Thursday, January 2, 2014

Derhakakah Rakyat ? : Kerajaan Bukan Raja (A Government Is Not A King)

Kerajaan BUKAN Raja. Walaupun terdapat cubaan untuk bermaharajalela dengan mendapat 2/3 majority serta cuba mengekalkan kuasa selamanya, kerajaan masih BUKAN raja. Ia juga bukan setaraf negara. Kerajaan hanyalah satu badan yang diamanahkan rakyat supaya mentadbir negara untuk kebaikan rakyat. Itupun untuk jangka masa lima tahun sahaja. Dan sekira rakyat tidak berpuas hati dengan cara pentadbirannya, rakyat berhak mencabarnya. Oleh itu perkataan "menderhaka" kepada kerajaan tidak boleh ujud didalam konteks negara demokrasi. Perkara ini juga dapat dilihat dari kandungan Rukun Negara yang jelas menyatakan "kesetiaan kepada raja dan negara".  Ia tidak sesekali menyebut kesetiaan kepada kerajaan pun !!! Keadaan yang sama mengenai juga kerajaan dibawah PR.