"When things get measured they will get done". Inilah satu prinsip pengurusan yang diguna-pakai kini.
KPI atau nama penuhnya Key Performance Index ialah ukuran pencapaian sesuatu usaha atau kerja. Ianya dicatat dan dipersetujui sebelum bermulanya sesuatu usaha itu lagi.
KPI sewajarnya di tetapkan oleh "pelanggan". Dalam hal ini pelanggan sesebuah syarikat ialah Pemegang Saham. Maka pemegang sahamlah seharusnya menentukan apa yang mereka kehendaki dan bukannya pihak pengurusan.
Katakan Pemegang Saham mahukan keuntungan 35% atau RM 2 billion pada tahun ini. Maka itulah KPI untuk syarikat tersebut. Bermula dari itu, KPI tersebut akan dipecah-pecahkan dan dibahagi-bahagikan mengikut tanggung-jawab kumpulan masing-masing. Seterusnya di "cascade" kan lagi kepada unit-unit perniagaan bagi syarikat itu.
Kesan diharapkan dari penggunaan kayu-ukur KPI ini ialah memudahkan untuk melihat siapa yang berusaha dan siapa yang tidak. Sekira gagal mencapainya, pihak pengurusan atau Board Of Directors mestilah "admit defeat and face the consequences".
Disektor pentadbiran negara pula, KPI utama mestilah ditentukan oleh "pelanggan kerajaan" iaitu, The Rakyat. Rakyat mungkin mahu meletakkan perkembangan ekonomi 8% sebagai KPI utama.. Sekira itulah KPInya, maka pihak berwajib harus mencapainya atau "admit defeat".
Yang buruknya tentang penggunaan KPI ini ialah kaedah pengiraan pencapaian yangmana ianya terdapat ruang manipulasi yang luas. Misalnya, pihak pengurusan mungkin menggunakan "creative accounting" untuk menunjukkan keuntungan 35%. .............................dan begitulah seterusnya.
Laman bukan-politik (apolitical) bertujuan memberi sebaik kefahaman kepada orang-ramai terutama dari generasi baru tentang ilmu kenegaraaan, pentadbiran dan lain-lain demi persiapan minda dunia pertama 2020. Blog ini adalah peti simpanan ilmu untuk kegunaan masa depan.
Thursday, March 31, 2011
Tuesday, March 29, 2011
Prinsip Keadilan : Better To Let 10 Guilty People Go Free Than Jailing An Innocent One
Undang-undang, sedaya-upaya cuba menjalankan keadilan sehingga ia sanggup melepaskan 10 orang yang bersalah daripada memenjarakan seorang yang tidak bersalah. Begitulah sewajarnya keadilan berfungsi apabila ia bebas menjalankan tanggung-jawabnya sebagai mekanisma keadilan..
Tetapi adakah realiti sebenar berlaku sebegitu ??

Monday, March 28, 2011
Prinsip Baling Selut Kedinding......lama kelamaan melekat jua
Selut kalau dibaling kedinding yang licin, pada mulanya ia mungkin menggelongsor dan tidak melekat. Tetapi mengikut ilmu statistik, sekira kita baling banyak kali, pasti ada yang melekat.
Konsep ini yang juga dikenali dengan nama "number game" banyak digunakan dalam perniagaan telemarketing dan cabutan-bertuah. Apabila ada orang menalipon anda menawarkan sesuatu, mereka itu sedang bermain number game. Mungkin dalam seratus orang dihubungi terdapat 10 orang yang beli. Itu sudah memadai bagi mereka.
Dalam politik pun ada digunakan permainan ini dimana musuh poiltik akan dilemparkan dengan cerita buruk (tak kira betul ka bohong); dilemparkan bertalu-talu tanpa rasa bersalah dengan harapan lama-kelamaan mengena.
Jadi, persiapkanlah diri dengan mengenal permainan "number game" ini demi 2020 supaya tidak menjadi seorang yang "gullible". Minda 2020 itu minda maju jadi tidak boleh lagi jahil ketika itu.

Sunday, March 27, 2011
"Burden Of Proof" Dalam Hal Jenayah Bukan Dibahu Tertuduh
Didalam prosidur jenayah, Onus Probandi atau beban untuk membuktikan seseorang tertuduh itu bersalah terletak dipihak yang menuduh. Dengan kata lain pihak tertuduh tidak perlu membuktikan yang ia tidak bersalah.
Pihak menuduh biasanya adalah "State" atau negara. ia perlu membuktikan melampaui keraguan yang munasabah bahawa yang tertuduhlah yang telah melakukan jenayah sebagaimana tuduhan yang dikemukakan. Apa yang pihak tertuduh perlu lakukan ialah menimbulkan keraguan yang menasabah keatas pertuduhan itu.
Namun kekadang ada keadaan tertentu dimana tertuduh terpaksa membawa sedikit pembuktian. Sebagai contoh, membuktikan bahawa tertuduh berada ditempat lain selain dari tempat berlakunya kejadian jenayah itu. Secara logic apabila terdapat "alibi" sebegini pihak pendakwa sewajarnya menggugurkan pendakwaan keatas tertuduh sebelum dibawa kemuka penghakiman lagi.
Kes kesalahan lalu-lintas juga termasuk dibawah prosidur jenayah.......

