Laman bukan-politik (apolitical) bertujuan memberi sebaik kefahaman kepada orang-ramai terutama dari generasi baru tentang ilmu kenegaraaan, pentadbiran dan lain-lain demi persiapan minda dunia pertama 2020. Blog ini adalah peti simpanan ilmu untuk kegunaan masa depan.
Thursday, January 2, 2014
Derhakakah Rakyat ? : Kerajaan Bukan Raja (A Government Is Not A King)
Kerajaan BUKAN Raja. Walaupun terdapat cubaan untuk bermaharajalela dengan mendapat 2/3 majority serta cuba mengekalkan kuasa selamanya, kerajaan masih BUKAN raja. Ia juga bukan setaraf negara. Kerajaan hanyalah satu badan
yang diamanahkan rakyat supaya mentadbir negara untuk kebaikan rakyat.
Itupun untuk jangka masa lima tahun sahaja. Dan sekira rakyat tidak berpuas hati
dengan cara pentadbirannya, rakyat berhak mencabarnya. Oleh itu
perkataan "menderhaka" kepada kerajaan tidak boleh ujud didalam konteks
negara demokrasi. Perkara ini juga dapat dilihat dari kandungan Rukun Negara yang jelas menyatakan "kesetiaan kepada raja dan negara". Ia tidak sesekali menyebut kesetiaan kepada kerajaan pun !!! Keadaan yang sama mengenai juga kerajaan dibawah PR.
Subscribe to:
Posts (Atom)