Sunday, March 13, 2011

Penambahbaikan (improvement) - Jangan Jadi Tikus Membaiki Labu (Meddling)

Penambahbaikan keatas  sesuatu sistem itu adalah baik sekira ianya menerbitkan *Net Added Value (Nilai bersih tertambah). Tapi bukan semua usaha penambah-baikan itu membawa kebaikan. Malah ada yang membawa kerugian dengan menghakis nilai. Ini kita tidak mahukan. Perubahan sebegini dinamakan meddling sesuai denga peribahasa "tikus membaiki labu".

Apakah sistem yang tidak wajar diubah itu?

Secara umum, sesuatu yang sudah berfungsi dengan setabil sekian lama kalau diubah biasanya akan menghasilkan penghakisan nilai. Contohnya, berapa tahun dahulu dizaman pentadbiran Dr Mahathir terdapat beberapa undang-undang yang diubah untuk mencermin suasana pentadbirannya ketika itu. Undang-undang hak keatas tanah yang dipindah-milik secara tidak sah yang telah menafikan hak pemilik asal, misalnya, telah diubah kembali dizaman Tun Abdullah. Ini adalah kerana ianya bertentangan dengan prinsip keadilan. Terdapat banyak lagi contoh yang dapat dicari sekira mahu.

Terbaru : Apakah  pandangan anda tentang perubahan undang-undang perlantikan Setiausaha negeri dimana hanya kerajaan pusat yang berhak melantik mereka untuk "consumption" kerajaan negeri? Sekian lama sebelum ini urusan perlantikan setiausaha negeri adalah ditangan pentabiran negeri bersama sultan dan bukannya pihak pusat! Mungkinkah orang terdahulu telah memikirkan perkara keserasian penting dalam sesuatu pentadbiran demi kebaikan rakyat maka dibiarkan pihak negeri membuat perlantikan? Atau apakah orang terdahulu seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussin Onn tidak cukup cerdik(wise) maka perlu diubah undang-undang itu dizaman Tun Mahathir ?

Ingatlah "sesuatu sistem yang tidak menambah nilai itu pasti menambahkan kos!!" Ketahui apa yang hendak diubah itu sedalam-dalamnya (profoundly) sebelum membuat perubahan.



Nota :

*  Net Added value =  Apabila sesuatu dilihat dari secara total dimana segala nilai yang terhasil ditolak segala kos yang terhasil itulah nilai bersih tertambah (Net-Added Value). Sebagai contoh, pada diri kita terdapat beberapa kocek pakaian. Sekira kita pindahkan RM10 dari poket seluar kepada poket baju, kita sudah menmbah nilai kepada poket baju sebanyak RM10.  Adakah perubahan itu telah menambahkan apa-apa nilai kepada kita ?  Jawabnya tidak !!  Bagi kita wang yang ada masih hanya RM10. Tidak ada apa yang tertambah.

Diri kita tadi adalah analogy sebuah organisasi perniagaan atau pun institusi kerajaan. Sekira wang dari satu anak syarikat masuk ke anak syarikat yang lain, secara keseluruhannya tiada apa-apa nilai tambah secara bersih berlaku!!!