi tentang dasar dan tindak-tanduk mereka yang dilihat sebagai "tidak kena" (anomali).

Pentadbir yang bertanggung-jawab pula akan mengalu-ngalukan segala "feedback" yang diberi orang untuknya kerana, melalui "feedback"lah pihak pentadbir (Leaders) akan dapat memperbaiki pentadbiran mereka. Pepatah "kalau tiada angin masakan pokok bergoyang" wajar dipakai disini. Demonstrasi adalah sebagai angin yang menggoyangkan pokok bagi menyerlahkan monyet-monyet yang secara senyap meratah hasil tanaman!!

Demonstrasi yang bertujuan selain dari ini tidak harus dilakukan terutama sekira melibatkan negara luar yang mempunyai agenda mereka sendiri. Biasanya agenda mereka ialah mengaut keuntungan apabila porak-peranda berlaku atau boneka mereka pula memerintah.

Jadi sebagai minda kelas pertama, objektif demonstrasi mestilah untuk "membaiki keadaan" dan bukannya meruntuh suatu sistem yang telah setabil. (lihat posting saya yang terdahulu tentang "meddling - tikus membaiki labu"

Saturday, April 2, 2011

Easement Right And The Gated Taman Roads

Portion of land belonging to another if  used by others for sometime will give the others certain rights over the land. This right is called Easement Right. The scope is bigger than this. But for now, I am bringing attention to the  issue pertaining to certain quarters setting-up gates on public roads that were used by people freely for over 30 years. This gated road thing seems to be more rampant these days. And this is not a healthy development. In the situation where the government claims the crime index has dropped crime should be less of a concern.

Are they not breaching any fundamental rights by limiting access to public roads ?

Thursday, March 31, 2011

Baik Buruk Penggunaan Kayu Ukur KPI - Key Performance Index

"When things get measured they will get done". Inilah satu prinsip pengurusan yang diguna-pakai kini.

KPI atau nama penuhnya Key Performance Index ialah ukuran pencapaian sesuatu usaha atau kerja. Ianya dicatat dan dipersetujui sebelum bermulanya sesuatu usaha itu lagi.

KPI sewajarnya di tetapkan oleh "pelanggan". Dalam hal ini pelanggan sesebuah syarikat ialah Pemegang Saham. Maka pemegang sahamlah seharusnya menentukan apa yang mereka kehendaki dan bukannya pihak pengurusan.

Katakan Pemegang Saham mahukan keuntungan 35% atau RM 2 billion pada tahun ini. Maka itulah KPI untuk syarikat tersebut. Bermula dari itu, KPI tersebut akan dipecah-pecahkan dan dibahagi-bahagikan mengikut tanggung-jawab kumpulan masing-masing. Seterusnya di "cascade" kan lagi kepada  unit-unit perniagaan bagi syarikat itu.

Kesan diharapkan dari penggunaan kayu-ukur KPI ini ialah memudahkan untuk melihat siapa yang berusaha dan siapa yang tidak. Sekira gagal mencapainya, pihak pengurusan atau Board Of Directors mestilah "admit defeat and face the consequences".

Disektor pentadbiran negara pula, KPI utama mestilah ditentukan oleh "pelanggan kerajaan" iaitu, The Rakyat. Rakyat mungkin mahu meletakkan perkembangan ekonomi 8% sebagai KPI utama.. Sekira itulah KPInya, maka pihak berwajib harus mencapainya atau "admit defeat".

Yang buruknya tentang penggunaan KPI ini ialah kaedah pengiraan pencapaian yangmana ianya terdapat ruang manipulasi yang luas. Misalnya, pihak pengurusan mungkin menggunakan "creative accounting" untuk menunjukkan keuntungan 35%. .............................dan begitulah seterusnya.

Monday, March 28, 2011

Prinsip Baling Selut Kedinding......lama kelamaan melekat jua

Selut kalau dibaling kedinding yang licin, pada mulanya ia mungkin menggelongsor dan tidak melekat. Tetapi mengikut ilmu statistik,  sekira kita baling banyak kali, pasti ada yang melekat.

Konsep ini yang juga dikenali dengan nama "number game" banyak digunakan dalam perniagaan telemarketing dan cabutan-bertuah. Apabila ada orang menalipon anda menawarkan sesuatu, mereka itu sedang bermain number game. Mungkin dalam seratus orang dihubungi terdapat 10 orang yang beli. Itu sudah memadai bagi mereka.

Dalam politik pun ada digunakan permainan ini dimana musuh poiltik akan dilemparkan dengan cerita buruk (tak kira betul ka bohong); dilemparkan bertalu-talu tanpa rasa bersalah dengan harapan lama-kelamaan mengena.

