Laman bukan-politik (apolitical) bertujuan memberi sebaik kefahaman kepada orang-ramai terutama dari generasi baru tentang ilmu kenegaraaan, pentadbiran dan lain-lain demi persiapan minda dunia pertama 2020. Blog ini adalah peti simpanan ilmu untuk kegunaan masa depan.
Tuesday, April 30, 2013
Undilah Sesiapa Sahaja Yang Anda Sukai Asalkan Selamat Dunia Akhirat
Seperti jugak mana-mana perbuatan kita, urusan mengundi jugak bukan terhenti setakat dunia sahaja tetapi berterusan hingga keakhirat, Jangan ingat perbuatan kita itu dibiarkan begitu saja. Malah harus ingat, setiap perbuatan kita itu kita akan dipertanggung-jawabkan dan disoal satu persatu.
Siapa Sebenarnya Yang Berjasa ??
Apabila melihat pada jasa, lihat juga pada "collateral damage" yang dikorbankan orang yg berjasa itu. Ini kerana apa yang bernilai kepada kita (dan disisi Allah juga) ialah "Net-Added Value " atau nilai tambah bersih atau dgn lain perkataan Pahala tolak Dosa.
Mencegah Kemungkaran Adalah Kewajipan Keatas Semua
Kemungkaran adalah sebarang kesalahan, ma'siat, kejahatan, penindasan, penipuan, mungkir janji, pecah amanah, kezaliman dan sebagainya. Kecil atau besar sesuatu kemungkaran itu adalah dianggap sama kejinya. Oleh itu kesemuanya perlu dicegah dan tidak dibiarkan merebak seperti api semasa kecillah mudah di cegah. Setelah besar ianya memerlukan tenaga yang banyak malah nyawa juga boleh menjadi pertaruhan.
Satu kemungkaran seperti pelacuran akan melahirkan banyak kemungkaran-kemungkaran lain seperti merebakkan penyakit kelamin/aids, gangterisma, kekasaran terhadap wanita, penyeludupan, dadah, dan berbagai lagi. Orang-orang yang hidup diatas kemungkaran ini sudah pasti akan menyokong mana-mana pemimpin yang mungkar juga. Mereka akan seboleh-bolehnya mempertahankan pemimpin yang mungkar itu dan amat khuatir sekira ketua mungkar itu ditukar ganti.
Maka hendaklah sama-sama mencegah dgn tangan atau lidah atau kalau tak berdaya sangat, cegahlah dgn hati kemungkaran yg sedang berlaku dan lebih-lebih lagi yg akan berlaku. Kalau tidak Allah akan jadikan bagi kita ketua/pemimpin dari org-org zalim yangmana kita tidak dapat mengawalnya lagi.....Allahu a'lam.
Islam Itu Syumul-Tiada Yang Terlepas Ruang Litupnya
Semua tahu dan mengaku Islam itu syumul (all-covering). Ini bermakna TIADA sesuatu yg tertinggal atau tak termasuk dibawah Islam. Jadi jika ada pihak yang mengatakan politik itu terasing dari Islam, mereka telah menidakkan kesyumulan Islam itu sendiri. Atau pun mereka sengaja suka asingkan politik dari Islam supaya mereka bebas melakukan kemungkaran tanpa rasa segan silu !!. ....Allahu a'lam.
Sunday, April 28, 2013
Parti Manakah Parti Syaithan ?
Rupanya Allah sudah nyatakan 1400 tahun lalu bahawa terdapat parti yang dikelasifikasikan sebagai Parti Syaitan. Ayatnya : Al-Mujaddalah Ayat 19.
Saturday, April 27, 2013
FUNGSI PARTI MANSUH SETELAH KERAJAAN TERBENTUK
Tujuan mengundi hanyalah satu iaitu untuk mencari siapa atau puak mana yang akan diamanahkan mentadbir negara secara SAKSAMA. Itu saja. Ia sepatutnya berhenti setakat itu sahaja dan tidak meleret-leret sehingga lima tahun. Untuk itu berlaku, pilihanraya mestilah telus dan dapat dibuktikan ianya telus adil dan saksama.
Pengendali pilihanraya (SPR) pula mestilah dilihat sebagai pengadil - adil dan tidak dilihat sebagai memihak kepada mana-mana pihak terutama pihak yang memegang kuasa. Kalau perlu memihak dari segi bantuan ianya harus pergi kepada "underdogs" bukannya kepihak pemerintah. Dari segi logik SPR sepatutnya berada secara langsung dibawah Yg Dipertuan Agong. Ini kerana setelah parlimen dibubarkan tiada lagi kerajaan yang sah pada ketika itu. Kuasa mentadbir negara kembali kepada Yg Dipertuan Agong sehingga kerajaan yang sah ditemui.
Setelah kerajaan yang sah sudah ditemui maka tertutuplah segala nama parti didalam pentadbirannya. Tiada boleh ada "party brands" seperti billboards 'Satu Lagi Projek Kerajaan BN/PR" atau Baja Cap Dacing. Tiada boleh dibeza-bezakan pembangunan negeri yang bukan dibawah partinya. Tiada boleh mengubah perjanjian pemberian royalti atau grant semata-mata kerana negeri itu tidak berpihak parti mereka. Ia mesti mentadbir negara dengan sama-rata.
Keadaan ini sewajarnya dimaktubkan didalam surat sumpah Perdana Menteri dan dikuatkan dengan watikah ucapan yang Dipertuan Agong yang ditambah dengan "sekira keadaan pentadbiran didapati tidak mengikut lunas-lunas ini, beta dengan persetujuan majlis raja-raja akan membubarkan kerajaan dibawah tuan Perdana Menteri". (Ini adalah suatu usul dari saya, kacamata rakyat semata).
Jika tidak, alamatnya persengketaan rakyat akan berterusan dan synergy tidak akan dapat diperolehi. Negara pula pasti tidak akan menjadi hebat sampai bila-bila.
Amalan "starve the opposition" atau pun "demonise the opposition" harus dihentikan samasekali supaya semua rakyat dapat memberi sokongan padu kepada mana-mana pihak yang mentadbir negara.
Satu-satu kerajaan akan dikira melanggari prinsip demokrasi sekira mentadbir berpaksikan cap parti (parti brand) setelah membentuk kerajaan. Demokrasi TIDAK membenarkan diskriminasi mengikut parti kerana fungsi parti sepatutnya hanya ujud sebelum pilihanraya dan untuk tujuan pilihanraya sahaja.
Sekira penyimpangan sebegini berlaku tanggung-jawab raja-raja (Yang Dipertuan Agong) lah untuk menegur Kerajaan Semasa yang sudah menyimpang dari kehendak negara itu. Dan sekira berdegil kerajaan sewajarnya dimansuhkan !!
Subscribe to:
Posts (Atom)
