Wednesday, May 8, 2013

Demokrasi Memerlukan Padang Yang Samarata [ An Even Playing Field Is Required]

Apabila parlimen terbubar, maka mana-mana parti sewajarnya tiada lagi apa-apa kuasa. Yang menduduki kerusi pada semasa peralihan itu sewajanya hanyalah berfungsi diatas kapasiti individu yang meneruskan pejabat dan bukannya berkuasa kabinet.  Pada ketika ini sewajarnya kuasa memerintah kembali kepada Yang Dipertuan Agong. Agong, bersama jemaah raja-raja sewajarnya memegang tampok pemerintahan yang belum diperturunkan kepada kerajaan pada ketika itu.

Adakah perkara sebegini berlaku ?

Jawabnya tidak sama-sekali. Malah sebaliknya yang berlaku. Pentadbir negara yang sudah terbatal mandatnya masih berkelakuan seolah-olah masih berkuasa seperti biasa. Mereka masih mengawal media dan  menggunakannya untuk faedah parti mereka. Menggunakan jentera dan mekanisma hakmilik negara untuk keuntungan parti mereka sesuka hati. Berbagai tekanan keatas jentera kerajaan juga terus berlaku. Ini membuatkan "padang permainan" condong memihak kepada sebelah pihak. Ini  ibarat bermain bola dipadang condong dimana pihak lawan berada disebelah yang rendah. Golek saja bola sudah boleh masuk gol !! Itu tidak adil.

Penggunaan wang untuk membeli undi walau dari mana ia datang atau dengan apa nama sekalipun,  juga adalah merupakan perbuatan menyondongkan padang permainan.

Apakah kesan dari perbuatan tidak adil ini ?

Apabila kita melihat perlawanan bola sepak dimana refereenya berat sebelah apa rasa kita? Apabila kita lihat perlawanan gusti seorang kecil melawan seorang yang dua kali lebih besar mengalahkan yang kecil tadi, apa perasan kita? Apabila kita lihat Israel dengan kekuatan senjata moden melawan palestin yang bersenjatakan batu, pasti jiwa kita teronta-ronta. Jauh dilubuk hati kita akan memusuhinya.

Begitulah juga dalam hal pilihanraya. Kemenangan melalui jalan manipulasi undi (benar/tidak), berbagai penipuan (benar/tidak) akan melahirkan perasaan tidak puas hatiyang bersarang jauh kelubuk sanubari.Perasaan ini pula boleh dikira sebagai permusuhan halus berlaku dibawah minda sedar. Pemberontakan didalam senyap ini akan membantutkan kemajuan negara. Apa tidaknya. Idea-idea yang baik tidak akan diketengahkan malah ada yang lebih rela menyumbang idea dan kreativiti serta tenaga kepada negara lain daripada dikongsi dengan negara sendiri yang dianggap kotor dan zalim.

Bagaimana Untuk Melahirkan Keadaan Yang Kondusif  Ini ?

Seeluknya, parti yang memenangi majoriti kerusi yang tipis terutama yang berbaur penipuan, manipulasi dan sebgainya, dengan sukarela melepaskan pentadbiran negara kepada parti lawan. Dengan cara ini rakyat akan dapat memaafkan kemungkaran yang telah dilakukan dan akan memberikan segala daya dan fikiran untuk memajukan negara demi membuktikan mereka pentadir yang lebih baik, lebih cekap dalam mengggunakan segala sumber yang ada. Rakyat beroleh keuntungan. 2020 pasti akan tercapai. Dalam keadaan sekarang, 2020 akan bertambah 30 puluh tahun lagi kepada 2050.

 {under construction}