Tujuan mengundi ialah satu. Mencari siapa atau puak mana yang akan diamanahkan untuk mentadbir negara secara SAKSAMA. Itu saja. Setelah berjaya menemui puak tersebut maka tertutuplah nama parti didalam pentadbirannya. Tiada boleh ada "party brands" seperti billboards 'Satu Lagi Projek Kerajaan BN/PR" atau Baja Cap Dacing. Tiada boleh dibeza-bezakan pembangunan negeri yang bukan dibawah partinya. Tiada boleh mengubah perjanjian pemberian royalti atau grant semata-mata kerana negeri itu tidak berparti mereka. Jika tidak, alamatnya persengketaan rakyat akan berterusan dan synergy tidak akan dapat diperolehi. Negara pula pasti tidak akan menjadi hebat sampai bila-bila.
Amalan "starve the opposition" atau pun "demonise the opposition" harus dihentikan samasekali supaya semua rakyat dapat memberi sokongan padu kepada mana-mana pihak yang mentadbir negara.
Laman bukan-politik (apolitical) bertujuan memberi sebaik kefahaman kepada orang-ramai terutama dari generasi baru tentang ilmu kenegaraaan, pentadbiran dan lain-lain demi persiapan minda dunia pertama 2020. Blog ini adalah peti simpanan ilmu untuk kegunaan masa depan.
Monday, April 22, 2013
The Beauty Of Pakatan Rakyat {Kehebatan Pakatan rakyat]
Combination of 3 diverse core elements
of PR :
DAP - championing anti-tyranny in any form thru upholding democracy, PAS-
championing morality and ethics thru universal religious principles,
PKR- championing equity thru equitable fairness principles. What more
do we need !! Vote for PR
[Malay Version]
Gabungan mantap tiga serangkai PR adalah terbaik negara pernah ada. DAP- mengawal segala rupabentuk keangkuhan/penindasan, PAS - mengawal moral dan keakhiratan, PKR - mengimbangi semuanya dari terlajak. Resipi yang berpotensi membawa negara kemercu kehebatan. Kenapakah masih mahu menolak kesatuan yg terhebat ini ??

