Tuesday, September 27, 2011

HUDUD DIMALAYSIA - BOLEHKAH DILAKUKAN?

HUDUD adalah hukuman yang bertujuan menghalang perbuatan jenayah manusia keatas satu manusia lain. Itulah apa yang saya difahamkan. Dikacamata orang-orang yang ingin hidup bersih dan benar (sanctified) sudah pasti undang-undang sebeginilah yang dimimpikan. Ini kerana kemampuan undang-undang ini memupuk keamanan dan kesejahteraan kepada negara ini.

Dikacamata orang yang suka membuat kacau, lain pula pandangannya. Apabila memikirkan tangan-tangan akan kudung, kepala-kepala akan putus dipancung sudah pasti mereka ini tidak gemar untuk mengujudkan hukuman hudud ini.

Senario sebegini terlalu asing disini walupun beberapa negara Islam timur tengah telah sekian lama mempraktikkannya. Ditambah pula kemakjemukan bangsa, budaya dan fahaman ianya bertambahlah asingnya. Jadi bagaimana hendak lakukan hukum ini di malaysia?

Caranya:

1. Mengadakan sistem undang-undang hudud sebagai alternatif  kepada undang-undang imperial yang sedia ada. Undang-undang ini akan mengalir selari dengan undang-undang imperial yang sedia ada.

2. Buat permulaan kesalahan (katakan dua kali pertama) tertuduh boleh memilih untuk dibicarakan didalam sistem mana antara dua. 

3. Bagi kesalahan ketiga dan seterusnya, pilihan bertukar tangan kepada pihak yang teraniaya. Pihak teraniaya boleh menentukan sistem perundangan manakah yang wajar diguna-pakai.

Dengan cara ini kita akan memenuhi keperluan semua. Untuk makluman, perkara sebegini bukanlh perkara baru. English Law pernah mengadakan dua sistam perundangan, yakni common laws dan law of equity.