Undilah Tanpa Rasa Terhutang Budi Pada Sesiapa - Undi Anda Akhirat Anda
Walaupun
anda pekerja kerajaan (Kerajaan BN/PR), walaupun anda menerima bantuan
BRIM, buku, smartphone atau membuat akujanji dan lain-lain, anda masih
BEBAS MENGUNDI. Anda tidak terikat dengan perkara tersebut kerana wang
gaji anda dan wang bantuan kesemuanya adalah dari wang kita sendiri jugak
iaitu wang rakyat. Wang yang dikutip melalui berbagai-bagai cukai yang
mana orang paling miskin pun membayarnya !! Jadi kenapa harus rasa
terhutang budi pada sesiapa ?
Akujanji atau janji yang dibuat
kerana paksaan atau tekanan (under duress) juga adalah terbatal dengan
sendirinya dan tidak laku didunia mahupun diakhirat.
Jadi yang
tinggal untuk diambil kira ialah undi kita mestilah menyelamatkan kita
dunia dan di akhirat kerana kita akan diperhitungkan. Tangan kita akan diperhitungkan. Kaki kita akan diperhitungkan.
No comments:
Post a Comment