Tuesday, February 4, 2014

Lompat Party V. Letak Jawatan Siapa Lebih Mulia ?

Didalam konteks Malaysia yang masih belum mempraktikkan undang-undang anti-lompat parti, perbuatan melompat parti atau meninggalkan pengundinya adalah suatu amalan zalim dan keji. Ini kerana dua sebab. Pertama, perbuatan ini memerangkapkan pengundi  - pengundi tidak dapat membuat pilihana baru. Suara rakyat dibawa lari bersama wakil rakyat itu. Kedua, kepercayaan yang diberi rakyat kepadanya dibelotinya. Ia adalah pembelot besar  yang sukar dimaafi rakyat dunia dan akhirat. Hasil keewangan berkaitan dengan jawatannya tidak lagi menjadi halal.

Sebaliknya, sekira wakil rakyat meletak jawatan, undi semula boleh dilakukan. Rakyat kembali bebas memilih. Itu suatu tanda demokrasi. Maka perbuatan meletak jawatan dan undi semula adalah lebih mulia dari melompat parti yang mencuri suara rakyat secara zolim.

Dan cara untuk menangani masaalah perletakan jawatan atau lompat parti yang terbaik ialah dengan  membiarkan parti yang menaja wakil tadi dalam pilihanraya lalu memilih penggantinya. Mungkin mereka boleh mengadakan pemilihan dalaman. Perlompatan parti juga dapat dibendung. Untuk itu, ubah saja article perlembagaan.