Dari pemerhatian saya ....
Terdapat banyak insiden dimana rakyat tempatan kerugian beratus-ribu ditipu oleh orang luar melalui skim seperti black money, ponzi (piramid), piramid terselindung, kawan internet dan sebagainya. Yangmana mereka yang tertipu ini dari kalangan orang-orang terpelajar yang kita kategorikan sebagai bijak-pandai negara. Yang kerap dilapurkan didalam akhbar kebanyakannya dari kalangan doktor. Itu baru yang dilapurkan. Sudah pasti yang malu membuat lapuran lebih banyak.
Kenapa rakyat Malaysia nampak seakan "gullible" yakni mudah ditipu ?
Disamping faktor "tamak" saya kira kekurangan ilmu mengenali yang haq dari yang bathil mungkin satu dari puncanya. Satu dari ilmu yang berpotensi menyelesaikan perkara sebegini ialah ilmu mantiq atau dalam bahasa inggerisnya "ilmu logical deduction" atau singkatannya, "logic".
Sebagai persiapan memasuki era 2020 saya kira negara harus mengajar asas ilmu ini kepada rakyat sejak mereka dibangku sekolah lagi.
Laman bukan-politik (apolitical) bertujuan memberi sebaik kefahaman kepada orang-ramai terutama dari generasi baru tentang ilmu kenegaraaan, pentadbiran dan lain-lain demi persiapan minda dunia pertama 2020. Blog ini adalah peti simpanan ilmu untuk kegunaan masa depan.
Tuesday, March 1, 2011
Mengenal Kebenaran Melalui Ilmu Logic - Fallacy
Beberapa jenis fallacies (kesilapan) :
- Fallacy Of Inexpert - sekira kita bergantung harap atau consult orang yang bukan pakar dalam satu-satu bidang itu kita melakukan kesilapan tidak-pakar.
- Fallacy Of Repetition - Kenapa iklan berulang kali ditayangkan ialah supaya "brand" mereka lekat dikepala kita sebagaimana yang pengiklan mahukan. Sekira kita beli kerana iklan maka kita melakukan kesilapan 'ulangan".
- Fallacy of Guilty By Association - Sekira kita marah seseorang dek kerana dia bersekongkol dengan sesuatu parti atau kumpulan, kita menghukum seseorang secara silap.
- Fallacy Of Vested Interest - Mengambil pandangan orang yang mempunyai kepentingan dalam sesuatu hal itu adalah suatu kesilapan.
- Fallacy Of Non-Sequitur - Suatu kesimpulan yang tidak ada kena mengena dengan apa yang dibahaskan bererti kesimpulan tidak menurut apa yg dibahaskan. Jadi ianya adalah suatu kesilapan tiada turutan.
- Fallacy Of End Justifies The Means - Sebab yang baik tidak boleh menghalalkan cara melaksanakannya. Sebagaimana Robin Hood merompak orang kaya untuk diberi kepada simiskin.
Sunday, February 27, 2011
Sex Education: Adakah Perlu DiSekolah?
Saya pernah belajar Sex Education (Human Sexuality Studies) diUniversity saya di USA. Kursus itu memakan masa selama satu semester. Skop kajian adalah segala-gala berkenaan sex termasuk, penyakit sex, abortion, sex espionage dan sebagainya. Jadi saya anggap saya layak untuk membuat komen dalam hal sex education ini.
Berbalik kepada persoalan diatas, saya kira perlu bagi kanak-kanak berumur 12 tahun keatas didedahkan pengetahuan sex.. Tetapi adakah ianya perlu dijadikan satu mata pelajaran ? Saya kira TIDAK PERLU. Saya kira pada peringkat ini memadai dengan mengadakan seminar 3 jam secara berkumpulan mengikut gender. Tekankan tentang proses persenyawaan, pertumbuhan janin, hak untuk hidup bagi janin, bahaya pengguguran dan ethicnya yang sama seperti membunuh manusia, penyakit kelamin dan barah, serta undang-undang berkaitan seperti statutory rape.
Seminar boleh dilakukan secara berterusan 3 jam dan diulangi supaya meliputi semua pelajar atau berbahagi tiga.

