Negara yang baik mempunyai keseragaman rentak minda dalam menuju kesatu arah atau matlamat walaupun berbeza fahaman politik, ugama atau bangsa.
Pada 10 tahun pertama pentadbiran Dr Mahathir keadaan penyatuan minda ini ada berlaku. Pihak pembangkang ketika itu, walaupun mengeluarkan pandangan alternatif tapi masih menjurus kepada matlamat yang sama dengan pemerintah. Malangnya keadaan penyatuan ini ranap pada sepuluh tahun kedua. Keadaan ini termusnah apabila perpecahan secara permusuhan terjadi dek sebab tidak menghormati sistem "Convention" yang diujudkan oleh pemimpin terdahulu; yakni meletak jawatan secara sukarela apabila dicabar dengan jelas oleh ahli parti yang berpengaruh.
Perpecahan minda rakyat kini seakan 50:50. Dalam keadaan ini, apa-apa sahaja yang cuba dilakukan oleh seorang pemimpin itu tidak akan diterima oleh sebahagian lagi rakyat. Ini akan melemahkan pelaksanaannya atau menggagalkannya samasekali. Kegagalan bererti pembaziran wangrakyat.
Tiada pemimpin yang ada dipersada negara kini, baik dari pihak pemerintah mahupun dari pembangkang, yang mampu menyatukan seluruh rakyat sekurang-kurangnya dari segi minda.Kalau pihak pembangkang sekarang jadi pemerintah, kumpulan lain itu tidak akan bersatu minda dengannya. Jadi siapakah yang boleh jadi penyatu minda rakyat kita ini?
Secara logik orang itu ialah seorang yang didalam parti pemerintah tetapi berjiwa pembangkang. Orang sebegini akan disenangi pembangkang; pembangkang-friendly. Maka carilah orang sebegini untuk mentadbir negara kita ini dimasa depan.
Laman bukan-politik (apolitical) bertujuan memberi sebaik kefahaman kepada orang-ramai terutama dari generasi baru tentang ilmu kenegaraaan, pentadbiran dan lain-lain demi persiapan minda dunia pertama 2020. Blog ini adalah peti simpanan ilmu untuk kegunaan masa depan.
Thursday, August 11, 2011
Thursday, August 4, 2011
Dasar Pelajaran Negara Generasi 2020 - Jatidiri
Kini rata-rata majikan merungut kerana pekerja generasi ini tiada jati-diri : Marah sikit nak berhenti kerja. Kurang bertanggungjawab. Kurang disiplin. Malas belajar. Malas bekerja. Tetapi mahukan gaji yang tinggi. Ini terjadi akibat memanjakan diri secara keterlaluan. Keadaan ini kalau tidak dibendung akan merosakkan negara pada 2020.
Suatu dasar pelajaran negara menjurus kepada pembentukan jatidiri untuk semua adalah perlu. Ini termasuk membenarkan "ragging terkawal" disekolah, mengadakan kem-kem dipenjara dan dikem tentera bagi pelajar nakal dan tidak berdisiplin.Juga adakan latihan kepimpinan secara berterusan disekolah melalui pembelajaran, guidance, mentoring dan latihan.
Ibubapa juga harus dididik dengan ilmu kepimpinan jika perlu.

Wednesday, July 20, 2011
Kenderaan Mewah Berumur Wajar Dikategorikan Sebagai Bukan-mewah
Kenderaan mewah seperti dari jenama Mercedes, BMW, Audi, Rolls-Royce dan sebagainya, apabila sudah berumur lebih 10 tahun dan berharga lebih murah dari jenama Proton wajar dikelaskan semula sebagai kenderaan bukan-mewah. Bayaran cukai jalannya harus tidak lagi bergantung kepada kekuatan kuasa-kuda atau CC. Ini adalah kerana :
1. Dalam keadaan itu ianya bukan lagi kereta mewah. Proton lagi mewah.
2. Kuasa-kudanya tidak lagi sekuat zaman mudanya.
3. Penggunaan kenderaan lama bererti penjimatan sumber asli dunia yang semakin pupus ini unutk generasi hadapan.
4. Kenderaan sebegini juga direkacipta dengan ciri keselamatan penumpang yang tinggi. Kecederaan dari kemalangan adalah minima.Kos perubatan juga minima.
5. Kebanyakannya digunakan oleh pesara yang berpendapatan rendah.
Jadi, adalah bijaksana dan adil untuk mengkelaskan kenderaaan sebegini sebagai kendearaan bukan-mewah.

