Wednesday, December 28, 2011

Selesaikan Isu Bukannya Hapuskan Usaha yang Baik

Jika marahkan nyamuk jangan pula kelambu dibakar. Peribahasa yang penuh dengan kebijaksanaan ini telah ditinggalkan oleh generasi kini walaupun ianya masih amat relevan. Peribahasa ini bermakna selesaikan isu sebenar dan bukannya menghapuskan sesuatu yang baik. Isu sebenar ialah masaalah nyamuk. maka nyamuklah yang patut kita halang dari mengganggu kita!  Sudahlah kelambu itu bukan menjadi isu, malah keujudannya pula adalah satu penyelesaian masaalah nyamuk ini.

Didalam masyarakat kita banyak yang masih berperangai sebegini. Contohnya, semasa saya di London, saya ingin menyimpan baggasi saya disatu penginapan orang Malaysia kerana hotel tempat saya menginap tidak mempunyai kemudahan menyimpan baggasi. Pegawai penginapan memberitahu bahawa mereka tidak dibenarkan menumpangkan baggasi kerana pernah berlaku kehilangan baggasi dimana mereka dipersalahkan. Jadi mereka tidak lagi membenarkan sesiapa menumpang baggasi dirumah penginapan itu.

Keadaan ini amat menepati peribahasa diatas : Isu sebenar ialah masaalah "kehilangan dan dipersalahkan". "Kelambu" pula ialah perkhidmatan atau kemudahan pelawat dari Malaysia sendiri. Seterusnya saya tidak perlu menulis dengan panjang lebar. Ia boleh difikirkan sendiri.

Tuesday, December 20, 2011

Develop Manpower For Export - Longterm Internship (Lima Tahun)

Kekurangan peluang pekerjaan di Malaysia tidak harus menjadi penghalang untuk graduan mendapat pengalaman kerja dan latihan. Satu cara ialah dengan mengadakan skim Internship berpanjangan. Contohnya, bidang petrolium. Graduan yang sesuai boleh disangkut disyarikat-syarikat minyak and syarikat servis minyak untuk mendapatkan pengalaman kerja sebenar.

Walaupun syarikat-syarikat ini tiada kekosongan jawatan mereka masih boleh mengambil graduan-graduan untuk memberi khidmat kepada mereka secara percuma atau pada kos yang minima. Ini adalah kerana imbohan khidmat minima akan dibayar kepada intern sebahagian oleh kerajaan dan sebahagian oleh syarikat atau kesemuanya oleh syarikat dan mendapat pelepasan cukai.

Intern-intern ini mestilah dianggap seolah-olah kakitangan syarikat itu sendiri. Mereka diambil masuk setelah ditemuduga sepertimana lazim. Pekerjaan yang dilakukan itu juga adalah yang berguna kepada syarikat dan bukannya main-main. Intern yang sesuai pula boleh diserap oleh syarikat menjadi kakitangan mereka pada bila-bila masa. Intern yang tidak menepati dasar syarikat akan dibuang setelah dinilai.

Sepanjang internship intern juga bolehlah meneruskan pencarian kerja dengan syarikat lain. Dengan pengalaman yang tinggi dari syarikat international amat mudahlah bagi intern kita bersaing dipasaran kerja diluar negara.

Walupun contoh yang diberi ini disektor petrolium, ia juga sesuai dilakukan dibidang lain.

Monday, December 19, 2011

Share Market Should Not Be Made Highly Speculative....

Saya kira bukan kehendak ugama apabila keuntungan saham adalah dari kenaikan harga saham sebagaimana yang dipraktikkan sekarang.Yang lebih islamik ialah keuntungan datang dari perniagaan itu sendiri, biasanya dalam bentuk dividen. Dan supaya tidak menjadi terlalu speculatif, dividen yang besar harus dikeluarkan.

