Wednesday, July 20, 2011

Kenderaan Mewah Berumur Wajar Dikategorikan Sebagai Bukan-mewah

Kenderaan mewah seperti dari jenama Mercedes, BMW, Audi, Rolls-Royce dan sebagainya, apabila sudah berumur lebih 10 tahun dan berharga lebih murah dari jenama Proton wajar dikelaskan semula sebagai kenderaan bukan-mewah. Bayaran cukai jalannya harus tidak lagi bergantung kepada kekuatan kuasa-kuda atau CC. Ini adalah kerana :

1. Dalam keadaan itu ianya bukan lagi kereta mewah. Proton lagi mewah.
2. Kuasa-kudanya tidak lagi sekuat zaman mudanya.
3. Penggunaan kenderaan lama bererti penjimatan sumber asli dunia yang semakin pupus ini unutk generasi hadapan.
4. Kenderaan sebegini juga direkacipta dengan ciri keselamatan penumpang yang tinggi. Kecederaan dari kemalangan adalah minima.Kos perubatan juga minima.
5. Kebanyakannya digunakan oleh pesara yang berpendapatan rendah.

Jadi, adalah bijaksana dan adil untuk mengkelaskan kenderaaan sebegini sebagai kendearaan bukan-mewah.

Friday, July 1, 2011

Demonstrasi, Demokrasi, Leadership Dan Nation Building

Diambang kemerdekaan tahun 1957,  beratus-ratus perhimpunan demonstrasi yang dikenali sebagai Rapat Umum telah diadakan oleh rakyat Malaya bagi menyatakan ketidakpuasan-hati rakyat keatas pentadbiran British disini. Perhimpunan dan perarakan berlaku disetiap bandar. British yang mengamalkan prinsip demokrasi tidak menghalang demonstrasi tersebut. Sebaliknya mereka mengambilnya sebagai "feedback" penting akan perihal pentadbiran mereka sendiri. Dalam kes ini, mereka membuat keputusan melepaskan Malaya untuk ditadbirkan rakyat Malaya sendiri.

Demonstrasi bukanlah perkara baru dinegara kita ini. Malah demonstrasilah yang mengujudkan Malaysia! Dinegara maju demonstrasi berlaku setiap hari. Mereka melakukannya secara aman dengan sepanduk ditangan dan berkumpul ditempat-tempat awam.. Tujuan mereka ialah memberi "feedback" kepada pentadbiran sesuatu  institusi tentang dasar dan tindak-tanduk mereka yang dilihat sebagai "tidak kena" (anomali).

Pentadbir yang bertanggung-jawab pula akan mengalu-ngalukan segala "feedback" yang diberi orang untuknya kerana, melalui "feedback"lah pihak pentadbir (Leaders) akan dapat memperbaiki pentadbiran mereka. Pepatah "kalau tiada angin masakan pokok bergoyang" wajar dipakai disini. Demonstrasi adalah sebagai angin yang menggoyangkan pokok bagi menyerlahkan monyet-monyet yang secara senyap meratah hasil tanaman!!

Demonstrasi yang bertujuan selain dari ini tidak harus dilakukan terutama sekira melibatkan negara luar yang mempunyai agenda mereka sendiri. Biasanya agenda mereka ialah mengaut keuntungan apabila porak-peranda berlaku atau boneka mereka pula memerintah.

Jadi sebagai minda kelas pertama, objektif demonstrasi mestilah untuk "membaiki keadaan" dan bukannya meruntuh suatu sistem yang telah setabil. (lihat posting saya yang terdahulu tentang "meddling - tikus membaiki labu"