Friday, March 25, 2011
Apa Itu "Value Management" - Pengurusan Nilai
Keujudan manusia didunia ini adalah untuk menambah nilai ataupun menambah-baikan padanya. Ini bermakna setiap apa yang dilakukan, baik dibidang swasta atau awam, mestilah melahirkan nilai-tambah (value-added). Perkiraaan nilai-tambah (dalam Ringgit dan Sen) ini mestilah dilakukan sebelum sesuatu transaksi itu bermula lagi.
Contohnya 1. Sebuah syarikat berhasrat untuk melabur dalam industri perumahan. Dalam perhitungan, mereka akan membuat keuntungan bersih 30% daripada modal dalam 5 tahun.. Jadi nilai tambahnya ialah 30% daripada modal pelaburan. Pada asasnya transaksi itu kelihatan sebagai penjana nilai yang baik walaupun apabila dikira ianya hanya 6%. Berbanding kadar interest simpanan tetap 5% setahun pelaburan ini kelihatannya masih melahirkan nilai bersih. Tetapi adakah masih ada nilai-tambah apabila kita mengambil kira susut matawang ? Peringkat perkiraan sehalus ini pula dinamakan Value-Based Management (VBM).
Konsep yang sama juga dapat gunakan keatas sektor awam.Tetapi ianya payah sedikit kerana berlainan dari bentuk perniagaan yang mana keuntungan terus dapat dianggap sebagai nilai-tambah. Sebaliknya dalam sektor awam nilai-tambah berlaku selepas berlapis-lapis kegunaan. Yakni ianya tidak terus.
Katakan kerajaan berhasrat membina sebuah jambatan berkos 1 juta RM untuk kegunaan penduduk yang rata-ratanya bertani. Dengan adanya jambatan pembeli dapat membeli hasil pertanian dengan cepat dan banyak. Kerosakan hasil diminimumkan.
Input pertanian seperti baja dapat dihantar terus pada kadar yang banyak tanpa perlu menggunakan sampan. Penjimatan kos berlaku disini. Penjimatan kos juga adalah satu rupabentuk nilai. Industry dapat bermula diseberang sungai yang bakal membawa pelabur masuk kesitu. Ini akan membuka peluang pekerjaan kepada pendudduk disitu. Nilai tanah juga bertambah. Sekira disewa oleh orang luar maka nilai-tambah ketara adalah besar. Dan seterusnya....
Beginilah sewajarnya cara mentadbir dunia ini sebagaimana seorang "khalifah". Setiap sen dikeluarkan mestilah menjana nilai.

Thursday, March 24, 2011
Bagaimana Cara Menyedut Ahli Parti Lawan Kepada Parti Anda
Setiap dua "extremes" pasti terdapat "potential" diantaranya. Contohnya battery. Dua ekstrim ie positif dan negative membuatkan terdapat perbezaan voltan. Perbezaan ini dinamakan "potential". Dua "ekstrim" yang terasing ini dapat dihubungkan secara lembut dengan kaedah jejambat neutral. Kalau satu wayar disambungkan pengaliran arus akan berlaku. Wayar itu adalah neutral pada asalnya.
Untuk lebih senang kita fahami ambil dua baldi air. Sekira disebelah kiri terdapat sebaldi airbatu dan disebelah kanan sebaldi air mendidih. Untuk mencuri haba dari baldi kanan itu kita boleh hubungkan dua baldi itu dengan jejambat batang besi. Batang besi itu adalah neutral sebelumnya. Tetapi secara diam-diam ia menjadi panas dan memindahkan haba dari baldi kanan kebaldi kiri.
Teknik pengaliran sebegini juga dapat dilakukan didalam sistem parti politik dari dua extremes. Dengan menggunakan satu parti yang kelihatan neutral, innocent sebagai pengantara, pengikut parti lawan dapat dipindahkan secara halus dan sistematik. Parti pengantara ini adalah "trojan horse".

Apabila Orang Fasik Membawa Berita ........Ajaran dari AlQuraan..
Islam mengajar dengan jelas, khabar berita (ie informasi) dari orang Islam (atau yang mengaku sebagai Muslim) yang melakukan kemungkaran dosa hendaklah diselidiki kesahihan beritanya sebelum kita membuat tuduhan, tohmahan atau penghakiman.( Lihat AlQuraan anda).
Jadi, apabila datang sesuatu berita, selidiki sipembawa berita itu samada mereka ada melakukan apa-apa kemungkaran atau dosa ( besar atau kecil) atau tidak. Sekira mereka itu didapati orang yang bebas dari melakukan kemungkaran terimalah berita itu. Sebaliknya, sekira didapati pembawa berita itu ada melakukan kemungkaran maka gantunglah berita itu sehingga sumber asal telah diselidiki.
Kegagalan dalam mengikut kaedah ini akan menjadikan umat Islam itu rugi dikotak-katik oleh syaitan yang kebanyakannya berupa manusia juga.

Subscribe to:
Posts (Atom)