Laman bukan-politik (apolitical) bertujuan memberi sebaik kefahaman kepada orang-ramai terutama dari generasi baru tentang ilmu kenegaraaan, pentadbiran dan lain-lain demi persiapan minda dunia pertama 2020. Blog ini adalah peti simpanan ilmu untuk kegunaan masa depan.
Tuesday, September 8, 2026
Monday, December 10, 2018
Ugama Tanpa Bersendikan Kebenaran Adalah Suatu Kemunafiqan
Apabila cuba memperjuangkan Islam perkara pertama untuk dipastikan adakah versi ugama yg kita bawa itu bersendikan kebenaran (alhaq) atau tidak. Sebabnya, Islam yang nabi (s,a.w) bawak itu adalah berpaksikan kebenaran. Bukan nafsu-nafsi, dendam, hasad atau babi-buta (overzealousness). Jadi, awas wahai yg mengaku pejuang Islam dan juga awas kepada pengikutnya. Anda mungkin mengikut kumpulan yg sebenarnya munafiq. Kenalilah betul-betul .
Thursday, September 27, 2018
Prinsip Demokrasi Yang Selalu Dilupakan : Memberi Peluang Menyudahkan Apa Yg Telah Dimulai
Tujuan PRU ialah untuk rakyat mencari atau memilih wakil untuk membentuk kerajaan. Setelah berjaya membentuk kerajaan, maka tiada lagi berpolitik. Yang ada hanyalah kedua-dua pihak berkerja untuk rakyat mengikut fungsi masing-masing.
Kuasa Siapa lebih hebat . BN atau Allah ?
Dulu memang nampak seperti impossible untuk mengalahkan BN. Dgn wang berbillion, menggaji 17,000 tukang sorak dan tukang memfitnah, membeli hati PAS, beli hati orang jahil dgn BR1M, kekang segala ruang pembangkang supaya tidak dapat bersatu dan bermacam-macam lagi yg kita tidak dapat tahu. tapi Allah maha kuasa. Dibuatnya najib pilih hari Rabu untuk pilihanraya sedangkan pada hari rabu Allah memusnahkan banyak kuasa jahat termasuk fir'aun. Apabila tidak dibenarkan pakai logo PH, logo PKR menjadi lebih mudah diterima sehingga calun DAP pon memperolehi kemenangan dikawasan majority melayu seperti Dusun Tua... Allahu akbar.
Tuesday, May 29, 2018
Ta'asub Pembuta Kebenaran
Ta'asub, atau fanatik adalah satu dari 13 sifat tercela yg boleh mengabui kebenaran dan menjadi pintu masuk syaithan. Ta'asub kepada apa jua pon tidak dibenarkan termasuklah ta'asub kepada Allah sebagaimana yg kita sangkakan. Ini kerana ta'sub yg membutai kebenaran bulih melahirkan zealots (babi buta). lagipon Allah tidak pernah mintak hambanya menta'subiNya. Yg ada hanya Nabi menyuruh kita menyintai Allah sahaja, bukan suruh menta'asubiNya. Kesan dibutai ta'sub ialah melahirkan fatwa yg dicemari (tainted) syaithan. Ia dgn sendirinya menjadi tidak sahih. Rosak. dan dalam banyak hal, zolim.
Monday, March 12, 2018
Kita Semua Adalah Pemimpin
Setiap dari kita adalah pemimpin. Dan setiap pemimpin adalah bertanggung jawab akan apa yg dipimpinnya. Dan paling kecik yg kita pimpin adalah diri kita sendiri. Maka pimpinlah diri kita kearah memusnahkan kemungkaran dan menegakkan kebenaran. Kita akan dipersoalkan dalam hal ini jugak.
Thursday, March 8, 2018
Membanteras Kemungkaran Tanggung-jawab Semua
Kemungkaran wajib dibanteras oleh setiap umat Islam. Jadi, janganlah melepaskan tanggung-jawab ini kepada Pembangkang semata. Selagi kamu mengaku orang Islam kewajipan ini tetap tertanggung pada mu, walaupon kamu orang PAS atau UMNO.