Equitable Fairness Principle
I define Equitable Fairness Principle as satisfying the needs of the people (rakyat) where the needs are due irregardless of race, creeds, politcal inclinations, religious beliefs etc. Any raktyat who needs aid must be given attention such as giving fishing rods to enable them to create own value of life. Giving of fish is only on absolute necessary case.
Sunday, March 31, 2013
Bermainlah Politik Rakyat Wahai Rakyat Dan Jangan Bermain Politik Ketua Bahagian
Politik Rakyat ialah politik yang menjurus kepada memberi kebaikan kepada rakyat semata-mata. Ia amat berbeza dari Politik Ketua Bahagian dimana ketua bahagian bermain politik untuk mendapatkan bahagiannya seperti kuasa. Dan dari kuasa ini pula mereka akan merais keuntungan peribadi. Bahagian rakyat pula, yang pastinya memikul beban kenaikan cukai, tol, harga barang dan seumpamanya. Untuk makluman, SETIAP rakyat tiada yang terlepas daripada terpaksa membayar cukai secara langsung atau tersembunyi. Ini bererti si miskin juga tidak terlepas dari memikul beban cukai. Sekurang-kurangnya cukai jualan.
Apabila kerajaan yang dipilih melakukan kesilapan dasar, tidak cekap mengawal sumber, menyeleweng, melakukan korupsi misalnya, kos yang berbillion itu akan diletakkan keatas bahu kita, rakyat.
Apabila kerajaan yang dipilih itu melakukan rasuah atau membuat transaksi dengan kroni atau saudara mara, besar kemungkinan ianya akan menguntungkan pihak yang terlibat. Yang pasti kerugian ialah dipihak rakyat; secara halus atau kasar. Secara kasar rakyat akan dapati kemudahan awam yang "sub-standard', keruntuhan dan tidak tahan lama. Kerugian rakyat secara halus pula seperti "Traffic Jam" yang tidak pernah-pernah selesai.
Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana sistem rasuah boleh melahirkan kesesakan jalanraya ? Jawapan mudahnya begini: katakan kerajaan bercadang membina suatu lebuhraya ditengah Kuala Lumpur untuk mengelak "jam". Engineer membuat pengiraan lima lorong mencukupi. Budget untuk lebuhraya lima lorong pun diminta dan diluluskan. Tetapi semasa implementasi mungkin hanya 4 lorong sahaja yang dibina. Satu lorong hilang entah kemana mungkin untuk dibina selepas 5 tahun.
Keadaan sebegini boleh menyebabkan kesesakan. Juga apabila jejantas (ramp) penghubung suatu lebuhraya dengan yang yang telah diluluskan TIDAK dibina tetapi diganti dengan laluan bulatan diatas tanah, kesesakan akan berlaku walaupun lebuhraya dikatakan telah dibina!! Didalam ungkapan inggeris rakyat sudah di "short-changed".
Walaupun cerita ini hanyalah generic, tetapi ia boleh berlaku sekira terdapat kerajan yang diamanahkan mentadbir itu, korup. Apabila ini benar-benar terjadi rakyatlah yang akan menanggung bebannya.
Jadi rakyat mestilah jangan sesekali bermain politik Ketua Bahagian. Sebaliknya bermainlah politik Rakyat iaitu menolak mana-mana kerajaan yang terbukti korup serta memastikan kerajaan tidak sampai merasakan negara adalah miliknya. Ini dapat dilakukan dengan mengubah kerajaan dari masa kesemasa. Mulakan dengan keluar dari kotak propaganda dan carilah kebenaran berita dengan niat mengikuti arahan Firman Allah "Apabila orang fasik membawa berita hendaklah kita semak dan selidiki sebelum mengambilnya sebagai benar".
Hal Politik Rakyat ini bukan baru. Pada awal kemerdekaan, semua pihak bermain Politik Rakyat. Ini termasuk Ketua Bahagian. Semuanya hanya mahukan segala kebaikan tumpah kepada rakyat. Tapi setelah masa berlalu idea untuk mengaut keuntungan peribadi oleh sesetengah yang memegang kuasa mula berlaku. Permainan mula bertukar kepada permainan politik Ketua Bahagian lebih-lebih lagi apabila dirasakan selamat melakukan apa jua selagi tampuk kuasa tidak berubah tahun demi tahun. Mereka ini tahu audit dan perhitungan (check and balance) tidak akan dapat dilakukan selagi tampuk kuasa masih dipegang mereka. Mereka selamat melakukan apa saja.
Oleh yang demikian sesebuah negara perlu membuatkan pemegang kuasa sementara (government of the day) TIDAK sesekali merasakan negara dipunyai mereka. Lakukan perubahan kuasa secara efektif dari masa kesemasa wahai rakyat.

Friday, February 15, 2013
Nation Building And The Right To Rally - Hak Untuk Menunjuk Perasaan
.......SUATU SYOR UNTUK GENERASI MASA DEPAN
Pembentukan negara (nation building) sebelum mencapai kemerdekaan penuh dengan aksi tunjuk perasaan. Disana-sini perarakan besar-besaran dilakukan. Pentadbiran British ketika itu tidak pula menghalang. Ini mungkin kerana mereka sudah pun bertamaddun (civilised) ketika itu. Atau mungkin mereka sudah berada didalam "mood" untuk melepaskan segala tanah jajahan takluknya. Allahu a'lam.
Proses "nation building" ini adalah sesuatu yang berterusan. Ia kebiasaannya berlaku secara perlahan dan berdikit dikit sehingga kita tidak merasakan ada usaha yang dilakukan kearah ini. Kemajuan negara kita kecapi kini adalah kesan dari "nation building" yang berterusan ini.
Kekadang "nation building" ini terpaksa berlaku secara "drastik"..Ini boleh terjadi apabila "gross wrong" atau "gross injustice" telah berlaku didalam pentadbiran negara yang tidak diperbaiki. Apabila keadaan ini berlaku ia akan membawa kita kembali kepada era sebelum ujudnya sistem perundangan. Ia juga boleh meningkat sehingga keluar dari landasan perlembagaan negara. Apabila ini berlaku pihak pentadbir negara akan menuduh penunjuk perasaan sebagai melanggar undang-undang dan mengguna senjata undang-undang seolah suatu jenayah besar sudah dilakukan "nation-builers" ini.
Didalam konteks Malaysia, 'nation building" secara ini sewajarnya berada langsung dibawah Yang Dipertuan Agung. Hanya Agung bersama Majlis Raja-Raja (sewajarnya tanpa nasihat dari PM atau pihak eksekutif) yang dapat menilai kebaikan dan keluhuran isu yang dibawa pihak penunjuk perasaan. Sekira pihak majlis raja-raja mendapati berasas isu tersebut wajarlah dibawa terus keDewan Negara untuk dibincang, semak kesahihan dan memperakui tanpa melalui Dewan Rrakyat.

