Islam mengajar dengan jelas, khabar berita (ie informasi) dari orang Islam (atau yang mengaku sebagai Muslim) yang melakukan kemungkaran dosa hendaklah diselidiki kesahihan beritanya sebelum kita membuat tuduhan, tohmahan atau penghakiman.( Lihat AlQuraan anda).
Jadi, apabila datang sesuatu berita, selidiki sipembawa berita itu samada mereka ada melakukan apa-apa kemungkaran atau dosa ( besar atau kecil) atau tidak. Sekira mereka itu didapati orang yang bebas dari melakukan kemungkaran terimalah berita itu. Sebaliknya, sekira didapati pembawa berita itu ada melakukan kemungkaran maka gantunglah berita itu sehingga sumber asal telah diselidiki.
Kegagalan dalam mengikut kaedah ini akan menjadikan umat Islam itu rugi dikotak-katik oleh syaitan yang kebanyakannya berupa manusia juga.
Laman bukan-politik (apolitical) bertujuan memberi sebaik kefahaman kepada orang-ramai terutama dari generasi baru tentang ilmu kenegaraaan, pentadbiran dan lain-lain demi persiapan minda dunia pertama 2020. Blog ini adalah peti simpanan ilmu untuk kegunaan masa depan.
Thursday, March 24, 2011
Monday, March 21, 2011
Don't Compromise On The Fundamentals - Jangan Berkompromi Akan Hal Asas
The " fundamentals" ialah perkara asas dimana berlapis-lapis perkara lain bergantung kepadanya. Contohnya, nombor plet kenderaan. Keadilan bergantung kepadanya. Apabila seseorang pemandu membuat sesuatu kesalahan jalanraya seperti langgar-lari pengenalan pertama ialah nombor plet kenderaannya. Sekira nombornya tidak jelas kelihatan, atau pun hilang sebahagian ataupun tidak betul maka keadilan keatas yang dilanggarinya itu mungkin tidak akan diperolehi. Oleh itu pihak penguasa sewajarnya berkeras (firm) dalam memastikan setiap kenderaan mematuhi undang-undang berkenaan nombor plet ini.
2. Lesen memandu mengiktiraf tahap kemahiran memandu seseorang itu juga adalah suatu perkara asas. Keselamatan pengguna jalanraya yang lain bergantung kepada kemahiran ini. Maka sewajarnya pihak berkuasa tidak menutup sebelah mata dalam perkara seperti ini.
Banyak lagi contoh yang akan saya bawa dari masa-kesemasa.

Thursday, March 17, 2011
Work Smart Not Hard - A Mistaken Concept By Malaysian ?
The original saying is "Work Smarter. Not Harder". But when it landed in Malaysia it transformed into a lesser version of it " Work Smart . Not Hard" .
At first glance both seem to carry similar meanings to the Malaysian eyes. But in actual fact the meanings are of vast differences. The original saying connotes we must work hard. On the other hand, the deformed version adopted by many Malaysians, connotes. we don't have to work hard at all. Suffice that we work smart. This in turn means we cheatingly do our work!!
Such distortion happens, perhaps because the eastern languages don't have comparative and superlative mechanism in their languages.They don't have word systems like big, bigger, biggest. Smart, smarter, smartest.
So get it right people. Don't just copy things without understanding them profoundly first.

Sunday, March 13, 2011
Penambahbaikan (improvement) - Jangan Jadi Tikus Membaiki Labu (Meddling)
Penambahbaikan keatas sesuatu sistem itu adalah baik sekira ianya menerbitkan *Net Added Value (Nilai bersih tertambah). Tapi bukan semua usaha penambah-baikan itu membawa kebaikan. Malah ada yang membawa kerugian dengan menghakis nilai. Ini kita tidak mahukan. Perubahan sebegini dinamakan meddling sesuai denga peribahasa "tikus membaiki labu".
Apakah sistem yang tidak wajar diubah itu?
Secara umum, sesuatu yang sudah berfungsi dengan setabil sekian lama kalau diubah biasanya akan menghasilkan penghakisan nilai. Contohnya, berapa tahun dahulu dizaman pentadbiran Dr Mahathir terdapat beberapa undang-undang yang diubah untuk mencermin suasana pentadbirannya ketika itu. Undang-undang hak keatas tanah yang dipindah-milik secara tidak sah yang telah menafikan hak pemilik asal, misalnya, telah diubah kembali dizaman Tun Abdullah. Ini adalah kerana ianya bertentangan dengan prinsip keadilan. Terdapat banyak lagi contoh yang dapat dicari sekira mahu.
Terbaru : Apakah pandangan anda tentang perubahan undang-undang perlantikan Setiausaha negeri dimana hanya kerajaan pusat yang berhak melantik mereka untuk "consumption" kerajaan negeri? Sekian lama sebelum ini urusan perlantikan setiausaha negeri adalah ditangan pentabiran negeri bersama sultan dan bukannya pihak pusat! Mungkinkah orang terdahulu telah memikirkan perkara keserasian penting dalam sesuatu pentadbiran demi kebaikan rakyat maka dibiarkan pihak negeri membuat perlantikan? Atau apakah orang terdahulu seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussin Onn tidak cukup cerdik(wise) maka perlu diubah undang-undang itu dizaman Tun Mahathir ?
Ingatlah "sesuatu sistem yang tidak menambah nilai itu pasti menambahkan kos!!" Ketahui apa yang hendak diubah itu sedalam-dalamnya (profoundly) sebelum membuat perubahan.
Nota :
* Net Added value = Apabila sesuatu dilihat dari secara total dimana segala nilai yang terhasil ditolak segala kos yang terhasil itulah nilai bersih tertambah (Net-Added Value). Sebagai contoh, pada diri kita terdapat beberapa kocek pakaian. Sekira kita pindahkan RM10 dari poket seluar kepada poket baju, kita sudah menmbah nilai kepada poket baju sebanyak RM10. Adakah perubahan itu telah menambahkan apa-apa nilai kepada kita ? Jawabnya tidak !! Bagi kita wang yang ada masih hanya RM10. Tidak ada apa yang tertambah.
Diri kita tadi adalah analogy sebuah organisasi perniagaan atau pun institusi kerajaan. Sekira wang dari satu anak syarikat masuk ke anak syarikat yang lain, secara keseluruhannya tiada apa-apa nilai tambah secara bersih berlaku!!!