Jadi, persiapkanlah diri dengan mengenal permainan "number game" ini demi 2020 supaya tidak menjadi seorang yang  "gullible". Minda 2020 itu minda maju jadi tidak boleh lagi jahil ketika itu.

Thursday, March 24, 2011

Bagaimana Cara Menyedut Ahli Parti Lawan Kepada Parti Anda

Setiap dua "extremes" pasti terdapat "potential" diantaranya. Contohnya battery. Dua ekstrim ie positif dan negative membuatkan terdapat perbezaan voltan. Perbezaan ini dinamakan "potential". Dua "ekstrim" yang terasing ini dapat dihubungkan secara lembut dengan kaedah jejambat neutral. Kalau satu wayar disambungkan pengaliran arus akan berlaku. Wayar itu adalah neutral pada asalnya.

Untuk lebih senang kita fahami ambil dua baldi air. Sekira disebelah kiri terdapat sebaldi airbatu dan disebelah kanan sebaldi air mendidih. Untuk mencuri haba dari baldi kanan itu kita boleh hubungkan dua baldi itu dengan jejambat batang besi. Batang besi itu adalah neutral sebelumnya. Tetapi secara diam-diam ia menjadi panas dan memindahkan haba dari baldi kanan kebaldi kiri. 

Teknik pengaliran sebegini juga dapat dilakukan didalam sistem parti politik dari dua extremes. Dengan menggunakan satu parti yang kelihatan neutral, innocent sebagai pengantara, pengikut parti lawan dapat dipindahkan secara halus dan sistematik. Parti pengantara ini adalah "trojan horse".

Sunday, March 13, 2011

Penambahbaikan (improvement) - Jangan Jadi Tikus Membaiki Labu (Meddling)

Penambahbaikan keatas  sesuatu sistem itu adalah baik sekira ianya menerbitkan *Net Added Value (Nilai bersih tertambah). Tapi bukan semua usaha penambah-baikan itu membawa kebaikan. Malah ada yang membawa kerugian dengan menghakis nilai. Ini kita tidak mahukan. Perubahan sebegini dinamakan meddling sesuai denga peribahasa "tikus membaiki labu".

Apakah sistem yang tidak wajar diubah itu?

Secara umum, sesuatu yang sudah berfungsi dengan setabil sekian lama kalau diubah biasanya akan menghasilkan penghakisan nilai. Contohnya, berapa tahun dahulu dizaman pentadbiran Dr Mahathir terdapat beberapa undang-undang yang diubah untuk mencermin suasana pentadbirannya ketika itu. Undang-undang hak keatas tanah yang dipindah-milik secara tidak sah yang telah menafikan hak pemilik asal, misalnya, telah diubah kembali dizaman Tun Abdullah. Ini adalah kerana ianya bertentangan dengan prinsip keadilan. Terdapat banyak lagi contoh yang dapat dicari sekira mahu.

Terbaru : Apakah  pandangan anda tentang perubahan undang-undang perlantikan Setiausaha negeri dimana hanya kerajaan pusat yang berhak melantik mereka untuk "consumption" kerajaan negeri? Sekian lama sebelum ini urusan perlantikan setiausaha negeri adalah ditangan pentabiran negeri bersama sultan dan bukannya pihak pusat! Mungkinkah orang terdahulu telah memikirkan perkara keserasian penting dalam sesuatu pentadbiran demi kebaikan rakyat maka dibiarkan pihak negeri membuat perlantikan? Atau apakah orang terdahulu seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussin Onn tidak cukup cerdik(wise) maka perlu diubah undang-undang itu dizaman Tun Mahathir ?

Ingatlah "sesuatu sistem yang tidak menambah nilai itu pasti menambahkan kos!!" Ketahui apa yang hendak diubah itu sedalam-dalamnya (profoundly) sebelum membuat perubahan.



Nota :

*  Net Added value =  Apabila sesuatu dilihat dari secara total dimana segala nilai yang terhasil ditolak segala kos yang terhasil itulah nilai bersih tertambah (Net-Added Value). Sebagai contoh, pada diri kita terdapat beberapa kocek pakaian. Sekira kita pindahkan RM10 dari poket seluar kepada poket baju, kita sudah menmbah nilai kepada poket baju sebanyak RM10.  Adakah perubahan itu telah menambahkan apa-apa nilai kepada kita ?  Jawabnya tidak !!  Bagi kita wang yang ada masih hanya RM10. Tidak ada apa yang tertambah.

Diri kita tadi adalah analogy sebuah organisasi perniagaan atau pun institusi kerajaan. Sekira wang dari satu anak syarikat masuk ke anak syarikat yang lain, secara keseluruhannya tiada apa-apa nilai tambah secara bersih berlaku!!!

