Didalam konteks Malaysia yang masih belum mempraktikkan undang-undang anti-lompat parti, perbuatan melompat parti atau meninggalkan pengundinya adalah suatu amalan zalim dan keji. Ini kerana dua sebab. Pertama, perbuatan ini memerangkapkan pengundi - pengundi tidak dapat membuat pilihana baru. Suara rakyat dibawa lari bersama wakil rakyat itu. Kedua, kepercayaan yang diberi rakyat kepadanya dibelotinya. Ia adalah pembelot besar yang sukar dimaafi rakyat dunia dan akhirat. Hasil keewangan berkaitan dengan jawatannya tidak lagi menjadi halal.
Sebaliknya, sekira wakil rakyat meletak jawatan, undi semula boleh dilakukan. Rakyat kembali bebas memilih. Itu suatu tanda demokrasi. Maka perbuatan meletak jawatan dan undi semula adalah lebih mulia dari melompat parti yang mencuri suara rakyat secara zolim.
Dan cara untuk menangani masaalah perletakan jawatan atau lompat parti yang terbaik ialah dengan membiarkan parti yang menaja wakil tadi dalam pilihanraya lalu memilih penggantinya. Mungkin mereka boleh mengadakan pemilihan dalaman. Perlompatan parti juga dapat dibendung. Untuk itu, ubah saja article perlembagaan.
Laman bukan-politik (apolitical) bertujuan memberi sebaik kefahaman kepada orang-ramai terutama dari generasi baru tentang ilmu kenegaraaan, pentadbiran dan lain-lain demi persiapan minda dunia pertama 2020. Blog ini adalah peti simpanan ilmu untuk kegunaan masa depan.
Tuesday, February 4, 2014
Sunday, January 12, 2014
Adakah Keberkatan Pada Pentadbiran Negara Kita Sekarang ?
Keberkatan boleh ditakrifkan sebagai nilai kecekapan atau efisiensi menggunakan sumber (resources). Kita biasa dengar memakan kulit roti itu adalah berberkat. Memakan nasi yang tertinggal didalam pinggan kita juga adalah berbarkat. Ini kerana kesemua bahan-bahan tadi adalah suatu sumber makanan seperti jugak bahagian roti atau nasi yang lain. Jadi apabila kita memakan kesemua sumber yang ada itu kita mendapat keberkatan 100%. Kita mengambil kesemua faedah dari sumber yang kita ada itu. Kecekapan penggunaan sumber kita adalah tertinggi mungkin.
Kecekapan mentadbir sumber= hasil yg berguna kepada rakyat/ sumber input. Perkataan "kecekapan" juga sinonim dgn perkataan 'keberkatan". Jadi, berapakah hasil yg dikeluarkan oleh pentadbiran BN berbanding dgn input sumber keewangan yg mereka laburkan ? Adakah keberkatan dari pentadbiran mereka ini ? Adakah mreka sudah leburkan sumber negara kita? Kemudian lihat pula pentadbiran PR di Selangor dan Penang untuk bandingan.

Thursday, January 9, 2014
Khalimah Allah : Membesar-besarkan Simbol Boleh Menjurus Kepada Syirik ?
Setiap
kalimah (perkataan) adalah simbol atau dikenali jugak sebagai ikon. Contohnya kalimah PISANG adalah
simbol bagi buah yang isinya lembut, manis bila masak dan sedap dibuat
cokodok. Kalimah ALLAH juga adalah satu simbol(ikon) yang mewakili Yang Maha Esa.
Patung lembu pula adalah simbol/ikon bagi tuhan orang hindu. Jadi awas jika kita
terlalu membesarkan kalimah melebihi dari tuanpunya kalimah itu
sendiri. Takut-takut kita menghampiri syirik jali dan khafi yang amat
halus itu yang ulama' ibaratkan sebagai semut hitam diatas batu hitam dimalam gelap pekat. Amat susah nak dikenali semut itu. Syirik juga begitu keadaannya. Kita mudah tertipu dengan permainan syaithan yang memperlihatkan syirik sebagai tidak!
Thursday, January 2, 2014
Derhakakah Rakyat ? : Kerajaan Bukan Raja (A Government Is Not A King)
Kerajaan BUKAN Raja. Walaupun terdapat cubaan untuk bermaharajalela dengan mendapat 2/3 majority serta cuba mengekalkan kuasa selamanya, kerajaan masih BUKAN raja. Ia juga bukan setaraf negara. Kerajaan hanyalah satu badan
yang diamanahkan rakyat supaya mentadbir negara untuk kebaikan rakyat.
Itupun untuk jangka masa lima tahun sahaja. Dan sekira rakyat tidak berpuas hati
dengan cara pentadbirannya, rakyat berhak mencabarnya. Oleh itu
perkataan "menderhaka" kepada kerajaan tidak boleh ujud didalam konteks
negara demokrasi. Perkara ini juga dapat dilihat dari kandungan Rukun Negara yang jelas menyatakan "kesetiaan kepada raja dan negara". Ia tidak sesekali menyebut kesetiaan kepada kerajaan pun !!! Keadaan yang sama mengenai juga kerajaan dibawah PR.
Sunday, December 15, 2013
Demokrasi - Selepas Menang Suara Terbanyak Maka Tiada Lagi Berpolitik Selepas Itu
Tujuan mengundi adalah untuk mencari pentadbir negara untuk selam lima tahun. Itu saja. Apabila sudah didapati pihak untuk mentadbir negara, tiada lagi pihak yang wajar bermain politik; baik rakyat maupun kerajaan.
Kerajaan tidak boleh lagi membeza-bezakan rakyat. Rakyat pula mesti semuanya menjadi rakyat jelata tanpa label parti lagi. Dan apabila pentadbir mengujudkan dasar yang bertentangan dengan apa yang dihasratkan rakyat, maka keseluruhan rakyat mestilah sepakat membantah dasar itu. Perjuangan bukannya hanya diletakkan diatas satu-satu pihak saja. Semua adalah rakyat. Semua pun akan kena akan dasar yang dibuat pentadbir.
"under construction'

