Apabila parlimen terbubar, maka mana-mana parti sewajarnya tiada lagi apa-apa kuasa. Yang menduduki kerusi pada semasa peralihan itu sewajanya hanyalah berfungsi diatas kapasiti individu yang meneruskan pejabat dan bukannya berkuasa kabinet. Pada ketika ini sewajarnya kuasa memerintah kembali kepada Yang Dipertuan Agong. Agong, bersama jemaah raja-raja sewajarnya memegang tampok pemerintahan yang belum diperturunkan kepada kerajaan pada ketika itu.
Adakah perkara sebegini berlaku ?
Jawabnya tidak sama-sekali. Malah sebaliknya yang berlaku. Pentadbir negara yang sudah terbatal mandatnya masih berkelakuan seolah-olah masih berkuasa seperti biasa. Mereka masih mengawal media dan menggunakannya untuk faedah parti mereka. Menggunakan jentera dan mekanisma hakmilik negara untuk keuntungan parti mereka sesuka hati. Berbagai tekanan keatas jentera kerajaan juga terus berlaku. Ini membuatkan "padang permainan" condong memihak kepada sebelah pihak. Ini ibarat bermain bola dipadang condong dimana pihak lawan berada disebelah yang rendah. Golek saja bola sudah boleh masuk gol !! Itu tidak adil.
Penggunaan wang untuk membeli undi walau dari mana ia datang atau dengan apa nama sekalipun, juga adalah merupakan perbuatan menyondongkan padang permainan.
Apakah kesan dari perbuatan tidak adil ini ?
Apabila kita melihat perlawanan bola sepak dimana refereenya berat sebelah apa rasa kita? Apabila kita lihat perlawanan gusti seorang kecil melawan seorang yang dua kali lebih besar mengalahkan yang kecil tadi, apa perasan kita? Apabila kita lihat Israel dengan kekuatan senjata moden melawan palestin yang bersenjatakan batu, pasti jiwa kita teronta-ronta. Jauh dilubuk hati kita akan memusuhinya.
Begitulah juga dalam hal pilihanraya. Kemenangan melalui jalan manipulasi undi (benar/tidak), berbagai penipuan (benar/tidak) akan melahirkan perasaan tidak puas hatiyang bersarang jauh kelubuk sanubari.Perasaan ini pula boleh dikira sebagai permusuhan halus berlaku dibawah minda sedar. Pemberontakan didalam senyap ini akan membantutkan kemajuan negara. Apa tidaknya. Idea-idea yang baik tidak akan diketengahkan malah ada yang lebih rela menyumbang idea dan kreativiti serta tenaga kepada negara lain daripada dikongsi dengan negara sendiri yang dianggap kotor dan zalim.
Bagaimana Untuk Melahirkan Keadaan Yang Kondusif Ini ?
Seeluknya, parti yang memenangi majoriti kerusi yang tipis terutama yang berbaur penipuan, manipulasi dan sebgainya, dengan sukarela melepaskan pentadbiran negara kepada parti lawan. Dengan cara ini rakyat akan dapat memaafkan kemungkaran yang telah dilakukan dan akan memberikan segala daya dan fikiran untuk memajukan negara demi membuktikan mereka pentadir yang lebih baik, lebih cekap dalam mengggunakan segala sumber yang ada. Rakyat beroleh keuntungan. 2020 pasti akan tercapai. Dalam keadaan sekarang, 2020 akan bertambah 30 puluh tahun lagi kepada 2050.
{under construction}
Laman bukan-politik (apolitical) bertujuan memberi sebaik kefahaman kepada orang-ramai terutama dari generasi baru tentang ilmu kenegaraaan, pentadbiran dan lain-lain demi persiapan minda dunia pertama 2020. Blog ini adalah peti simpanan ilmu untuk kegunaan masa depan.
Wednesday, May 8, 2013
Saturday, May 4, 2013
Mengundilah Untuk Akhirat Mu
Segala yang perlu dilakukan sudah dilakukan. Mengundilah mengikut selera masing-masing. Tepuk dada tanyalah iman. Tetapi masih perlu ingat, mengundi itu adalah suatu amal, dan setiap amal itu ada perhitungan dosa dan pahalanya. Itu pun kalau kita dari kalangan orang yang beriman dengan adanya dunia lain selepas dunia yang selesa dan menyeronokkan ini. Selesa disini bukan bermakna selesa disana......Selamat mengundi !!!
Friday, May 3, 2013
Kerajaan Bukannya Raja Yang Harus DiSetiai
Nama sebenar atau nama penuh kerajaan ialah Kerajaan Semasa atau dalam bahasa inggerisnya Government Of The day (pentadbir negara untuk hari ini). Daripada nama penuh ini kita dapat memahami betapa keadaan sebenar keujudan kerajaan yang singkat bagai embun pagi.Setelah terbit mentari lenyaplah ia.
Walaupun terdapat kecenderungan kerajaan menyembunyikan hakikat ini ianya terserlah juga apabila setiap lima tahun, mahu tidak mahu, sesuatu kerajaan wajib terbubar. Keadaan ini juga adalah untuk mengingatkan kita dan kerajaan itu sendiri bahawa kerajaan BUKAN raja.
