Keberkatan boleh ditakrifkan sebagai nilai kecekapan atau efisiensi menggunakan sumber (resources). Kita biasa dengar memakan kulit roti itu adalah berberkat. Memakan nasi yang tertinggal didalam pinggan kita juga adalah berbarkat. Ini kerana kesemua bahan-bahan tadi adalah suatu sumber makanan seperti jugak bahagian roti atau nasi yang lain. Jadi apabila kita memakan kesemua sumber yang ada itu kita mendapat keberkatan 100%. Kita mengambil kesemua faedah dari sumber yang kita ada itu. Kecekapan penggunaan sumber kita adalah tertinggi mungkin.
Kecekapan mentadbir sumber= hasil yg berguna kepada rakyat/ sumber input. Perkataan "kecekapan" juga sinonim dgn perkataan 'keberkatan". Jadi, berapakah hasil yg dikeluarkan oleh pentadbiran BN berbanding dgn input sumber keewangan yg mereka laburkan ? Adakah keberkatan dari pentadbiran mereka ini ? Adakah mreka sudah leburkan sumber negara kita? Kemudian lihat pula pentadbiran PR di Selangor dan Penang untuk bandingan.
Laman bukan-politik (apolitical) bertujuan memberi sebaik kefahaman kepada orang-ramai terutama dari generasi baru tentang ilmu kenegaraaan, pentadbiran dan lain-lain demi persiapan minda dunia pertama 2020. Blog ini adalah peti simpanan ilmu untuk kegunaan masa depan.
Sunday, January 12, 2014
Thursday, January 9, 2014
Khalimah Allah : Membesar-besarkan Simbol Boleh Menjurus Kepada Syirik ?
Setiap
kalimah (perkataan) adalah simbol atau dikenali jugak sebagai ikon. Contohnya kalimah PISANG adalah
simbol bagi buah yang isinya lembut, manis bila masak dan sedap dibuat
cokodok. Kalimah ALLAH juga adalah satu simbol(ikon) yang mewakili Yang Maha Esa.
Patung lembu pula adalah simbol/ikon bagi tuhan orang hindu. Jadi awas jika kita
terlalu membesarkan kalimah melebihi dari tuanpunya kalimah itu
sendiri. Takut-takut kita menghampiri syirik jali dan khafi yang amat
halus itu yang ulama' ibaratkan sebagai semut hitam diatas batu hitam dimalam gelap pekat. Amat susah nak dikenali semut itu. Syirik juga begitu keadaannya. Kita mudah tertipu dengan permainan syaithan yang memperlihatkan syirik sebagai tidak!
Thursday, January 2, 2014
Derhakakah Rakyat ? : Kerajaan Bukan Raja (A Government Is Not A King)
Kerajaan BUKAN Raja. Walaupun terdapat cubaan untuk bermaharajalela dengan mendapat 2/3 majority serta cuba mengekalkan kuasa selamanya, kerajaan masih BUKAN raja. Ia juga bukan setaraf negara. Kerajaan hanyalah satu badan
yang diamanahkan rakyat supaya mentadbir negara untuk kebaikan rakyat.
Itupun untuk jangka masa lima tahun sahaja. Dan sekira rakyat tidak berpuas hati
dengan cara pentadbirannya, rakyat berhak mencabarnya. Oleh itu
perkataan "menderhaka" kepada kerajaan tidak boleh ujud didalam konteks
negara demokrasi. Perkara ini juga dapat dilihat dari kandungan Rukun Negara yang jelas menyatakan "kesetiaan kepada raja dan negara". Ia tidak sesekali menyebut kesetiaan kepada kerajaan pun !!! Keadaan yang sama mengenai juga kerajaan dibawah PR.
Subscribe to:
Posts (Atom)