Friday, August 16, 2013
Elemen Penting Demokrasi Yang Selalu Dipinggirkan - Memberi Peluang Menyudahkan Apa Yg Dimulai
Demokrasi bukan sahaja setakat kebebasan bersuara, tiada buli-membuli dan sebagainya. Satu elemen penting demokrasi yang ramai tidak tahu ialah, memberi peluang untuk menyudahkan apa yang sudah dimulai. Katakan parti pembangkang sudah mendapat "simple majority" dan sanggup membentuk kerajaan, rakyat dan parti lain harus memberi peluang seluas-luas kepadanya untuk mentadbir negara/negeri sehingga tamat mandatnya. Kalaupun tidak mahu menyokongnya jangan pulak mensabotajnya dengan berbagai cara kerana perbuatan begini bukan dikehendaki rakyat. Apa yang rakyat mahu ialah semua pihak menyumbang untuk menjayakan manifesto yang baik untuk rakyat.
Negara terbaru yang tidak mematuhi elemen demokrasi ini ialah Mesir. Apabila kerajaan Presiden Morsi baru mencecah umur setahun parti pembangkang mereka mencari-cari pasal untuk menggulingkannya. Mereka tidak memberi peluang kepada kerajaan itu mentadbir sehingga keakhir mandat. Maka lihatlah apa kesannya. Negara porak peranda; rakyat sengsara; kemajuan terbantut. Dan akhirnya kedua-dua pihak berputih mata apabila tentera yang senantiasa menunggu peluang berkuasa, merampasnya.
Jadi, semua pihak haruslah mematuhi prinsip demokrasi ini 'memberi peluang untuk menyudahkan apa yang telah dimulai".
"Bermainlah Politik Rakyat dan bukan bermain Politik Ketua Bahagian"

Tuesday, July 9, 2013
Jenayah : Tunjukkan Negara Ini Ada Undang-undang, Ada Tuan !!
Negara ini seolah-olah tiada undang-undang atau penguasa. Seolah-olah negara tak bertuan. Penjenayah berleluasa melakukan jenayah kecil mahupun besar. Tak percaya ? Lihat saja diakhbar kita. Setiap hari terpampang kejadian "mencerobah" kehidupan peribadi rakyat oleh penjenayah luar dan dalam negeri. Mulakan dengan kesalahan kenderaan yang bernombor plet tidak mengikut peraturan. Kemudian banteras pemanduan tanpa lesen yang sah.
Bagaimana untuk menunjukkan negara ini ada undang-undang atau bertuan ? dan bukannya penjahat yang menjadi tuan ??
Pertamanya, banteras kesalahan jenayah walau sekecil mana-pun. Jangan hanya tunggu jenayah berat baru mahu bertindak. Mesti ingat, jenayah kecil itu mencerminkan jenayah besar dimasa depan. Api yang kecil adalah api yang menunggu situasi sesuai untuk menjadi marak.
Kedua, persona-non-grata. Halau saja pendatang luar yang didapati menjalankan kegiatan jenayah atau melanggar peraturan negara tanpa maaf, tanpa pertimbangan dan tanpa dibawa kemahkamah. Nyah saja. Itu hak kita. Kalau dulu rakyat sendiri boleh di ISAkan tanpa bicara inikan pula rakyat asing!
Ketiga harus ingat wahai penguasa. Apabila penjahat boleh merasuah penguasa kita, ia bereti penjenyah sudah menjadi tuan/boss atau taukeh kerana dia sudah membayar "gaji" kamu.
[Under constrction]

Subscribe to:
Posts (Atom)