Sekira kita analogikan pemilikan saham seperti pemilikan tanah yang mana Allah suka sekira tanah itu dimajukan sehingga ia mengeluarkan hasil. Dan hasil itu dapat dinikmati.ramai. Sebaliknya Allah tidak gemar sekira pemilik tanah menunggu-nunggu kenaikan harga tanah sahaja dengan membiarkan tanah menjadi hutan belukar.

Jadi apa yang sepatutnya berlaku ?

1. Mewajibkan syarikat mengeluarkan sebanyak dividen dari keuntungan perniagaan. Mungkin 70% dari kenuntungan bersih?

Wednesday, December 14, 2011

Jadikan Bandaraya Kuala Lumpur "A Walking City"

Kota London mempunyai banyak ciri-ciri baik yang boleh KL mencontohinya. Misalnya, ke informatfannya, tempat pejalan kaki yang rata disepanjang kakilimanya dan kecekapan penyuraian trafiknya. ...

  "akan disambung...

Wednesday, November 2, 2011

Pilihanraya: Sumber Kuasa Mentadbir Negara

 (...............Diolah untuk MYIDeas feedback)................


Pilihanraya, seperti jugak pemilihan AJK PIBG,  adalah bertujuan untuk mencari jawatankuasa yang akan mentadbir persatuan ie negara demi kebaikan rakyat keseluruhannya bagi sesuatu tempuh tertentu. Untuk itu, "jawatankuasa" yang dipilih itu mestilah dari yang terbaik untuk rakyat dan bukan untuk kebaikan Ahli Jawatankuasa itu sendiri. Bagi memastikan ini berlaku perkara berikut adalah perlu : 


1. Peraturan pilihanraya mestilah adil, samarata dan menganggap tiada siapa yang berkuasa kecuali Yg Dipertuan Agung, selama mana parlimen terbubar.Agung akan mencemar duli mentadbir negara dengan sendiri dibantu oleh Chief Justice, Secretary General, AG, Menteri Keewangan yang bukan dari ahli politik, Ketua Turus Angkatan Tentera, Ketua Polis dan Mufti-Mufti serta raja-raja dan gabenur. Pejabat-pejabat menteri termasuk PM, kecuali menteri keewangan yang dilantik dari bukan ahli politik, mestilah dikosongkan.

-Kementerian yang telah dikosongkan itu mestilah di odit dengan segera dan laporannya dihebahkan kepada umum sebelum perbahasan umum dilakukan.

- beri kuasa kepada jemaah raja-raja untuk membuat decree membatalkan mana-mana kawasan pengundian yang terdapat penipuan pengundian disitu dengan  nasihat dari Ketua Hakim negara.

- Semua parti politik diberi airtime yang sama banyak untuk berkempen disemua media dan mestilah berbayar.

- perbahasan umum antara ketua gagasan parti bertanding di TV

2.  Sistem/proses pengundian mestilah bebas dari penipuan

- memberi pendidikan tentang hak-hak rakyat dan perlembagaan dalam sistem demokrasi sejak disekolah rendah lagi. Ini mestilah dibawah tanggungjawab SPR dan bukannya kerajaan. Ini kerana perkara sebegini tidak menjadi agenda parti yang berkuasa.


3. Pendaftaran pemilih mestilah bebas dari anasir luar yang tidak berakar umbi ditanah air kita yang tercinta ini.

-  Jadikan roll pengundi boleh dicabar oleh mana-mana pengundi lain pada setiap masa.

4.  Badan pengelola pilihanraya (SPR) mestilah bebas dari sebarang tekanan mana-mana kuasa. Pengerusi SPR adalah mewakili Yg Dipertuan Agung sahaja.



(Terdapat banyak lagi perkara sebegini dipost yg terdahulu.:

http://negarakujua.blogspot.com/2011/01/demokrasi-tu-apa-dia-pak-tanya-anak.html)

Thursday, October 13, 2011

Hukuman Mati (Capital Punishment) Wajar Diteruskan ?