Saturday, March 3, 2018
Kuasa Perdana Menteri Wajar Dikurangkan
The need to curb the power of PM's position is becoming clear. The task to check this power should be given to the Council Of Rulers (COR) and the Judiciary. But first the judiciary must be made totally independent of the executive. If the COR and the judiciary finds the government being rogue or incapable, they can elect to remove such government and install the opposition as government. Should there be grouses, a mixed or hybrid between the opposition and the army should be installed as government until the next general election.
Wednesday, November 1, 2017
Ilmu Tentang Demokrasi : Kerajaan Wajar Ditukar-Ganti Dari Masa Kesemasa
Sistem demokrasi memerlukan rakyat menukar ganti kerajaan dari masa kesemasa supaya kerajaan dapat diodit dan disekat dari menyeleweng. Tanpa tukar tampok kuasa, odit tidak dapat dilakukan. Kejahatan akan membiak dan kuasa akan bermaharajalela. Kalau dibiarkan terlalu lama, pencegahan akan menjadi amat sukar.
Saturday, June 3, 2017
The Opposition Is The Siamese Twins Of The Government
The Oppositions are required to exist by the democratic system similar the existence of the government. They are the Siamese twins of the so-called government.. The nation wants them to be there to challenge any bad governance by the government of the day. So, why deny them funds ? The people pay the Opposition monthly just to be there to be the voice of rakyat (all rakyat). It's NOT for free. Anyway the so-called government is just a temporary entity. They may turn out to be the opposition once people voted against them.
Monday, December 19, 2016
Indoktrinasi rakyat - Manipulasi minda untuk membenci satu-satu pihak
Kalau kita belajar ilmu logik kita akan temui satu rupabentuk fallacy (ketidak-benaran) yang diberi nama "fallacy of repetition" atau dalam bahasa melayunya "ketidak-benaran dek kerana ulangan". Apabila iklan sabun AAA sebagai terbaik didunia diulang-ulangkan maka penonton akan secara tidak sedar menerimanya sebagai benar lantas membelinya... Bayangkang sekira berpuluh tahun iklan yang sama dimainkan berulang-ulang.
Sekarang bayangkan pula kalau satu pihak, parti atau kumpulan diburuk-burukkan berpuluh tahun oleh media yang sama. Penonton juga akan menerima butiran atau iklan yang diulang-ulang itu sebagai benar walaupon ia tidak semestinya benar. Adakah anda kenal parti yang sudah diburukkan bertahun-tahun tetapi tetap ia tidak diharamkan ? Kalau ada, fikir-fikirkan kenapa ia tetap ujud walaupon bertahun dipersetankan? Kalau ia memang suatu yang betul buruk, sudah pasti negara sudah lama mengharamkannya !!! Fikirkanlah.
[under construction}

Friday, September 30, 2016
Institusi Dan Aktiviti Islam Mesti Ada Ruh Dan Akhlaq Islam - Kisah Korban Yang Tak Sanggup Berkorban
Sesuatu yang tak patut berlaku didalam Islam.. Pada Raya Korban lalu (2016) adalah surau ni buat korban. Daging lembu diagih melalui sistem kupon yang diberi terlebih awal. Semasa pengagihan tu datanglah seorang miskin lagi dhaif yang tiada kupon. Dia merayu untuk diberi daging, secebis pon jadilah. Mungkin kerana mengidam dia meminta. Tapi dia dihalau (katanya oleh pegawai surau. Ini tidak dapat dipastikan). Dalam ramai-ramai itu hanya seorang budak muda belasan tahun yang masih berperikemanusian. Dia berlari balik kerumah untuk mendapatkan kupon bahagian keluarganya untuk diberi kepada orang dhaif tadi. Malangnya orang itu sudah jauh pergi entah kemana membawa kepiluan. Mungkin dengan penuh kekesalan. Inikah akhlaq Islam ? Tak bolehkah dikurangkan beberapa gram dari setiap bahagian agihan ? Tak sanggupkah penerima agihan berkorban sedikit ?
Friday, February 27, 2015
To Be Subservient To The Creator....Pleasingly
It dawned on me when doing ibadah especially at difficult time, situations or condition say to self " I am happy to do it " repeatedly with conviction. Allahu a'lam.
