Friday, March 4, 2011

Suruhanjaya Pilihanraya SPR (Polling Commission) - Entity

Sewajarnya SPR ialah suatu badan yang melampaui politik (above politic). Ianya lahir terus dari "negara" dan bukannya dari kerajaan. Ujudnya sebelum ujudnya Kerajaan Semasa lagi. Jadi, ia sewajarnya berkecuali yang  tidak memihak kepada mana-mana parti atau kerajaan.

Disamping fungsinya sebagai pengelola pilihanraya, ia juga sewajarnya berperanan mendidik rakyat tentang ilmu kenegaraan kerana peringkat ini ialah peringkat pra-kerajaan. Lagipun Kerajaan Semasa tidak mempunyai kepentingan dalam pencelikan rakyat malah pencelikan mungkin menjadi counter-productive kepadanya!!

Inilah satu perkara yang belum berlaku yang ingin kita lihat berlaku didalam negara ini. Kita ingin lihat pelajaran kenegaraan, hak-hak rakyat dan demokrasi sebenar, diajar kepada rakyat sejak dari bangku sekolah lagi.

Pengurusan Atau Pentadbiran Negara ??? Management Vs Administration

Dunia mengguna-pakai perkataan Pengurusan (Management) bagi mencerminkan pentadbiran perniagaan. Dan untuk urusan institusi bukan perniagaan dunia menggunakan perkataan Pentadbiran (Administration)

Urusan negara bukanlah urusan perniagaan walaupun dinamakan Negara Korporat. Jadi perkataan pengurusan tidak wajar digunakan keatas institusi negara.

Negara Amerika yang segala-galanya adalah membuat untung pun tidak menggelar urusan institusi negara mereka Reagan Management, atau Obama Management. Sebaliknya mereka menggunakan Reagan Administration (dan kini Obama Administration) !!!

Turutan dari ini gelaran seperti pengurus, MD, CEO dan sebagainya tidak sesuai untuk institusi pentadbiran negara kerana ianya diguna-pakai oleh institusi koporat. Bagi institusi pentadbirab negara perkataan Pengarah, Ketua Pengarah dan Pegawai adalah sesuai..

Awas dalam cubaan menambah-baikkan sesuatu. Ketahui benda yang hendak di improvekan itu "profoundly" dulu sebelum merubahnya. Kalau tidak, ianya seperti tikus membaiki labu pulak.