Thursday, March 10, 2011
Bayar Saman Atau Bayar Kompaun ??
Secara mudah, saman ialah jemputan keatas seseorang "pesalah" kemahkamah untuk dia mendapatkan keadilan. Dengan kata lain, kitalah yang mahu (insist) berjumpa hakim untuknya menentukan status kesalahan kita. Pada hakikatnya kitalah yang membawa kes kemahkamah dan bukannya pihak berkuasa yang mengeluarkan saman.. Pihak berkuasa biasanya lebih cenderung menyelesaikan kes tanpa ditentukan duduk perkara oleh mahkamah. Ini dapat dilihat dari kegemaran mereka menawarkan kompaun. Kekadang ditawarkan diskaun pulak tu.
Terdapat banyak keadaan dimana "pesalah" sebenarnya tidak melakukan kesalahan dari segi undang-undang. Contohnya, katakan nombor kenderaan yang sama telah disalin dan digunakan oleh orang lain. Orang itu pulak telah melakukan kesalahan jalan raya tetapi saman dihantar kepada anda. Adakah wajar anda membiarkan saja keadaan ini berlaku dengan membayara kompaun tanpa mendapat pengadilan ?
Secara mudah, kompaun* ialah bayaran denda tanpa diadili oleh mahkamah terlebih dahulu. Dengan membayar kompaun bererti anda mengaku salah walaupun anda mungkin, dari sisi undang-undang, tidak melakukan kesalahan sebagaimana dituduh.
Sewajarnya negara yang semakin maju harus bergerak kearah " rakyat mesra mahkamah" dimana rakyat tanpa takut-takut pergi kemahkamah untuk mengetahui apa-benar mereka bersalah sebagai yang dituduh atau tidak!!
Pada zaman kesultanan dahulu rakyat dari berbagai lapisan menghadap sultan-sultan mereka untuk mendapat pengadilan. Kenapa pula dalam zaman serba maju ini orang-ramai takut untuk berhadapan hakim yangmana bukan menyebelahi mana-mana pihak termasuk pihak berkuasa ?? Sebaliknya hakimlah yang akan menentukan anda salah atau tidak !! Bukankah kepastian itu yang kita mahu ?
* Nota : Bukan semua kesalahan boleh ditawarkan kompaun.

Friday, March 4, 2011
Suruhanjaya Pilihanraya SPR (Polling Commission) - Entity
Sewajarnya SPR ialah suatu badan yang melampaui politik (above politic). Ianya lahir terus dari "negara" dan bukannya dari kerajaan. Ujudnya sebelum ujudnya Kerajaan Semasa lagi. Jadi, ia sewajarnya berkecuali yang tidak memihak kepada mana-mana parti atau kerajaan.
Disamping fungsinya sebagai pengelola pilihanraya, ia juga sewajarnya berperanan mendidik rakyat tentang ilmu kenegaraan kerana peringkat ini ialah peringkat pra-kerajaan. Lagipun Kerajaan Semasa tidak mempunyai kepentingan dalam pencelikan rakyat malah pencelikan mungkin menjadi counter-productive kepadanya!!
Inilah satu perkara yang belum berlaku yang ingin kita lihat berlaku didalam negara ini. Kita ingin lihat pelajaran kenegaraan, hak-hak rakyat dan demokrasi sebenar, diajar kepada rakyat sejak dari bangku sekolah lagi.

Pengurusan Atau Pentadbiran Negara ??? Management Vs Administration
Dunia mengguna-pakai perkataan Pengurusan (Management) bagi mencerminkan pentadbiran perniagaan. Dan untuk urusan institusi bukan perniagaan dunia menggunakan perkataan Pentadbiran (Administration)
Urusan negara bukanlah urusan perniagaan walaupun dinamakan Negara Korporat. Jadi perkataan pengurusan tidak wajar digunakan keatas institusi negara.
Negara Amerika yang segala-galanya adalah membuat untung pun tidak menggelar urusan institusi negara mereka Reagan Management, atau Obama Management. Sebaliknya mereka menggunakan Reagan Administration (dan kini Obama Administration) !!!
Turutan dari ini gelaran seperti pengurus, MD, CEO dan sebagainya tidak sesuai untuk institusi pentadbiran negara kerana ianya diguna-pakai oleh institusi koporat. Bagi institusi pentadbirab negara perkataan Pengarah, Ketua Pengarah dan Pegawai adalah sesuai..
Awas dalam cubaan menambah-baikkan sesuatu. Ketahui benda yang hendak di improvekan itu "profoundly" dulu sebelum merubahnya. Kalau tidak, ianya seperti tikus membaiki labu pulak.

Subscribe to:
Posts (Atom)