Hukuman mati keatas yang sabit membunuh wajar diteruskan.

Hukuman mati keatas pesalah mengedar dadah pula harus diubah kepada hukuman  potong tangan kiri (atau tangan kanan kepada yang kidal) pada kesalahan pertama. Ini bagi memberi peluang kepada pesalah insaf dan bertaubat. Bagi kesalahan kedua potong sebelah lagi tangan. Ini juga bagi memberi peluang kedua untuk pesalah bertaubat dan pulang kepangkuan masyarakat. Bagi kesalahan ketiga potong kaki kiri.
 
Setelah berulang kali diberi peluang, maka pada  kesalahan keempat barulah digantung sampai mati. Ini kerana sudah confirm pesalah ini tidak sesuai berada dimuka bumi lagi.

Kenapa potong tangan ?

Terdapat dua sebab penting kenapa potong tangan adalah sesuai. Satu, ia dapat menjana kengerian didalam bakal pesalah. Keduanya, ia menjadi tanda peringatan kepada pesalah supaya berhenti dari kegiatan jenayah mereka.

Kenapa Potong Tangan Kiri (atau tangan kanan kepada sikidal) ?

Tanpa tangan "lemah" ini, pesalah masih boleh menjalani hidup seharian dengan baik. Masih boleh bekerja, makan dan minum. Disamping masih boleh bekerja, ketiadaan sebelah tangan ini boleh memperingatkannya bahawa melakukan jinayah lagi akan memberinya kesusahan yang jauh lebih teruk berbanding yang sedia ada. .

Tuesday, October 11, 2011

Lautan BIru (Blue Ocean) - Untuk Malaysia

Apabila terdapat sesuatu yang baru yang belum dilakukan orang dengan jayanya, strategi itu dinamakan Lautan Biru atau Blue Ocean strategi. Kalau orang sudah buat sebelumnya, itu dinamakan Red/Brown Ocean atau Lautan Merah. Ia adalah suatu nama yang diberi sahaja. Air Asia pernah dikategorikan sebagai Blue Ocean.

Perkongsiain usaha antara polis dan tentera boleh dikategorikan sebagai BlueOcean.Cuma sejauh mana ia berkesan dan berapa lama ia akan bertahan adalah suatu yang kita ingin lihat. Ini kerana perkahwinan ini adalah suatu perkahwinan dua dunia yang berbeza. Satu dari dunia pertahanan awam dan satu  lagi pertahanan negara dari anasir luaran.

Saya lebih suka lihat pihak tentera diletakkan didalam industri terpilih seperti industri binaan, pertanian, makanan, masakan dan seumpamanya. Disamping memberi pendapatan tambahan keada mereka ianya juga dapat memberi idea untuk hidup selepas berkhidmat nanti.

Thursday, September 29, 2011

UMUR PERSARAAN : 55 ? 58 ? 60?

Negara kita masih membangun. Peluang kerja  masih terhad. Golongan muda yang memasuki bidang kerjaya bertambah hari demi hari dengan pertambahan IPTA/IPTS dan berbagai kolej lagi. Generasi baru memerlukan kerja dan kerjaya serta bimbingan dari orang-orang yang berpengalaman. Itulah senario bidang kerjaya dinegara kita ini.

Sekira pihak senior berdegil tidak mahu meninggalkan kerusi mereka selepas berumur 56 tahun bererti mereka ingin menyekat pergerakan genarasi muda dari maju didalam kerjaya mereka. Ini boleh membuatkan pekerja berbakat yang tidak sabar meninggalkan kerjaya mereka walau telah mendapat latihan yang banyak. Ia juga bermakna, generasi senior sudah lupa bahawa mereka boleh maju didalam organisasi kerana sistem terdahulu telah memberi laluan kepada mereka apabila bos-bos mereka mengosongkan kerusi pada umur 56 !!!!