Friday, July 1, 2011
Demonstrasi, Demokrasi, Leadership Dan Nation Building
Diambang kemerdekaan tahun 1957, beratus-ratus perhimpunan demonstrasi yang dikenali sebagai Rapat Umum telah diadakan oleh rakyat Malaya bagi menyatakan ketidakpuasan-hati rakyat keatas pentadbiran British disini. Perhimpunan dan perarakan berlaku disetiap bandar. British yang mengamalkan prinsip demokrasi tidak menghalang demonstrasi tersebut. Sebaliknya mereka mengambilnya sebagai "feedback" penting akan perihal pentadbiran mereka sendiri. Dalam kes ini, mereka membuat keputusan melepaskan Malaya untuk ditadbirkan rakyat Malaya sendiri.
Demonstrasi bukanlah perkara baru dinegara kita ini. Malah demonstrasilah yang mengujudkan Malaysia! Dinegara maju demonstrasi berlaku setiap hari. Mereka melakukannya secara aman dengan sepanduk ditangan dan berkumpul ditempat-tempat awam.. Tujuan mereka ialah memberi "feedback" kepada pentadbiran sesuatu institusi tentang dasar dan tindak-tanduk mereka yang dilihat sebagai "tidak kena" (anomali).
Pentadbir yang bertanggung-jawab pula akan mengalu-ngalukan segala "feedback" yang diberi orang untuknya kerana, melalui "feedback"lah pihak pentadbir (Leaders) akan dapat memperbaiki pentadbiran mereka. Pepatah "kalau tiada angin masakan pokok bergoyang" wajar dipakai disini. Demonstrasi adalah sebagai angin yang menggoyangkan pokok bagi menyerlahkan monyet-monyet yang secara senyap meratah hasil tanaman!!
Demonstrasi yang bertujuan selain dari ini tidak harus dilakukan terutama sekira melibatkan negara luar yang mempunyai agenda mereka sendiri. Biasanya agenda mereka ialah mengaut keuntungan apabila porak-peranda berlaku atau boneka mereka pula memerintah.
Jadi sebagai minda kelas pertama, objektif demonstrasi mestilah untuk "membaiki keadaan" dan bukannya meruntuh suatu sistem yang telah setabil. (lihat posting saya yang terdahulu tentang "meddling - tikus membaiki labu"

Thursday, June 9, 2011
The Government SHOULD NOT Give out Scholarship Anymore
It is time for the government to stop giving out scholarship to any high institutional students. Instead, give out low interest study loans. The hardcore poor is included. The reason is simple :
1. Upon graduation students, be it from rich or poor will work and have income. Payback is based on salary deductions.Therefore why the poor don't have to payback when their salaries can be as high as the rich?
2. The money paid back will go into education fund and recycled.
3. By doing so more students could be supported to get higher education required by the country.
4. No more fighting for scholarship.
As consolation, employers may raise salaries voluntarily (or statutorily compelled to raise salaries) by the amount equivalent to the monthly repayment of the loans.

Saturday, June 4, 2011
Tanah TOL - Temporary On Lease (Licence?) - Harus DiHad Maksima 3 Tahun Pajakan Sahaja
Tanah TOL ialah tanah pajakan tahunan yakni sewaan untuk kegunaan setahun demi setahun. Penggunaannya terhad kepada tanaman tumbuhan sementara bukan pokok tahun seperti durian dan sebagainya.
Apa yang kita lihat sekarang penyewa menggunakan tanah TOL sebagaimana tanah yang berhakmilik kekal. Mereka tanam durian, manggis dan sebagainya. Ada yang membina bangunan rumah diatasnya seolah tanah itu hakmilik mutlak mereka!
Demi membawa balik sanctity kepada negara ini saya syorkan pajakan TOL dihadkan kepada 3 tahun sahaja bagi setiap penyewa keatas setiap lot. Mereka hanya dapat meyewa balik lot ini selepas tempoh 3 tahun rehat sekira tanah tersebut masih tidak disewa orang. Dengan memecahkan pendudukan tanah TOL dari diduduki secara berterusan, mereka akan sedar bahawa tanah TOL bukan hakmilik mutlak mereka.

Friday, May 13, 2011
Kawal Warga Asing Dari Membuat Onar Disini
Suatu dasar asas berkenaan pendatang asing sewajaranya ialah; mereka adalah tetamu dinegeri ini. Sebagai tetamu mereka tidak boleh :
1. tinggal lama dinegeri ini
2. membebani tuan-rumah
3. mengambil hak tuan-rumah
4. berjalan melebihi tuan-rumah
5. tidak menghormati tuan-rumah
6. membuat onar/jenayah keatas rakyat yang rata-rata lemah, jahil-hak ini
Sebaliknya mereka harus sentiasa takut ditendang keluar serta merta (persona-non-grata) dek kerana perlakuan mereka keatas rakyat tempatan atau negeri.
Pesalah dari kalangan pendatang ini haruslah secara otomatik dikategorikan persona-non-grata dan seterusnya dihukum sebat keatas kesalahan jenayah (terutama yang sedia diketahui sejagat), sebelum menerima hukuman kebiasaan bagi kesalahan itu. Sebatan boleh digunakan sebagai pengganti penjaraan.
Selepas sebatan mereka haruslah ditagkan secara digital dan dinyahkan dari negeri ini untuk tempoh sama dengan hukuman penjara maksima bagi kesalahan mereka.

Subscribe to:
Posts (Atom)