Saturday, June 1, 2013

Untuk Pelajar Undang-undang - reverse logic dan being true to the letters of the laws

1. Berkenaan prinsip "privity of contract" dan reverse application.

Mengikut prinsip privity , pihak ketiga (third party) tidak boleh diberi faedah mahupun beban dari satu-satu kontrak.  [Beswick V Beswick]

Jadi kalau itulah keadaannya, bagaimana hendak memberi faedah kepada orang yang tidak ada kena-mengena dengan sesuatu kontrak kerana dengan meletakkan nama mereka didalam terma kontrak pun masih tidak memberi mereka hak dari kontrak tersebut ? Orang itu yang juga dikenali sebagai Third Party tetap tidak akan mendapat hak dari kontrak tersebut selagi mana ianya adalah berstatus 3rd party.

Oleh itu, untuk memberi hak, satu cara ialah dengan menjadikan 3rd party tadi, party kepada kontrak tersebut. Ini dilakukan dengan 3rd Party tadi menanda-tangani bersama kontrak tersebut.

[Terdapat cara lain tapi tidak berkaitan dengan apa yang hendak disampaikan]


2.  Berkenaan prinsip "certainty of terms".  Terma dan syarat kontrak mestilah tetap/tepat. Ini bererti perkara yang bukan terma dan syarat TIDAK termasuk dibawah prinsip ini maka dibolehkan untuk ia bergerak bebas tanpa ketepatan. Contohnya perkara didalam "pre-amble" kontrak.

Friday, May 31, 2013

Sistem "Convention" Mengelakkan Perpecahan, Menjana Synergy

"Convention" adalah suatu tabiat atau kebiasaan berpolitik. Walaupun ianya bukanlah suatu undang-undang tetapi menghormatinya akan membawa kesan baik yang tidak terhingga terutama dalam mencegah perpecahan besar-besaran.

Satu dari sistem "convention" ini ialah  "convention" yg dimulakan oleh Tunku Abdulrahman dan diikuti pula oleh Tun Hussin Onn (tetapi disisihkan oleh Mahathir) ialah "apabila dicabar hendaklah meletakkan jawatan presiden UMNO". Kesan dari perletakan jawatan oleh TAR dan Husin Onn ialah tiada perpecahan melayu apabila mereka melepaskan jawatan. Sebaliknya  apabila Mahathir tidak menghormati "convention" ini perpecahan melayu secara besar-besaran kepada dua kem, kem Mahathir dan Kem KuLi telah berlaku. Keadaan ini juga telah menyaksikan kematian UMNO dan kelahiran parti baru S-46. 

Apa yang kita, rakyat Malaysia, ingin lihat ialah "convention" sebegini juga berlaku diperingkat negara iaitu apabila parti pemerintah kalah pada Undi Popular (walaupun menang majoriti kerusi parlimen) hendaklah melepaskan hak mentadbir negara kepada kumpulan underdog (pembangkang). Pentadbiran  "underdog" yang diberikan hak ini pula, sekira mahu, mengkhususkan beberapa jawatan kabinet kepada parti lawan. Dengan cara "gentleman" ini, negara kan memperolehi kebaikan "synergy" yang tersangat tinggi- seluruh rakyat akan mendokong dasar-dasar kerajaan dengan sepenuhnya.

Friday, May 24, 2013

Ilmu Kenegaraan : Perlembagaan Perisai Rakyat

Satu dari fungsi sesuatu perlembagaan ialah melindiungi rakyat dari tindak-tanduk sewenang-wenang pemegang kuasa a.k.a kerajaan. Perlembagaan adalah perisai rakyat. Namun perisai ini banyak robek apabila kerajaan yg mempunyai 2/3 kerusi parlimen berkelayakan untuk merubah perlembagaan mengikut selera pihak berkuasa. Kelemahan benteng perlembagaan akan menjadikan rakyat mentimun yang mudah dilanggari durian!!!


Friday, May 10, 2013

Perihal Petrolium III- Terminologi Rizab Minyak

Didalam industri minyak kita mesti berhati-hati dalam menggunakan perkataan yang berkaitan dengan "rizab" minyak kerana perbezaan maknanya besar. Tak kurang dari lima terminologi diguna-pakai dan setiap satu membawa pengertiannya yang tersendiri berasaskan hiraki kepastian jumlah yang ada didalam takungan batuan. Kedudukan terendah dalam hiraki ialah 'Sumber Potensi" dan tertinggi ialah "rizab".