Pada saya had umur persaraan wajar dikekakalkan pada 56.  Dan untuk mengambil guna pengalaman seniors mereka boleh ditawarkan kontrak satu atau dua tahun sebagai penasihat (mentor/coach) untuk generasi baru. Itu pun kepada yang layak sahaja.Dengan cara ini kita dapat mengekalkan yang terbaik dari seniors dan menyuntik semangat untuk menjadi terbaik bagi generasi muda juga.

Untuk makluman, prosidur ini bukan baru. Syarikat gergasi kita (petronas) juga telah mengurangkan  umur persaraan dari 60 kepada 55 bagi membuka peluang kakitangannya untuk maju dalam kerjaya serta membuka peluang kepada lepasan university memasuki syarikat itu. Pesara terpilihnya diberi peluang meneruskan khidmat melalui kontrak.

Tuesday, September 27, 2011

HUDUD DIMALAYSIA - BOLEHKAH DILAKUKAN?

HUDUD adalah hukuman yang bertujuan menghalang perbuatan jenayah manusia keatas satu manusia lain. Itulah apa yang saya difahamkan. Dikacamata orang-orang yang ingin hidup bersih dan benar (sanctified) sudah pasti undang-undang sebeginilah yang dimimpikan. Ini kerana kemampuan undang-undang ini memupuk keamanan dan kesejahteraan kepada negara ini.

Dikacamata orang yang suka membuat kacau, lain pula pandangannya. Apabila memikirkan tangan-tangan akan kudung, kepala-kepala akan putus dipancung sudah pasti mereka ini tidak gemar untuk mengujudkan hukuman hudud ini.

Senario sebegini terlalu asing disini walupun beberapa negara Islam timur tengah telah sekian lama mempraktikkannya. Ditambah pula kemakjemukan bangsa, budaya dan fahaman ianya bertambahlah asingnya. Jadi bagaimana hendak lakukan hukum ini di malaysia?

Caranya:

1. Mengadakan sistem undang-undang hudud sebagai alternatif  kepada undang-undang imperial yang sedia ada. Undang-undang ini akan mengalir selari dengan undang-undang imperial yang sedia ada.

2. Buat permulaan kesalahan (katakan dua kali pertama) tertuduh boleh memilih untuk dibicarakan didalam sistem mana antara dua. 

3. Bagi kesalahan ketiga dan seterusnya, pilihan bertukar tangan kepada pihak yang teraniaya. Pihak teraniaya boleh menentukan sistem perundangan manakah yang wajar diguna-pakai.

Dengan cara ini kita akan memenuhi keperluan semua. Untuk makluman, perkara sebegini bukanlh perkara baru. English Law pernah mengadakan dua sistam perundangan, yakni common laws dan law of equity.

Friday, September 23, 2011

Mengatasi Inflasi Dengan Naik Gaji ???

Apabila lambakan wang lebih banyak dari keujudan barangan maka jadilah inflasi. Itulah teori ekonomi yang dipelajari di university. Jadi, untuk mengawal inflasi barangan hendaklah diperbanyakkan atau pun lambakan wang dikurangkan. Pihak kerajaan biasanya mengawal lambakan wang dengan mengekang kecairan melalui menaikkan kadar faedah atau pun menjual bond.

Mengikut teori diatas menaikkan gaji bererti melambakkan wang kepasaran. Seterusnya akan memburukkan lagi keadaan inflasi !! Ianya akan meletakkan orang-orang kampung yang tidak makan gaji dalam keadaan yang lebih parah.

Jadi apa ikhtiar kita ? Banyakkan barangan. Kerajaan boleh membantu dengan memberi incentive kepada pengusaha untuk membanyakkan barangan keperluan. Incentive kepada pengusaha yang berjaya mengurangkan kos  pengeluaran harus diberi. Pengcekapan proses boleh dilakukan melalui konsep Total Quality Management (re: Deming), Blue Ocean dan sebagainya.