Tuesday, April 24, 2012
Suruhanjaya Pilihanraya's Roles - Peranan SPR
Pada hirarki kenegaraan status SPRM adalah lebih tinggi dari kedudukan "kerajaan" atau pentadbir negara. Ini adalah kerana keujudannya adalah sebelum keujudan kerajaan itu sendiri. Kerajaan hanya terbentuk selepas pilihanraya yang dikelolakan SPRM. Sayugia diperingatkan kerajaan adalah pentadbir sementara sesebuah negara/negeri seumpama sebuah PIBG sekolah. Ini adalah bagi membolehkan sesuatu kerajaan itu dihisab (odit) dan diperhitungkan. Keujudan sesebuah kerajaan tidak harus melebihi lima tahun. Diketika inilah negara (tapi bukan kerajaan) memerlukan khidmat SPRM.
Walaupun perancangan berterusan dilakukan SPRM namun mata SPRM hanya diperlukan melihat kehadapan dan bukan kebelakang. Ia akan memandang kearah piliharanraya yang akan datang sahaja; ketika mana tiada pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang!! Pilihanraya yang mereka tinang inilah yang akan menentukan pihak mana pentadbir negara yang akan datang dan. pihak mana yang akan mencabar kewajaran rang undang-undang diparlimen. Oleh yang demikian SPRM sewajarnya membutakan matanya keatas kerajaan yang sedia wujud kerana ia bukan dari urusanya.
Sebagai kesimpulan SPRM ujud sebelum ujudnya kerajaan maka ia sewajarnya tidak mengenal mana-mana parti politik-pembangkang maupun pemerintah. Dikamusnya tiada dan tiada boleh ada perbendaharaan kata seperti "parti pembangkang" mahupun "parti pemerintah". Ini adalah kerana ketika SPRM sedang berurusan status parti belum ujud. Kepada SPRM, ia belum tahu parti manakah yang akan memerintah dan yang mana akan berstatus pembangkang!!
Ekoran dari ini, segala risalah SPRM tidak harus mengandungi perkataan "pembangkang" mahupun "kerajaan". Sebaliknya perkataan "sebilangan rakyat" harus menggantikan perkataan "kerajaan" dan "pembangkang". Contohnya : 1. "sebilangan rakyat" mengadu atau membantah ketidak-telusan.... 2. "sebilangan rakyat" mencadang perubahan kawasan DUN...dan sebagainya.

Friday, March 2, 2012
System Bertol Itu Adalah Lebih Adil Berbanding Menggunakan Wang Cukai
Terdapat dua cara untuk negara membina sesuatu infra-struktur seperti jalan, jambatan dan sebagainya. Satu dengan menggunakan wang rakyat dari hasil cukai dan satu lagi melalui pungutan tol tanpa penggunaan wang rakyat sedikit pun.
Memilih untuk menggunakan wang rakyat dari hasil cukai bererti wang setiap rakyat. Ini termasuk yang tidak menggunakan kemudahan infra teersebut oleh kerana terlalu jauh dari kemudahan itu ataupun tiada kenderaan untuk digunakan seperti kepada orang miskin. (Untuk makluman orang miskin pun membayar cukai belian). Ini bermakna orang miskin pun terpaksa menyumbang kepada pembinaan infra tersebut walaupun tiada peluang untuk menggunakannya!
Sebaliknya cara kedua pula yang menyumbang kepada pembinaan infra adalah penerima munafaat dari kemudahan yang ada itu.

Subscribe to:
Posts (Atom)