Thursday, February 17, 2011
Mengenali Dan Menghormati Hak-hak Orang Lain
Kalau diperhatikan betul-betul hari demi hari kita dapati orang makin gemar menceroboh hak-hak satu sama lain. Contoh mudah ialah dijalan raya.. Hak laluan orang lain selalu direbut oleh orang-orang yang seolah-olah tidak tahu bahawa laluan itu hak pengguna jalanraya yang lain. Atau mungkinkah mereka sengaja menceroboh oleh kerana tahu bahawa mereka boleh lepas dengan selamatnya? Mungkinkah keadaan ini juga adalah faktor kemalangan yang tinggi dinegara ini?
Di USA sistem jalan rayanya berasaskan " Right Of Way " (Hak laluan). Yang mempunyai hak lalu dulu. Yang tiada hak beri laluan kepada yang ber- hak. Sikap menghormati hak satu sama lain dengan tulus membuatkan sistem persimpangan Four-Way Stop mereka dapat berlaku walau tanpa lampu-isyarat !! Sistem ini memberi hak laluan kepada kenderaan yang "berhenti penuh" terdahulu dipersimpangan..
Pencabulan hak juga berlaku keatas tanah-tanah persendirian. Pasti juga tanah kerajaan. Secara kecilan pencabulan hak-laluan berlaku apabila ada yang meletakkan kenderaan depan pintu pagar rumah orang lain. Dipercayai banyak lagi bidang-bidang lain yang dicerobohi oleh orang yang berpura-pura tidak bertamaddun. Bila ini berlaku pemilik berhak akan mengalami kerugian jika dibiarkan. Juga akan mengalami kerugian sekira melawan dimahkamah !!
Keadaan pencerobohan ini kalau dibiarkan lama-kelamaan akan membawa kita kembali kepada keadaan sebelum tamaddun dimana "laws of the jungle" berkuat-kuasa. Yang kuat atau bersenjata canggih akan berkuasa diatas yang lemah. Ini menjadi suatu kemungkinan besar terbit dari globalisasi apabila orang asing, terutama dari Afrika berduyun-duyun masuk dan menetap dinegara ini.
Demi mempertahankan generasi akan datang dari "himpitan" pencoroboh-hak, pendidikan menjurus kepada mengenal hak dan menghormatinya adalah perlu dipupuk sejak dibangku sekolah lagi.

Monday, February 14, 2011
"Convention" Dan Fungsinya Dalam Kesejahteraan Sesebuah Negara
Secara mudahnya....
'Convention" adalah kebiasaan politik (political habits ). Ianya bukan dibawah mana-mana undang-undang. Namun, kekadang ada yang diserapkan kedalam perlembagaan maka jadilah ia sebahagian dari perlembagaan. Walaupun dibawah perlembagaan dan boleh dibawa kemahkamah apabila berlaku pencabulan keatas "convention", konsequen politik adalah lebih hebat dari konsequen undang-undang.
Contoh "convention"- ketua dari parti yang menang majoriti kerusi diangkat menjadi perdana menteri. Cuba bayangkan apa terjadi sekira ketua dari parti yang tidak mendapat majority yang diangkat menjadi perdana menteri? Sudah pasti akan melahirkan kekalutan yang amat dahsyat.
Contoh lain yang saya kira sewajarnya menjadi satu "convention" ialah presiden parti politik. Apabila dicabar secara berterangan atau samar didalam pemilihan peringkat tertinggi, pemegang jawatan haruslah melepaskan jawatanya demi menjaga keutuhan partinya. Kalau tidak perpecahan besar akan berlaku keatas parti tersebut. Menang "simple majority" tidak cukup untuk menghindar perpecahan dalam parti.
Begitulah pentingnya sebuah "convention". Walaupun reperkusi undang-undang ada tapi reperkusi politik adalah lebih besar.

Saturday, February 12, 2011
Apa itu pembangunan, Pak Belalang.
Jawapan mudahnya...
Pembangunan sinonim dengan kemajuan. Ia membawa konotasi keadaan yang berubah menjadi lebih baik, lebih selesa, lebih selamat dan sebagainya, berbanding keadaan sebelumnya. Misalnya, dulu kita pakai motosikal untuk kesana sini. Bila hujan kita basah. Sekarang kita pakai kereta bila hujan kita kering dan selesa.
Tetapi terdapat satu keadaan yang mencabar fikiran kita. Pada pra- 60han orang pakai kereta lembu yang bergerak 8 km sejam. Kini kita berkereta juga memakan masa sejam untuk sampai kedestinasi yang juga 8 Km !! (Jem punya sebab la ). Adakah kita membuat kemajuan dalam hal ini ?

Thursday, February 10, 2011
Pola Keutamaan Dalam Langkah Pembangunan
Secara logik akal suatu pembangunan itu menapak sebegini :
- Ada - yakni kita adakan dulu infra-structure seperti jalan raya, jambatan dan sebagainya walaupun ianya mungkin tidak sempurna dari keselamatan, keselesaaan, kecekapan atau mesra rakyat dan bernilai estetik. Dengan lain perkataan, ada secara ala-kadar sahaja olehkerana kedudukan ekonomi.
- Ada dan selamat digunakan - setelah masa berlalu infra yang ala kadar sebelum ini mestilah dijadikan lebih tinggi tahap keselamatan keatas penggunanya.Contohnya memasan lampu isyarat dipersimpangan.
- Ada, selamat dan selesa - setelah ekonomi berkembang maka segerakanlah menjadikan infra tadi selesa pula bagi pengguna. Contohnya, jalan belum bertar, tarkan. Jalan bertar yang sempit diluaskan.
- Ada, selamat, selesa dan cekap - setelah zaman berlalu keadaan ekonomi mengikat maka pembangunan haruslah kearah pencekapan. Infra seperti jalanraya yang sudah lebar mestilah dijadikan lebih cekap dengan meluruskan dan membuang halangan seperti persimpangan berlampu trafik dan diganti dengan yang bertingkat (fly-over)
- Ada, selamat, selesa, cekap dan bernilai estetik - Flyover yang berseni, contohnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)