Ya. Kerajaan bukannya raja. Mereka diberi amanah oleh rakyat untuk mentadbir negara buat sementara waktu sahaja. Dan tempoh waktu mereka sudah habis..tamat setelah najib mansuhkanya baru-baru ini. Jadi kenapa harus bersetia-setia lagi sebab kerajaan sudah pun tiada?? Juga perhatikan Rukun Negara. Ada tak kesetiaan pada kerajaan termaktub disitu?

Thursday, May 2, 2013
Anda Masih Belum Beriman Walaupun Telah Melakukan Ibadat...
Satu kejutan keatas saya apabila membaca kisah bagaimana orang Islam yang sudah melakukan ibadat kepada Allah tetapi Allah mengatakan mereka ini belum beriman. Selama ini saya kira apabila sudah solat dengan sempurna dan melakukan ibadah-ibadah lain itu maka kita sudah beriman !!! Melesetnya kita selama ini. Jadi bilakah kita dikatan sudah beriman ??
Allah mengatakan: HANYA orang yang beriman dengan Allah dan rasulnya DAN seterusnya BERJUANG dijalan Allah dengan harta-benda dan nyawaItulah orang yang beriman.
(Al Hujjurat 14-15 )
Allah mengatakan: HANYA orang yang beriman dengan Allah dan rasulnya DAN seterusnya BERJUANG dijalan Allah dengan harta-benda dan nyawaItulah orang yang beriman.
(Al Hujjurat 14-15 )
Wednesday, May 1, 2013
Apakah Jasa Dan Fungsi Pembangkang Kepada Rakyat
Kenapa Pembangkang tidak diharamkan dinegara ini ?
Walaupun bertahun-tahun lamanya media propaganda memburuk-burukkan
pembangkang seburuk-buruknya tetapi ia tetap wujud tanpa diharamkan.
Kenapa ?
Jawapannya : Kerana negara perlukannya. Rakyat
perlukannya. Raja-raja perlukannya. Perlukan mereka untuk apa ?
Pertamanya, tanpa kita sedari merekalah yang menghalang kerakusan pihak
yang memegang kuasa. Merekalah yang mencabar dasar-dasar kerajaan yang
merugikan rakyat. Merekalah yang mempertahankan perlembagaan supaya
dipatuhi. Merekalah yang telah "memaksa" BRIM dikeluarkan kepada rakyat.
Ketiadaan mereka bererti kerajaan berkuasa penuh (absolute power). Didalam keadaan berkuasa penuh sesebuah kerajaan berpotensi menyentuh kepentingan raja-raja sekalipun. Oleh itu janganlah sesiapa dari parti mana sekalipun memperkecilkan pihak pembangkang. Jasa pembangkang terlalu banyak untuk kita tetapi tidak diwarwarkan oleh media propaganda. Juga mungkin esuk anda juga jadi pembangkang. !!
Adakah Rakyat Itu Boss Kepada Kerajaan ??
Betul,
rakyat sepatutnya adalah boss. Tapi bila rakyat telah dijahilkan selama
50 tahun melalui Kotak Propaganda kerajaan, rakyat tidak lagi dapat
mengenal antara hak dan bathil. Yg mereka tahu BN baik; pembangkang
jahat. Mereka tidak tahu bahawa yang menghalang kerajaan dari bermaharajalela selama ini ialah pembangkang. Kalau tidak sudak lama rakyat ditindas dengan lebih kejam.
Perjuangan Islam UMNO Versus Perjuangan Islam PAS
Ini suatu pandangan saya semata, orang yang tidak menjadi ahli mana-mana parti. Pandangan orang lain mungkin berbeda.
UMNO adalah pejuang bangsa melayu. Itu tidak dinafikan. Siapakah yang dipanggil melayu itu? Mengikut takrifan perlembagaan, melayu adalah orang yg mengamalkan adat budaya melayu dan berugama Islam. Ini bererti ISlam itu perkara kedua atau perkara tempelan kepada perjuangan UMNO. ISlam tidak diperjelaskan tetapi terselindung didalam perkataan melayu itu sendiri. Dalam banyak keadaan ianya terhilang dari ingatan. Out of sight out of mind. Perjuangan ISlam UMNO tidak "direct". Islamnya hanya mengekori perjuangan melayu ibarat kuda menarik kerata pedatinya mengikut kemana saja perginya kuda itu.
Sekira Islam menjadi beban kepadanya maka ditinggalkannya. Ignored. Apabila ISlam boleh menjadi aset kepada UMNO maka diwarwarkannya. Secara ringkas perjuangan ISlam oleh UMNO seumpama seorang yang menuju ke Masjid Negara untuk solat jumaat. Apabila tiba di kedai makan atau supermarket semasa diperjalanan, singgah dia untuk minum kopi. Apabila mendengar azan maka ditanya dirinya, nak teruskan ke mesjid ka atau batalkan niat ??
Perjuangan PAS terhadap Islam pula terbalik dari perjuangan UMNO terhadap ISlam. PAS meletakkan ISlam sebagai kuda dan semua manusia adalah kereta pedatinya. Perjuangannya "direct" tidak berbelit-belit atau berdolak daleh kerana tiada diberi ruang untuk begitu. Sekira berniat ke Masjid Negara, tiada lagi singgah-singgah tetapi terus ke sana.
{Provisional}

Subscribe to:
Posts (Atom)