Friday, May 3, 2013

Kerajaan Bukannya Raja Yang Harus DiSetiai

Nama sebenar atau nama penuh kerajaan ialah Kerajaan Semasa atau dalam bahasa inggerisnya Government Of The day (pentadbir negara untuk hari ini). Daripada nama penuh ini kita dapat memahami betapa keadaan sebenar keujudan kerajaan yang singkat bagai embun pagi.Setelah terbit mentari lenyaplah ia.

Walaupun terdapat kecenderungan kerajaan menyembunyikan hakikat ini ianya terserlah juga apabila setiap lima tahun, mahu tidak mahu, sesuatu kerajaan wajib terbubar. Keadaan ini juga adalah untuk mengingatkan kita dan kerajaan itu sendiri bahawa kerajaan BUKAN raja.

Ya. Kerajaan bukannya raja. Mereka diberi amanah oleh rakyat untuk mentadbir negara buat sementara waktu sahaja. Dan tempoh waktu mereka sudah habis..tamat setelah najib mansuhkanya baru-baru  ini. Jadi kenapa harus bersetia-setia lagi sebab kerajaan sudah pun tiada??   Juga perhatikan Rukun Negara. Ada tak kesetiaan pada kerajaan termaktub disitu?

Thursday, May 2, 2013

Anda Masih Belum Beriman Walaupun Telah Melakukan Ibadat...

Satu kejutan keatas saya apabila membaca kisah bagaimana orang Islam yang sudah melakukan ibadat kepada Allah tetapi Allah mengatakan mereka ini belum beriman. Selama ini saya kira apabila sudah solat dengan sempurna dan melakukan ibadah-ibadah lain itu maka kita sudah beriman !!! Melesetnya kita selama ini. Jadi bilakah kita dikatan sudah beriman ??

Allah mengatakan:  HANYA orang yang beriman dengan Allah dan rasulnya DAN  seterusnya BERJUANG dijalan Allah dengan harta-benda dan nyawaItulah orang yang beriman.

(Al Hujjurat  14-15 )

Wednesday, May 1, 2013

Apakah Jasa Dan Fungsi Pembangkang Kepada Rakyat

Kenapa Pembangkang tidak diharamkan dinegara ini ?

Walaupun bertahun-tahun lamanya media propaganda memburuk-burukkan pembangkang seburuk-buruknya tetapi ia tetap wujud tanpa diharamkan. Kenapa ?

Jawapannya : Kerana negara perlukannya. Rakyat perlukannya. Raja-raja perlukannya. Perlukan mereka untuk apa ? Pertamanya, tanpa kita sedari merekalah yang menghalang kerakusan pihak yang memegang kuasa. Merekalah yang mencabar dasar-dasar kerajaan yang merugikan rakyat. Merekalah yang mempertahankan perlembagaan supaya dipatuhi. Merekalah yang telah "memaksa" BRIM dikeluarkan kepada rakyat. 
 Ketiadaan mereka bererti kerajaan berkuasa penuh (absolute power). Didalam keadaan berkuasa penuh sesebuah kerajaan berpotensi menyentuh kepentingan raja-raja sekalipun. Oleh itu janganlah sesiapa dari parti mana sekalipun memperkecilkan pihak pembangkang. Jasa pembangkang terlalu banyak untuk kita tetapi tidak diwarwarkan oleh media propaganda. Juga mungkin esuk anda juga jadi pembangkang. !!

Adakah Rakyat Itu Boss Kepada Kerajaan ??

Betul, rakyat sepatutnya adalah boss. Tapi bila rakyat telah dijahilkan selama 50 tahun melalui Kotak Propaganda kerajaan, rakyat tidak lagi dapat mengenal antara hak dan bathil. Yg mereka tahu BN baik; pembangkang jahat. Mereka tidak tahu bahawa yang menghalang kerajaan dari bermaharajalela selama ini ialah pembangkang. Kalau tidak sudak lama rakyat ditindas dengan lebih kejam.

Perjuangan Islam UMNO Versus Perjuangan Islam PAS

Ini suatu pandangan saya semata, orang yang tidak menjadi ahli mana-mana parti.  Pandangan orang lain mungkin berbeda.

UMNO adalah pejuang bangsa melayu. Itu tidak dinafikan. Siapakah yang dipanggil melayu itu?  Mengikut takrifan perlembagaan, melayu adalah orang yg mengamalkan adat budaya melayu dan berugama Islam. Ini bererti ISlam itu perkara kedua atau perkara tempelan kepada perjuangan UMNO.  ISlam tidak diperjelaskan tetapi terselindung didalam perkataan melayu itu sendiri. Dalam banyak keadaan ianya terhilang dari ingatan. Out of sight out of mind. Perjuangan ISlam UMNO tidak "direct". Islamnya hanya mengekori perjuangan melayu ibarat kuda menarik kerata pedatinya mengikut kemana saja perginya kuda itu.

Sekira Islam menjadi beban kepadanya maka ditinggalkannya. Ignored. Apabila ISlam boleh menjadi aset kepada UMNO maka diwarwarkannya. Secara ringkas perjuangan ISlam oleh UMNO seumpama seorang yang menuju ke Masjid Negara untuk solat jumaat. Apabila tiba di kedai makan atau supermarket semasa diperjalanan, singgah dia untuk minum kopi. Apabila mendengar azan maka ditanya dirinya, nak teruskan ke mesjid ka atau  batalkan niat ??


Perjuangan PAS terhadap Islam pula terbalik dari perjuangan UMNO terhadap ISlam. PAS meletakkan ISlam sebagai kuda dan semua manusia adalah kereta pedatinya. Perjuangannya "direct" tidak berbelit-belit atau berdolak daleh kerana tiada diberi ruang untuk begitu. Sekira berniat ke Masjid Negara, tiada lagi singgah-singgah tetapi terus ke sana.


{Provisional}

Tuesday, April 30, 2013

Undilah Tanpa Rasa Terhutang Budi Pada Sesiapa - Undi Anda Akhirat Anda


Walaupun anda pekerja kerajaan (Kerajaan BN/PR), walaupun anda menerima bantuan BRIM, buku, smartphone atau membuat akujanji dan lain-lain, anda masih BEBAS MENGUNDI. Anda tidak terikat dengan perkara tersebut kerana wang gaji anda dan wang bantuan kesemuanya adalah dari wang kita sendiri jugak iaitu wang rakyat. Wang yang dikutip melalui berbagai-bagai cukai yang mana orang paling miskin pun membayarnya !! Jadi kenapa harus rasa terhutang budi pada sesiapa ?

Akujanji atau janji yang dibuat kerana paksaan atau tekanan (under duress) juga adalah terbatal dengan sendirinya dan tidak laku didunia mahupun diakhirat.

Jadi yang tinggal untuk diambil kira ialah undi kita mestilah menyelamatkan kita dunia dan di akhirat kerana kita akan diperhitungkan. Tangan kita akan diperhitungkan. Kaki kita akan diperhitungkan.

Undilah Sesiapa Sahaja Yang Anda Sukai Asalkan Selamat Dunia Akhirat

Seperti jugak mana-mana perbuatan kita, urusan mengundi jugak bukan terhenti setakat dunia sahaja tetapi berterusan hingga keakhirat, Jangan ingat perbuatan kita itu dibiarkan begitu saja. Malah harus ingat, setiap perbuatan kita itu kita akan dipertanggung-jawabkan dan disoal satu persatu.