Saturday, December 27, 2014
Banjir Dan Persiapan Akan Datang
Beberapa perkara yang boleh dipertingkatkan bagi menghadapi banjir :
1. Helipad ditempat strategik
2. Tinggikan jalan-jalan utama
3. tanda aras air bersama tanda kedudukan bahu jalan (kiri/kanan) yang dapat ditentukan walaupun jalan ditenggelami air
4. membina sistem "rain-water harvest " di pusat-pusat pemindahan banjir. Air hujan adalah bersih dan berlambakan sebab hujan terlalu banyak. Ia dapat menampung ketiadaan air paip apabila loji ditenggelami air.
5. Boleh dibekalkan pukat. Air sungai yang melimpah biasanya membawa ikan.
6. Pelantar generator
7. Kalau sesuai sediakan rakit buluh plastik yg boleh diimpot dari china. Di Guilin semua rakit buluh diganti dgn buluh PVC kerana ia lebih selamat.
"under construction"

Monday, April 14, 2014
Sekuat Mana Patut Azan ?
Azan adalah panggilan keatas anak qariah menunaikan solat fardhu dimasjid atau disurau sesebuah qariah. Tapi berapa kuatkah patut diazankan ?
Secara logik, jawapan yang munasabah ialah sekuat yang dapat didengari oleh ahli qariah yang terjauh. Tetapi sekira ahli qariah lebih hampir dengan masjid atau surau qariah lain, maka ahli tersebut bukan lagi dikategorikan sebagai terjauh.
Secara tradisi pula ialah sekuat mana suara Bilal Bin Rabakh azan tanpa pembesar suara. Faktor keadaan keheningan pagi boleh membuatkan suara perlahan dapat didengari lebih jauh dari biasa mesti diambil kira juga.
Islam adalah rahmat seru alam. Ia tidak tegak diatas keangkuhan atau penting diri sendiri. Islam juga ugama selamat sejahtera - ia pentingkan keharmonian qaum. Juga untuk menjadi pertimbangan, keujudan teknologi jam dering dan handphone yang masing-masing boleh pasang untuk bangun solat.
Oleh itu kekuatan sesuatu azan wajar berdasarkan panduan diatas. Kita tidak mahu berperang azan dengan qariah lain atau bersahutan.

Tuesday, February 4, 2014
Lompat Party V. Letak Jawatan Siapa Lebih Mulia ?
Didalam konteks Malaysia yang masih belum mempraktikkan undang-undang anti-lompat parti, perbuatan melompat parti atau meninggalkan pengundinya adalah suatu amalan zalim dan keji. Ini kerana dua sebab. Pertama, perbuatan ini memerangkapkan pengundi - pengundi tidak dapat membuat pilihana baru. Suara rakyat dibawa lari bersama wakil rakyat itu. Kedua, kepercayaan yang diberi rakyat kepadanya dibelotinya. Ia adalah pembelot besar yang sukar dimaafi rakyat dunia dan akhirat. Hasil keewangan berkaitan dengan jawatannya tidak lagi menjadi halal.
Sebaliknya, sekira wakil rakyat meletak jawatan, undi semula boleh dilakukan. Rakyat kembali bebas memilih. Itu suatu tanda demokrasi. Maka perbuatan meletak jawatan dan undi semula adalah lebih mulia dari melompat parti yang mencuri suara rakyat secara zolim.
Dan cara untuk menangani masaalah perletakan jawatan atau lompat parti yang terbaik ialah dengan membiarkan parti yang menaja wakil tadi dalam pilihanraya lalu memilih penggantinya. Mungkin mereka boleh mengadakan pemilihan dalaman. Perlompatan parti juga dapat dibendung. Untuk itu, ubah saja article perlembagaan.

Sunday, January 12, 2014
Adakah Keberkatan Pada Pentadbiran Negara Kita Sekarang ?
