Setiap dari kita adalah pemimpin. Dan setiap pemimpin adalah bertanggung jawab akan apa yg dipimpinnya. Dan paling kecik yg kita pimpin adalah diri kita sendiri. Maka pimpinlah diri kita kearah memusnahkan kemungkaran dan menegakkan kebenaran. Kita akan dipersoalkan dalam hal ini jugak.
Laman bukan-politik (apolitical) bertujuan memberi sebaik kefahaman kepada orang-ramai terutama dari generasi baru tentang ilmu kenegaraaan, pentadbiran dan lain-lain demi persiapan minda dunia pertama 2020. Blog ini adalah peti simpanan ilmu untuk kegunaan masa depan.
Monday, March 12, 2018
Thursday, March 8, 2018
Membanteras Kemungkaran Tanggung-jawab Semua
Kemungkaran wajib dibanteras oleh setiap umat Islam. Jadi, janganlah melepaskan tanggung-jawab ini kepada Pembangkang semata. Selagi kamu mengaku orang Islam kewajipan ini tetap tertanggung pada mu, walaupon kamu orang PAS atau UMNO.
Saturday, March 3, 2018
Kuasa Perdana Menteri Wajar Dikurangkan
The need to curb the power of PM's position is becoming clear. The task to check this power should be given to the Council Of Rulers (COR) and the Judiciary. But first the judiciary must be made totally independent of the executive. If the COR and the judiciary finds the government being rogue or incapable, they can elect to remove such government and install the opposition as government. Should there be grouses, a mixed or hybrid between the opposition and the army should be installed as government until the next general election.
Wednesday, November 1, 2017
Ilmu Tentang Demokrasi : Kerajaan Wajar Ditukar-Ganti Dari Masa Kesemasa
Sistem demokrasi memerlukan rakyat menukar ganti kerajaan dari masa kesemasa supaya kerajaan dapat diodit dan disekat dari menyeleweng. Tanpa tukar tampok kuasa, odit tidak dapat dilakukan. Kejahatan akan membiak dan kuasa akan bermaharajalela. Kalau dibiarkan terlalu lama, pencegahan akan menjadi amat sukar.
Saturday, June 3, 2017
The Opposition Is The Siamese Twins Of The Government
The Oppositions are required to exist by the democratic system similar the existence of the government. They are the Siamese twins of the so-called government.. The nation wants them to be there to challenge any bad governance by the government of the day. So, why deny them funds ? The people pay the Opposition monthly just to be there to be the voice of rakyat (all rakyat). It's NOT for free. Anyway the so-called government is just a temporary entity. They may turn out to be the opposition once people voted against them.
Monday, December 19, 2016
Indoktrinasi rakyat - Manipulasi minda untuk membenci satu-satu pihak
Kalau kita belajar ilmu logik kita akan temui satu rupabentuk fallacy (ketidak-benaran) yang diberi nama "fallacy of repetition" atau dalam bahasa melayunya "ketidak-benaran dek kerana ulangan". Apabila iklan sabun AAA sebagai terbaik didunia diulang-ulangkan maka penonton akan secara tidak sedar menerimanya sebagai benar lantas membelinya... Bayangkang sekira berpuluh tahun iklan yang sama dimainkan berulang-ulang.
Sekarang bayangkan pula kalau satu pihak, parti atau kumpulan diburuk-burukkan berpuluh tahun oleh media yang sama. Penonton juga akan menerima butiran atau iklan yang diulang-ulang itu sebagai benar walaupon ia tidak semestinya benar. Adakah anda kenal parti yang sudah diburukkan bertahun-tahun tetapi tetap ia tidak diharamkan ? Kalau ada, fikir-fikirkan kenapa ia tetap ujud walaupon bertahun dipersetankan? Kalau ia memang suatu yang betul buruk, sudah pasti negara sudah lama mengharamkannya !!! Fikirkanlah.
[under construction}
Sekarang bayangkan pula kalau satu pihak, parti atau kumpulan diburuk-burukkan berpuluh tahun oleh media yang sama. Penonton juga akan menerima butiran atau iklan yang diulang-ulang itu sebagai benar walaupon ia tidak semestinya benar. Adakah anda kenal parti yang sudah diburukkan bertahun-tahun tetapi tetap ia tidak diharamkan ? Kalau ada, fikir-fikirkan kenapa ia tetap ujud walaupon bertahun dipersetankan? Kalau ia memang suatu yang betul buruk, sudah pasti negara sudah lama mengharamkannya !!! Fikirkanlah.
[under construction}
Friday, September 30, 2016
Institusi Dan Aktiviti Islam Mesti Ada Ruh Dan Akhlaq Islam - Kisah Korban Yang Tak Sanggup Berkorban
Sesuatu yang tak patut berlaku didalam Islam.. Pada Raya Korban lalu (2016) adalah surau ni buat korban. Daging lembu diagih melalui sistem kupon yang diberi terlebih awal. Semasa pengagihan tu datanglah seorang miskin lagi dhaif yang tiada kupon. Dia merayu untuk diberi daging, secebis pon jadilah. Mungkin kerana mengidam dia meminta. Tapi dia dihalau (katanya oleh pegawai surau. Ini tidak dapat dipastikan). Dalam ramai-ramai itu hanya seorang budak muda belasan tahun yang masih berperikemanusian. Dia berlari balik kerumah untuk mendapatkan kupon bahagian keluarganya untuk diberi kepada orang dhaif tadi. Malangnya orang itu sudah jauh pergi entah kemana membawa kepiluan. Mungkin dengan penuh kekesalan. Inikah akhlaq Islam ? Tak bolehkah dikurangkan beberapa gram dari setiap bahagian agihan ? Tak sanggupkah penerima agihan berkorban sedikit ?
Subscribe to:
Posts (Atom)