Tuesday, April 30, 2013

Undilah Tanpa Rasa Terhutang Budi Pada Sesiapa - Undi Anda Akhirat Anda


Walaupun anda pekerja kerajaan (Kerajaan BN/PR), walaupun anda menerima bantuan BRIM, buku, smartphone atau membuat akujanji dan lain-lain, anda masih BEBAS MENGUNDI. Anda tidak terikat dengan perkara tersebut kerana wang gaji anda dan wang bantuan kesemuanya adalah dari wang kita sendiri jugak iaitu wang rakyat. Wang yang dikutip melalui berbagai-bagai cukai yang mana orang paling miskin pun membayarnya !! Jadi kenapa harus rasa terhutang budi pada sesiapa ?

Akujanji atau janji yang dibuat kerana paksaan atau tekanan (under duress) juga adalah terbatal dengan sendirinya dan tidak laku didunia mahupun diakhirat.

Jadi yang tinggal untuk diambil kira ialah undi kita mestilah menyelamatkan kita dunia dan di akhirat kerana kita akan diperhitungkan. Tangan kita akan diperhitungkan. Kaki kita akan diperhitungkan.

Undilah Sesiapa Sahaja Yang Anda Sukai Asalkan Selamat Dunia Akhirat

Seperti jugak mana-mana perbuatan kita, urusan mengundi jugak bukan terhenti setakat dunia sahaja tetapi berterusan hingga keakhirat, Jangan ingat perbuatan kita itu dibiarkan begitu saja. Malah harus ingat, setiap perbuatan kita itu kita akan dipertanggung-jawabkan dan disoal satu persatu.

Siapa Sebenarnya Yang Berjasa ??

Apabila melihat pada jasa, lihat juga pada "collateral damage" yang dikorbankan orang yg berjasa itu. Ini kerana apa yang bernilai kepada kita (dan disisi Allah juga) ialah "Net-Added Value " atau nilai tambah bersih atau dgn lain perkataan Pahala tolak Dosa.

Mencegah Kemungkaran Adalah Kewajipan Keatas Semua


Kemungkaran adalah sebarang kesalahan, ma'siat, kejahatan, penindasan, penipuan, mungkir janji, pecah amanah, kezaliman dan sebagainya.  Kecil atau besar sesuatu kemungkaran itu adalah dianggap sama kejinya. Oleh itu kesemuanya perlu dicegah dan tidak dibiarkan merebak seperti api semasa kecillah mudah di cegah. Setelah besar ianya memerlukan tenaga yang banyak malah nyawa juga boleh menjadi pertaruhan.


 Satu kemungkaran seperti pelacuran akan melahirkan banyak kemungkaran-kemungkaran lain seperti merebakkan penyakit kelamin/aids, gangterisma, kekasaran terhadap wanita, penyeludupan, dadah, dan berbagai lagi. Orang-orang yang hidup diatas kemungkaran ini sudah pasti akan menyokong mana-mana pemimpin yang mungkar juga. Mereka akan seboleh-bolehnya mempertahankan  pemimpin yang mungkar itu dan amat khuatir sekira ketua mungkar itu ditukar ganti.

Maka hendaklah sama-sama mencegah dgn tangan atau lidah atau kalau tak berdaya sangat, cegahlah dgn hati kemungkaran yg sedang berlaku dan lebih-lebih lagi yg akan berlaku. Kalau tidak Allah akan jadikan bagi kita ketua/pemimpin dari org-org zalim yangmana kita tidak dapat mengawalnya lagi.....Allahu a'lam.

Islam Itu Syumul-Tiada Yang Terlepas Ruang Litupnya

Semua tahu dan  mengaku Islam itu syumul (all-covering). Ini bermakna TIADA sesuatu yg tertinggal atau tak termasuk dibawah Islam. Jadi jika ada pihak yang mengatakan politik itu terasing dari Islam, mereka telah menidakkan kesyumulan Islam itu sendiri. Atau pun mereka sengaja  suka asingkan politik dari Islam supaya mereka bebas melakukan kemungkaran tanpa rasa segan silu !!.  ....Allahu a'lam.