Friday, February 4, 2011

Wang Rakyat Atau Wang Kerajaan , Pak ?

Jawapan mudahnya wahai Belalang...

Wang yang didalam simpanan kerajaan itu adalah dari hasil cukai, denda,  keuntungan perniagaan GLC dan sebagainya. Kerajaan hanyalah diamanahkan untuk mentadbir wang tersebut itu dengan sebaik-baiknya. Di negara maju seperti USA mereka dengan jelas menamakan wang tersebut sebagai Taxpayer's Money. Ini bagi mengingatkan "pemerintah semasa" bahawa wang tersebut bukan untuk disalahgunakan.

Saturday, January 29, 2011

Kenapa Parti Pembangkang Tidak Diharamkan Pak ?

Jawapan mudahnya...

Setiap perkara atau isu dapat dilihat dari berbagai perspektif. Ada perspektif yang betul ada yang salah. Satu minda hanya dapat melihat satu perspektif sahaja. Seperti kisah gajah dengan orang buta. Setiap sibuta mendapat persepsi tentang gajah mengikut apa yang minda mereka dapat olah. Perspektif yang terbaik ialah gabungan kesemua perspektif yang berbeda itu. Seperti hadis nabi, s.a.w " khilaf antara umatku adalah suatu rahmat". Apabila kesemua perspektif digabungkan dan diimbang-imbangkan perspektif opsyen ketiga akan terbit. Dengan cara ini rakyat akan mendapat opsyen yang terbaik dari keputusan kolektif itu.

Disamping itu keujudan parti pembangkang yang senantiasa menunggu-nunggu untuk mengambil-alih tampuk pemerintahan juga memberi tekanan kepada "pemerintah semasa" untuk mentadbir negara sebaiknya dan mengikut citarasa rakyat.

Kuasa adalah merosakkan. Kuasa penuh pula merosakkan dengan sepenuhnya jika tidak dikekang. Jadi, dengan peranan yang begitu penting dalam mengawal kerakusan "pemerintahan semasa" maka adalah tidak wajar pembangkang dari mana-mana parti sekalipun dihapuskan atau diharamkan.

Oleh itu rakyat harus memberi kredit sewajarnya kepada pembangkang dari mana-mana parti sekalipun kerana peranan mereka adalah sama penting dengan "pemerintah semasa".

Friday, January 21, 2011

Bagaimana nak pastikan tiada bully membully dari berlaku, pak.? tanya Belalang lagi..

Jawapan mudahnya.........

Asing-asingkan kuasa negara supaya ia tidak menjadi mutlak... biasanya kuasa dipecahkan kepada tiga(3) yang nyata, yakni Executive (jemaah menteri la tu), Legislative (penggubal undang-undang - wakil rakyat la tu) dan Judiciary (Kehakiman). Setiap satu bidang kuasa ini sewajarnya tidak boleh bertindih satu sama lain. Executive tidak ada kuasanya untuk menekan pihak kehakiman supaya menterjemahkan undang-undang mengikut seleranya. Pihak kehakiman pula tiada kuasanya untuk membuat undang-undang melainkan menterjemahkannya sahaja. Penggubalan undang-undang adalah dibawah bidang kuasabadan perwakilan rakyat. Sekira diketahui pencerobohan kuasa berlaku maka demokrasi itu dikira pincang, "corrupt".

Monday, January 17, 2011

Demokrasi tu apa dia pak ?.. , tanya anak saya Belalang.....

Secara mudah demokrasi ialah suatu keadaan yang mana tiada sesiapa yang dapat "membuli" sesiapa. Baik yang besar mahupun yang kuat. Baik kerajaan mahupun rakyat sesama rakyat semuanya tidak bebas untuk membuli seseorang lain. Contohnya, seorang menteri tidak boleh sewenang-wenang berhutang dan tidak mahu bayar hutangnya oleh sebab kedudukannya tinggi. Walaupun mempunyai pistol, seorang polis tidak boleh sewenang-wenangnya mengacu pistolnya kepada seseorang tanpa sebab yang dibolehkan. Seorang askar tidak boleh sewenang-wenang menceroboh masuk kedalam pagar seseorang petani semasa aman. Walaupun besarnya berganda sebuah lori tidak boleh sesuka hati menghimpit kereta atau motosikal. Didalam sistem demokrasi semuanya terkawal. Kalau buli jugak, ada ruang mendapat pembalasan setimpal. Sekira ada ruang lepas (loophole) didalam sistem demokrasi maka demokrasi itu adalah pincang atau "corrupt".