Keberkatan boleh ditakrifkan sebagai nilai kecekapan atau efisiensi menggunakan sumber (resources). Kita biasa dengar memakan kulit roti itu adalah berberkat. Memakan nasi yang tertinggal didalam pinggan kita juga adalah berbarkat. Ini kerana kesemua bahan-bahan tadi adalah suatu sumber makanan seperti jugak bahagian roti atau nasi yang lain. Jadi apabila kita memakan kesemua sumber yang ada itu kita mendapat keberkatan 100%. Kita mengambil kesemua faedah dari sumber yang kita ada itu. Kecekapan penggunaan sumber kita adalah tertinggi mungkin.
Kecekapan mentadbir sumber= hasil yg berguna kepada rakyat/ sumber input. Perkataan "kecekapan" juga sinonim dgn perkataan 'keberkatan". Jadi, berapakah hasil yg dikeluarkan oleh pentadbiran BN berbanding dgn input sumber keewangan yg mereka laburkan ? Adakah keberkatan dari pentadbiran mereka ini ? Adakah mreka sudah leburkan sumber negara kita? Kemudian lihat pula pentadbiran PR di Selangor dan Penang untuk bandingan.

Thursday, January 9, 2014
Khalimah Allah : Membesar-besarkan Simbol Boleh Menjurus Kepada Syirik ?
Setiap
kalimah (perkataan) adalah simbol atau dikenali jugak sebagai ikon. Contohnya kalimah PISANG adalah
simbol bagi buah yang isinya lembut, manis bila masak dan sedap dibuat
cokodok. Kalimah ALLAH juga adalah satu simbol(ikon) yang mewakili Yang Maha Esa.
Patung lembu pula adalah simbol/ikon bagi tuhan orang hindu. Jadi awas jika kita
terlalu membesarkan kalimah melebihi dari tuanpunya kalimah itu
sendiri. Takut-takut kita menghampiri syirik jali dan khafi yang amat
halus itu yang ulama' ibaratkan sebagai semut hitam diatas batu hitam dimalam gelap pekat. Amat susah nak dikenali semut itu. Syirik juga begitu keadaannya. Kita mudah tertipu dengan permainan syaithan yang memperlihatkan syirik sebagai tidak!
Thursday, January 2, 2014
Derhakakah Rakyat ? : Kerajaan Bukan Raja (A Government Is Not A King)
Kerajaan BUKAN Raja. Walaupun terdapat cubaan untuk bermaharajalela dengan mendapat 2/3 majority serta cuba mengekalkan kuasa selamanya, kerajaan masih BUKAN raja. Ia juga bukan setaraf negara. Kerajaan hanyalah satu badan
yang diamanahkan rakyat supaya mentadbir negara untuk kebaikan rakyat.
Itupun untuk jangka masa lima tahun sahaja. Dan sekira rakyat tidak berpuas hati
dengan cara pentadbirannya, rakyat berhak mencabarnya. Oleh itu
perkataan "menderhaka" kepada kerajaan tidak boleh ujud didalam konteks
negara demokrasi. Perkara ini juga dapat dilihat dari kandungan Rukun Negara yang jelas menyatakan "kesetiaan kepada raja dan negara". Ia tidak sesekali menyebut kesetiaan kepada kerajaan pun !!! Keadaan yang sama mengenai juga kerajaan dibawah PR.
Sunday, December 15, 2013
Demokrasi - Selepas Menang Suara Terbanyak Maka Tiada Lagi Berpolitik Selepas Itu
Tujuan mengundi adalah untuk mencari pentadbir negara untuk selam lima tahun. Itu saja. Apabila sudah didapati pihak untuk mentadbir negara, tiada lagi pihak yang wajar bermain politik; baik rakyat maupun kerajaan.
Kerajaan tidak boleh lagi membeza-bezakan rakyat. Rakyat pula mesti semuanya menjadi rakyat jelata tanpa label parti lagi. Dan apabila pentadbir mengujudkan dasar yang bertentangan dengan apa yang dihasratkan rakyat, maka keseluruhan rakyat mestilah sepakat membantah dasar itu. Perjuangan bukannya hanya diletakkan diatas satu-satu pihak saja. Semua adalah rakyat. Semua pun akan kena akan dasar yang dibuat pentadbir.
"under construction'

Subscribe to:
Posts (Atom)