Tuesday, April 23, 2013

Demokrasi Bukan Setakat Mengundi.......

Negara kita telah bersepakat untuk mengambil demokrasi sebagai cara negara ini berjalan. Tapi apakah itu demokrasi ? Secara mudah, demokrasi adalah kawalan kuasa supaya tidak ada pihak terutama yang mempunyai kuasa menjadi ANGKUH. Tiada yang membuli satu sama lain.  Ia adalah suatu sistem yang berpotensi melahirkan suasana aman-damai dan kondusif untuk maju melalui synergy sekira diamalkan dengan betul dan tanpa distortion.

Amalan mengundi untuk mencari puak yang akan mentadbir negara bagi pihak rakyat (selama lima tahun) adalah juga termasuk dalam usaha mengekang kuasa supaya  tidak menjadi angkuh. Ini dilakukan dengan rakyat menolak mana-mana puak yang telah terbukti menggunakan kuasa secara angkuh seperti menindas rakyat, berlaku tidak adil, korupsi, kronisma dan sebagainya.

Sistem demokrasi hanya boleh berjalan sempurna sekira rakyat tidak jahil atau dijahilkan. Dinegara kita usaha untuk mencerdikkan rakyat tidak ujud. Yang ujud hanyalah usaha untuk menjadikan rakyat pandai sahaja. Pandai membina bangunan, pandai mencari minyak, pandai mengurus tadbir dan sebagainya.

Apa bezanya antara pandai dan cerdik ?  "Pandai" lebih mirip kepada menjadikan sesuatu yang diingini berlaku; tetapi "cerdik" lebih mirip kepada mengelakkan atau menghindarkan perkara yang tidak diingini dari berlaku. Contohnya, Sang kancil semasa kakinya digigit buaya menggunakan kecerdikannya memberitahu buaya itu ranting buluh yang digigitnya.

Ilmu kecerdikan yang diperlukan rakyat kita ini ialah ilmu logik atau mantiq dan ilmu kenegaraan yang sebenar. Pada masa kini ilmu kenegaraan yang diajar dipusat pengajian undang-undang pun diacu mengikut selera lokal. Dan ini membuatkan kita lemah apabila bersaing dengan negara luar terutama dizaman globalisasi ini.


KENAPA MELAYU MUDAH LUPA (Why Malays Are "forgetful" )

Informasi  yang masuk keminda kita sesetengahnya mudah hilang dari ingatan walaupun sudah menjadi pegangan kita untuk sesuatu tempoh masa. Kenapa ini berlaku ?  Jawapannya ialah kerana kita tiada Kerangka Ilmu (Knowledge Framework) ataupun kerangka kita itu lemah.Sekeping gambar foto akan mudah hilang ditiup angin sekira tidak di lekatkan pada suatu frame gambar.

Apakah Kerangka Ilmu itu ?

Ia adalah ilmu asas kepada sesuatu bidang Ilmu. Contohnya : asas kepada sifir darab ialah tambah yang berulang. Kalau kita lupa sesuatu sifir kita boleh melakukan tambahan secara berulang. Asas kepada agama ialah iman. Kalau kita lupa kenapa kita lakukan sesuatu atau meninggalkan sesuatu perkara itu kita kembali bertanya kepada iman kita. Asas kepada moral (atau akhlaq) adalah ethic (boleh juga pakai  tasawwuf).

Asas kepada kenegaraan kita kini ialah demokrasi iaitu suatu sistem yang mencegah segala rupabentuk kuasa dari menjadi angkuh (arrogant). Apabila kita mengutuk sesuatu tindakan tidak wajar kerajaan  keatas rakyat, dengan kerangka demokrasi kita sebenar-benarnya marahkannya sebab ia mencabuli asas demokrasi yg negara kita anuti !! Mungkin ia telah bertindak angkuh dalam mencipta dasar.

Tanpa mengikat sesuatu informasi atau pegangan kepada Kerangka Ilmu, maka mudahlah pegangan atau informasi tadi luput dari ingatan terutama apabila disogok !!


Perkara ini juga ada kaitan dengan kenapa kita mudah ditipu (gullible).

Keluarlah dari Kotak Propaganda - Break Free From Propaganda Box

Demi masa (hayat) yg menghampiri penghujung. Usahlah berdaleh lagi. Keluarlah dari Kotak Propaganda yg telah membelenggu minda kita selama 50 tahun itu dan carilah kebenaran sejati. Tanpa berbuat demikian kita akan dipertanggung-jawabkan dikemudian harinya.