Perkara kedua boleh dilakukan ialah dengan memberi pelajaran kepada rakyat terutama Gen Y tentang pembaziran dan kesanya kepada seluruh dunia kini dan akan datang. Pembaziran berlaku apabila perkara bukan keperluan dibelanjakan seolah ianya hal hidup dan mati.

Wednesday, September 21, 2011

I.S.A ATAU SEUMPAMANYA MASIH RELEVEN Di 2020

Di negara majmuk bukan sahaja dari segi bangsa, kebudayaan dan etnik tetapi juga dari kefanatikan ugama sudah tentu terdapat potensi ketegangan antara kaum pada setiap masa disepanjang zaman hingga selepas 2020 !!  Semaju USA sekalipun ketegangan kaum disana secara diam-diam masih wujud. Ini adalah suatu realiti yang terbit dari "perbezaan".  Dimana terdapat perbezaan disitulah ruang terbuka untuk syaitan menyucuk jarumnya!!

Sekira dimansuhkan, ISA tidak akan dapat dipulihkan lagi walaupun kita amat memerlukannya dimasa depan. We only have one chance only. Lihatlah akan kuasa raja yang terpangkas  pada awal 90 han. Cubaan untuk memulihkan kembali kuasa sekecil perlantikan Setiausaha Negeri pun tidak dapat dilakukan. Didalam climate politk negara ini terdapat isu-isu hak yang sekira dilepaskan tidak akan dapat dikembalikan lagi walaupun keperluan mendesak dimasa depan. Saya panggil fenomena  ini "One-way-street ". Sekali hapus tidak akan dapat dipulihkan kembali!!

Walaupun ia wajar dikekalkan ISA mesti dikawal dari disalahguna oleh pihak tertentu. ISA, sewajarnya satu-satu hakmilik negara yang tidak didelegatekan kepada kerajaan semasa. Ini bermakna kuasa melaksanakan tindakan ISA hanya terletak ditangan raja-raja itu sendiri. Hanya majlis raja-raja dapat mengarahkan sesuatu tindakan ISA itu dan bukan menterinya.

Difahamkan negara maju seperti Uk juga masih menyimpan undang-undang ISA walaupun jarang mereka gunakan.

Kewargenegaraan Dan Malaysia Maju 2020

Penerimaan warga asing sebagai warganegara kita mestilah untuk membawa keuntungan kepada negara dan bukan kebaikan kepada sesuatu parti politik.Tujuan untuk meramaikan pengundi bukanlah tujuan yang baik. Kriteria asas seperti kecintaan tidak berbelah-bagi kepada negara ini mestilah ditentukan terlebih dulu. Kriteria lain seperti bukan penjenayah, genetik yang baik, tidak berpenyakit keturunan, berwang,  tidak berpenyakit mental, rajin berusaha, mempunyai bakat positif dan kemahiran tinggi yang diperlukan dan sebagainya.

UPSR - Masih Perlukah Diadakan ?

Pertama kali isu UPSR hendak dimansuhkan lebih setahun lalu saya menentang syor tersebut kerana berpendapat dengan adanya peperiksaan besar seperti UPSR ini akan mendorong pelajar untuk belajar termasuk pegi tuisyen. Namun kini saya lebih cenderung untuk memansuhkannya. Ini kerana dua faktor berikut :

Peperiksaan UPSR Membuatkan Pelajar Belajar Untuk Peperiksaan Semata

Pelajaran adalah suatu proses berterusan dan bukannya ketika menghadapi peperiksaaan sahaja. Proses pembelajaran  "Belajar-Uji Pencapaian-Pembetulan" adalah suatu yang wajar. Proses ini wajar dilakukan setiap bulan demi mengetahui kelemahan pelajar bagi membolehkan pemantapan pemahaman pelajar dibuat. Peperiksaan setiap bulan menyumbang 60%  kepada peperiksaan akhir semester. Gred bagi setiap matapelajaran pula sewajarnya diletakkan didalam bentuk CGPA.  Dengan cara ini kita tidak perlukan UPSR kerana penilaian pelajar dapat dilihat daripada CGPA termasuk untuk kelayakan untuk kemasukan kesekolah berasrama penuh.

