Showing posts with label Ilmu Mantik. Show all posts
Showing posts with label Ilmu Mantik. Show all posts

Thursday, April 28, 2011

Menggunakan Sumpah Laknat Bagi Menentukan Kebenaran ?

Dari segi mantiq Sumpah Laknat tidak termasuk dalam proses menentukan sesuatu itu benar atau bathil. Sebabnya senang sahaja. Apabila seorang bersumpah, tetapi berbohong, apakah terus orang itu dilaknat sehingga kita nampak kelaknatan Allah keatas orang itu? Itupun kalau orang itu percaya akan adanya laknatan itu. Sebaliknya, sekira tidak percaya, pasti orang itu akan sentiasa melepaskan diri melalui jalan ini.

Perkara kedua. Oleh kerana Sumpah Laknat ini suatu yang "sacred" ajakan bersumpah laknat ini mestilah berasaskan takwa. Dan orang yang mengajak seseorang  untuk bersumpah laknat itu pula mestilah dari orang-orang yang bukan fasik yakni suci dari dosa dan cukup bertakwa. Mungkin pernah kita dengar ungkapan  "let the one who has no sin cast the first stone"

Sekira sesuatu itu dijalankan bukan diatas dasar takwa tetapi nafsu serakah, apa-apa kebaikan yang diharapkan tidak akan tercapai malah akan merosakkan pula.

Thursday, March 24, 2011

Apabila Orang Fasik Membawa Berita ........Ajaran dari AlQuraan..

Islam mengajar dengan jelas, khabar berita (ie informasi) dari orang Islam (atau yang mengaku sebagai Muslim) yang melakukan kemungkaran dosa hendaklah diselidiki kesahihan beritanya sebelum kita membuat tuduhan, tohmahan atau penghakiman.( Lihat AlQuraan anda).

Jadi, apabila datang sesuatu berita, selidiki sipembawa berita itu samada mereka ada melakukan apa-apa kemungkaran atau dosa ( besar atau kecil) atau tidak. Sekira mereka itu didapati orang yang bebas dari melakukan kemungkaran terimalah berita itu. Sebaliknya, sekira didapati pembawa berita itu ada melakukan kemungkaran maka gantunglah berita itu sehingga sumber asal telah diselidiki.

Kegagalan dalam mengikut kaedah ini akan menjadikan umat Islam itu rugi dikotak-katik oleh syaitan yang kebanyakannya berupa manusia juga.