Tuesday, April 24, 2012

Suruhanjaya Pilihanraya's Roles - Peranan SPR

Pada hirarki kenegaraan status SPRM adalah lebih tinggi dari kedudukan "kerajaan" atau pentadbir negara. Ini adalah kerana keujudannya adalah sebelum keujudan kerajaan itu sendiri. Kerajaan hanya terbentuk selepas pilihanraya yang dikelolakan SPRM. Sayugia diperingatkan kerajaan  adalah pentadbir sementara sesebuah negara/negeri seumpama sebuah PIBG sekolah. Ini adalah bagi membolehkan sesuatu kerajaan itu dihisab (odit) dan diperhitungkan. Keujudan sesebuah kerajaan tidak harus melebihi lima tahun. Diketika inilah negara (tapi bukan kerajaan) memerlukan khidmat SPRM.

Walaupun perancangan berterusan dilakukan SPRM namun mata SPRM hanya diperlukan melihat kehadapan dan bukan kebelakang. Ia akan memandang kearah piliharanraya yang akan datang sahaja; ketika mana tiada pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang!! Pilihanraya yang mereka tinang inilah yang akan menentukan pihak mana pentadbir negara yang akan datang dan. pihak mana yang akan mencabar kewajaran rang undang-undang diparlimen. Oleh yang demikian SPRM sewajarnya membutakan matanya keatas kerajaan yang sedia wujud kerana ia bukan dari urusanya.

Sebagai kesimpulan SPRM ujud sebelum ujudnya kerajaan maka ia sewajarnya tidak mengenal mana-mana parti politik-pembangkang maupun pemerintah. Dikamusnya tiada dan tiada boleh ada perbendaharaan kata seperti "parti pembangkang" mahupun "parti pemerintah". Ini adalah kerana ketika SPRM sedang berurusan status parti belum ujud. Kepada SPRM, ia belum tahu parti manakah yang akan memerintah dan yang mana akan berstatus pembangkang!!

Ekoran dari ini, segala risalah SPRM tidak harus mengandungi perkataan "pembangkang" mahupun "kerajaan".  Sebaliknya perkataan "sebilangan rakyat" harus menggantikan perkataan "kerajaan" dan "pembangkang". Contohnya : 1. "sebilangan rakyat" mengadu atau membantah ketidak-telusan....  2. "sebilangan rakyat" mencadang perubahan kawasan DUN...dan sebagainya.