UPSR (Ujian Penilaian Sekolah....) Membawa Konotasi Ianya Bukan Menilai Pelajar Tetapi Menilai Sekolah??

Selama ini kita hanya berfikir UPSR itu untuk hanya untuk menilai pencapaian pelajar. Tetapi apabila dilihat kepada makna UPSR kita akan dapati ianya lebih kepada penilain pencapaian sekolah berpaksikan pelajar sebagai alat ukuran. Jadi tak heranlah sekira ada guru sanggup mengurung pelajar yang "tidak sampai tahap" supaya tidak "mengacau"  purata pencapaian sekolah masing-masing terutama bila KPI guru besar adalah pencapaian didalam peperiksaan besar!!.

Wednesday, September 7, 2011

OPs Sikap Bukan Penyelesai Masaalah Jalanraya

Ops Sikap kini mahupun yang terdahulu bukanlah penyelesai masaalah jalaraya. Ini kerana "penyakit" jalanraya kita ini telah berakar-umbi terlalu dalam untuk diselesaikan secara symptomatik. Ops sikap, walau pada namanya cuba keakar-umbi tapi pada hakikatnya hanyalah cuba menghapuskan simptom sahaja. Ia seolah-olah menampal koyot apabila sakit kepala. Sakit kepala mungkin hilang tetapi penyebab sebenar sakit kepala itu masih tetap berlegaran. Jadi, pihak polis tidak wajar dipersalahkan sekira banyak terdapat kemalangan dan kematian dijalanraya selagi punca sebenar kemalangan tidak dihapuskan oleh pihak yang lebih pakar dalam hal ini.

Jadi apakah punca sebenar penyakit ini? Dan siapakah yang pakar dalam hal ini? Sudah tentu bukan polis. MIROS? Saya pernah menulis kepada Ketua Pengarah MIROS (Dr. Raden..) dan beliau sendiri menjawab dengan panjang lebar surat saya itu. Saya kira MIROS boleh melakukan diagnosa terperinci. Tetapi the "cure" harus datang dari pihak yang pakar dalam pembasmian penyakit secara menyeluruh. Saya kira hal ini adalah didalam bidang-kuasa JPJ dan  Kementerian Pengangkutan.

Sebagai "layperson" saya catatkan beberapa punca penyakit jalanraya kita ini mengikut kategori Ishikawa:

A. Faktor Manusia

Saya jangka 80% adalah dari kelemahan manusia termasuk sikapnya.  Maka tidak heranlah kenapa polis cuba menyelesaikan masaalah ini dari sudut sikap!  Tapi malangnya Ops polis itu hanya berdaya  menggilap permukaan masaalah sahaja. Penyelesaian menyeluruh bukan terletak dibahu polis. Inilah beberapa punca :

1. Sikap biar cepat kot-kot selamat tak kena saman(Reckless thinking).
2. Kecacatan fizikal seperti jarak pandangan dan rabun warna mata dan kecacatan anggota kakitangan.
3. Kewarasan fikiran termasuk mengantuk dan mabuk
4. Lemah kefahaman Ilmu pergerakan (motion) yakni ilmu fizik.
5. Kelemahan ilmu ruang dan pepejal dimana pepejal tidak dapat duduk diruang yang sama.  Satu pepejal yang cuba mengambil ruang pepejal yang satu lagi pasti merosakkan satu sama lain.
6. Alerting others of impending danger (bends and pockholes, sleet, oily road surface)
7. Hogging on 2-way roads (especially by heavy slow vehicles)
8. foreigners' habits from 3rd world mentallity



B. Faktor Mesen

1. Bahagian penting kenderaan seperti lampu, brek, cermin hadapan, cermin belakang, lampu brek, signal
2. Bunga tayar, Keledar.