[under construction]

Perihal Petrolium II - Apa Itu Lapangan Minyak (Oil Field)

Apabila takungan (batuan berongga) dibuktikan ada minyak didalamnya melalui jalan penggerudian dan testing, takungan tersebut bolehlah dipanggil Lapangan Minyak (sekira ianya minyak) dan Lapangan Gas (sekira ianya gas).

Tapi berapakah nilai ($$$) sesuatu lapangan minyak itu ?

Pada asasnya nilai sesuatu lapangan banyak bergantung pada saiznya. Secara kasarnya, lagi besar saiznya lagi tinggi nilainya.Tetapi ini tidak sentiasa benar. Nilainya juga bergantung pada kepastian taburan rongga batuan yang bersambungan diantara satu dengan lain. Ini kerana minyak yang tidak bersambungan tidak akan bergerak kearah telaga yang digali lalu tidak dapat dikeluarkan walaupun ada banyak minyak disitu.  Saiz takungan besar yang mengandungi banyak rongga yang tertutup akan menyebabkan nilai lapangan akan menjadi rendah. Sebaliknya takungan yang kecil pula boleh bernilai tinggi sekira rongga batuannya besar-besar dan bersambungan antara satu dengan yang lain.

Nilai juga bergantung pada kelikatan minyak. Minyak likat atau pekat payah untuk dipam keluar dan banyak yang menjadi daki dan tertinggal didalam takungan.

Walaupun kandungan sulfur dan asid juga sedikit sebanyak menentukan nilai minyak oleh kerana kerumitan pemprosesan tapi ia biasanya tidak merendahkan nilai lapangan.  Yang lebih berpotensi merendahkan nilai ialah perekahan takungan. Pernah terjadi keatas lapangan minyak dimana satu lapangan minyak besar yang banyak rekahan didapati mengandungi hanya 10%  sahaja dari seluruh takungan.  Ini disebabkan minyak yang diuji melalui jalan gerudi tidak ujud didalam keseluruhan takungan tetapi hanya ujud didalam serpihan rekahan yang kecil sahaja !! Bayangkan sekira kita membeli lapangan minyak yang sebegitu atau membuat pelaburan besar !! Bukan setakat jari tetapi tangan pun boleh terbakar.


Thursday, May 9, 2013

Perihal Petroleum I - Apa Itu Blok (Block) dan Berapa Nilainya

Blok ialah sesuatu kawasan yang ditawarkan oleh penguasa sesuatu negeri kepada syarikat minyak untuk mencari dan mengeluarkan minyak/gas dari kawasan tersebut. Ia seperti kawasan tanah yang dipajakkan untuk satu jangkamasa tertentu.

Apakah nilai sesuatu blok itu ?

Nilai sebenar sesuatu blok itu hanya ujud  apabila minyak/atau gas dibuktikan ujud dan dapat dikeluarkan dengan jalan menggerudi blok tersebut.  Sehingga minyak/gas ditemui diblok itu, nilai sebenar blok tersebut adalah sifar. Yang ada hanyalah nilai potensi seperti dalam permainan judi iaitu Peluang Menang didarabkan dengan jumlah Pampasan Hadiah yang boleh dimenangi.

Jadi, selagi minyak/gas belum dilihat dengan mata-kepala sendiri janganlah  merasa gembira sangat walaupun berjaya mendapatkan blok yang sangat cantik dan dibeli dengan harga yang tinggi.

Pernah terjadi satu blok yang bersempadan dengan lapangan minyak gergasi tidak menghasilkan apa-apa penemuan minyak/gas langsung !!!

Walaupun ada syarikat minyak yang memanggil blok sebagai aset untuk mengabur mata pelabur/ stakeholder, ia adalah "misleading". At best sesuatu blok hanya layak dipanggil "aset dalam pertaruhan" selagi tiada minyak/gas ditemui. Jadi, jangan terpedaya dengan perolehan blok oleh syarikat minyak. Ia boleh jadi kerugian besar atau sebaliknya bergantung kepada penemuan haidrokarban yang sememangnya payah untuk ditemui. Kerugian boleh mencecah billion RM apabila harga belian blok dan kos operasi diambil kira.