Tidak jauh kehadapan kita akan banyak mendengar ungkapan glamour "End-To-End" (E2E) process. Kaedah E2E ini melihat sesuatu proses itu secara total. Bermula dengan "kemahuan Pelanggan" dan berakhir dengan "memberi apa yang pelanggan mahu". "Kemahuan Pelanggan" itu bersamaan dengan KPI untuk sesuatu proses itu. Dengan kata lain, proses E2E ini senantiasa meletakkan pelanggan terkehadapan. Ini dalam bahasa Inggeris, "puts customer in mind all the way".
Kaedah E2E ini dipelopori oleh Hammer And Co dari Boston, USA. Mereka mencipta proses lurus (linear) dengan membuang kotak-katik jabatan (atau discrete castles) yang biasanya mengganggu kelancaran sesuatu proses. Mereka melakukan ini dengan mengasingkan proses dari penjawat. Melalui kaedah ini sesuatu proses akan menjana produk dengan lebih efficient.
Saya sendiri mendapat latihan dalam E2E proses ini di Boston dan Miami dua tahun lepas dan pemegang Process Mastery certificate dari Hammer & Co.
Laman bukan-politik (apolitical) bertujuan memberi sebaik kefahaman kepada orang-ramai terutama dari generasi baru tentang ilmu kenegaraaan, pentadbiran dan lain-lain demi persiapan minda dunia pertama 2020. Blog ini adalah peti simpanan ilmu untuk kegunaan masa depan.
Showing posts with label Pengurusan. Show all posts

Friday, April 1, 2011
Friday, March 25, 2011
Apa Itu "Value Management" - Pengurusan Nilai
Keujudan manusia didunia ini adalah untuk menambah nilai ataupun menambah-baikan padanya. Ini bermakna setiap apa yang dilakukan, baik dibidang swasta atau awam, mestilah melahirkan nilai-tambah (value-added). Perkiraaan nilai-tambah (dalam Ringgit dan Sen) ini mestilah dilakukan sebelum sesuatu transaksi itu bermula lagi.
Contohnya 1. Sebuah syarikat berhasrat untuk melabur dalam industri perumahan. Dalam perhitungan, mereka akan membuat keuntungan bersih 30% daripada modal dalam 5 tahun.. Jadi nilai tambahnya ialah 30% daripada modal pelaburan. Pada asasnya transaksi itu kelihatan sebagai penjana nilai yang baik walaupun apabila dikira ianya hanya 6%. Berbanding kadar interest simpanan tetap 5% setahun pelaburan ini kelihatannya masih melahirkan nilai bersih. Tetapi adakah masih ada nilai-tambah apabila kita mengambil kira susut matawang ? Peringkat perkiraan sehalus ini pula dinamakan Value-Based Management (VBM).
Konsep yang sama juga dapat gunakan keatas sektor awam.Tetapi ianya payah sedikit kerana berlainan dari bentuk perniagaan yang mana keuntungan terus dapat dianggap sebagai nilai-tambah. Sebaliknya dalam sektor awam nilai-tambah berlaku selepas berlapis-lapis kegunaan. Yakni ianya tidak terus.
Katakan kerajaan berhasrat membina sebuah jambatan berkos 1 juta RM untuk kegunaan penduduk yang rata-ratanya bertani. Dengan adanya jambatan pembeli dapat membeli hasil pertanian dengan cepat dan banyak. Kerosakan hasil diminimumkan.
Input pertanian seperti baja dapat dihantar terus pada kadar yang banyak tanpa perlu menggunakan sampan. Penjimatan kos berlaku disini. Penjimatan kos juga adalah satu rupabentuk nilai. Industry dapat bermula diseberang sungai yang bakal membawa pelabur masuk kesitu. Ini akan membuka peluang pekerjaan kepada pendudduk disitu. Nilai tanah juga bertambah. Sekira disewa oleh orang luar maka nilai-tambah ketara adalah besar. Dan seterusnya....
Beginilah sewajarnya cara mentadbir dunia ini sebagaimana seorang "khalifah". Setiap sen dikeluarkan mestilah menjana nilai.

Subscribe to:
Posts (Atom)