C.Faktor Method (sistem) 

1. Undang-undang jalanraya -
2. Defensive driving Vs Berhemah training after P and before Full License
3. Courtesy Vs Right of way
4. Valid licence - mandatory revocation on 3 accidents and traffic offences. Retake tests as new driver
5. Foreigners' behaviours
6. Sharing the road- slow vehicles to stop and let other vehicles pass them
7. Psikologi pemandu vis-a-vis  halangan bertempo atau kekal
8. taxi driving behaviour

D. Faktor Persekitaran
1. Keadaan fizikal jalaraya.-reverse banking, sharp bend
2. Cuaca
3. Community mindset - sanctity, safety minded, live-and let live, respect rights of others
4. Element of fear - people control-people (reward people who reports)
5. Leisure driving - promote cruising over racing


(Provisional - Akan disempurnakan kemudian)....

Thursday, August 11, 2011

NEGARA MEMERLUKAN PEMIMPIN YANG MAMPU MENYATU RAKYAT

Negara yang baik mempunyai keseragaman rentak minda dalam menuju kesatu arah atau matlamat walaupun berbeza fahaman politik, ugama atau bangsa.

Pada 10 tahun pertama pentadbiran Dr Mahathir keadaan penyatuan minda ini ada berlaku. Pihak pembangkang ketika itu, walaupun mengeluarkan pandangan alternatif tapi masih menjurus kepada matlamat yang sama dengan pemerintah. Malangnya keadaan penyatuan ini ranap pada sepuluh tahun kedua. Keadaan ini termusnah apabila perpecahan secara permusuhan terjadi dek sebab tidak menghormati sistem "Convention" yang diujudkan oleh pemimpin terdahulu; yakni meletak jawatan secara sukarela apabila dicabar dengan jelas oleh ahli parti yang berpengaruh.

Perpecahan minda rakyat kini seakan 50:50. Dalam keadaan ini, apa-apa sahaja yang cuba dilakukan oleh seorang pemimpin itu tidak akan diterima oleh sebahagian lagi rakyat. Ini akan melemahkan pelaksanaannya atau menggagalkannya samasekali. Kegagalan bererti pembaziran wangrakyat.

Tiada pemimpin yang ada dipersada negara kini, baik dari pihak pemerintah mahupun dari pembangkang, yang mampu menyatukan seluruh rakyat sekurang-kurangnya dari segi minda.Kalau pihak pembangkang  sekarang jadi pemerintah, kumpulan lain itu tidak akan bersatu minda dengannya. Jadi siapakah yang boleh jadi penyatu minda rakyat kita ini?

Secara logik orang itu ialah seorang yang didalam parti pemerintah tetapi berjiwa pembangkang. Orang sebegini akan disenangi pembangkang; pembangkang-friendly. Maka carilah orang sebegini untuk mentadbir negara kita ini dimasa depan.

Thursday, August 4, 2011

Dasar Pelajaran Negara Generasi 2020 - Jatidiri

Kini rata-rata majikan merungut kerana pekerja generasi ini tiada jati-diri :  Marah sikit nak berhenti kerja. Kurang bertanggungjawab. Kurang disiplin. Malas belajar. Malas bekerja. Tetapi mahukan gaji yang tinggi. Ini terjadi akibat memanjakan diri secara keterlaluan. Keadaan ini kalau tidak dibendung akan merosakkan negara pada 2020.

Suatu dasar pelajaran negara menjurus kepada pembentukan jatidiri untuk semua adalah perlu. Ini termasuk membenarkan "ragging terkawal" disekolah, mengadakan kem-kem dipenjara dan dikem tentera bagi pelajar nakal dan tidak berdisiplin.Juga adakan latihan kepimpinan secara berterusan disekolah melalui pembelajaran, guidance, mentoring dan latihan.

