Thursday, September 29, 2011

UMUR PERSARAAN : 55 ? 58 ? 60?

Negara kita masih membangun. Peluang kerja  masih terhad. Golongan muda yang memasuki bidang kerjaya bertambah hari demi hari dengan pertambahan IPTA/IPTS dan berbagai kolej lagi. Generasi baru memerlukan kerja dan kerjaya serta bimbingan dari orang-orang yang berpengalaman. Itulah senario bidang kerjaya dinegara kita ini.

Sekira pihak senior berdegil tidak mahu meninggalkan kerusi mereka selepas berumur 56 tahun bererti mereka ingin menyekat pergerakan genarasi muda dari maju didalam kerjaya mereka. Ini boleh membuatkan pekerja berbakat yang tidak sabar meninggalkan kerjaya mereka walau telah mendapat latihan yang banyak. Ia juga bermakna, generasi senior sudah lupa bahawa mereka boleh maju didalam organisasi kerana sistem terdahulu telah memberi laluan kepada mereka apabila bos-bos mereka mengosongkan kerusi pada umur 56 !!!!

Pada saya had umur persaraan wajar dikekakalkan pada 56.  Dan untuk mengambil guna pengalaman seniors mereka boleh ditawarkan kontrak satu atau dua tahun sebagai penasihat (mentor/coach) untuk generasi baru. Itu pun kepada yang layak sahaja.Dengan cara ini kita dapat mengekalkan yang terbaik dari seniors dan menyuntik semangat untuk menjadi terbaik bagi generasi muda juga.

Untuk makluman, prosidur ini bukan baru. Syarikat gergasi kita (petronas) juga telah mengurangkan  umur persaraan dari 60 kepada 55 bagi membuka peluang kakitangannya untuk maju dalam kerjaya serta membuka peluang kepada lepasan university memasuki syarikat itu. Pesara terpilihnya diberi peluang meneruskan khidmat melalui kontrak.