Ibubapa juga harus dididik dengan ilmu kepimpinan jika perlu.

Wednesday, July 20, 2011

Kenderaan Mewah Berumur Wajar Dikategorikan Sebagai Bukan-mewah

Kenderaan mewah seperti dari jenama Mercedes, BMW, Audi, Rolls-Royce dan sebagainya, apabila sudah berumur lebih 10 tahun dan berharga lebih murah dari jenama Proton wajar dikelaskan semula sebagai kenderaan bukan-mewah. Bayaran cukai jalannya harus tidak lagi bergantung kepada kekuatan kuasa-kuda atau CC. Ini adalah kerana :

1. Dalam keadaan itu ianya bukan lagi kereta mewah. Proton lagi mewah.
2. Kuasa-kudanya tidak lagi sekuat zaman mudanya.
3. Penggunaan kenderaan lama bererti penjimatan sumber asli dunia yang semakin pupus ini unutk generasi hadapan.
4. Kenderaan sebegini juga direkacipta dengan ciri keselamatan penumpang yang tinggi. Kecederaan dari kemalangan adalah minima.Kos perubatan juga minima.
5. Kebanyakannya digunakan oleh pesara yang berpendapatan rendah.

Jadi, adalah bijaksana dan adil untuk mengkelaskan kenderaaan sebegini sebagai kendearaan bukan-mewah.

Friday, July 1, 2011

Demonstrasi, Demokrasi, Leadership Dan Nation Building

Diambang kemerdekaan tahun 1957,  beratus-ratus perhimpunan demonstrasi yang dikenali sebagai Rapat Umum telah diadakan oleh rakyat Malaya bagi menyatakan ketidakpuasan-hati rakyat keatas pentadbiran British disini. Perhimpunan dan perarakan berlaku disetiap bandar. British yang mengamalkan prinsip demokrasi tidak menghalang demonstrasi tersebut. Sebaliknya mereka mengambilnya sebagai "feedback" penting akan perihal pentadbiran mereka sendiri. Dalam kes ini, mereka membuat keputusan melepaskan Malaya untuk ditadbirkan rakyat Malaya sendiri.

Demonstrasi bukanlah perkara baru dinegara kita ini. Malah demonstrasilah yang mengujudkan Malaysia! Dinegara maju demonstrasi berlaku setiap hari. Mereka melakukannya secara aman dengan sepanduk ditangan dan berkumpul ditempat-tempat awam.. Tujuan mereka ialah memberi "feedback" kepada pentadbiran sesuatu  institusi tentang dasar dan tindak-tanduk mereka yang dilihat sebagai "tidak kena" (anomali).

Pentadbir yang bertanggung-jawab pula akan mengalu-ngalukan segala "feedback" yang diberi orang untuknya kerana, melalui "feedback"lah pihak pentadbir (Leaders) akan dapat memperbaiki pentadbiran mereka. Pepatah "kalau tiada angin masakan pokok bergoyang" wajar dipakai disini. Demonstrasi adalah sebagai angin yang menggoyangkan pokok bagi menyerlahkan monyet-monyet yang secara senyap meratah hasil tanaman!!

Demonstrasi yang bertujuan selain dari ini tidak harus dilakukan terutama sekira melibatkan negara luar yang mempunyai agenda mereka sendiri. Biasanya agenda mereka ialah mengaut keuntungan apabila porak-peranda berlaku atau boneka mereka pula memerintah.

Jadi sebagai minda kelas pertama, objektif demonstrasi mestilah untuk "membaiki keadaan" dan bukannya meruntuh suatu sistem yang telah setabil. (lihat posting saya yang terdahulu tentang "meddling - tikus membaiki labu"

Thursday, June 9, 2011

The Government SHOULD NOT Give out Scholarship Anymore

It is time for the government to stop giving out scholarship to any high institutional students. Instead,  give out low interest study loans. The hardcore poor is included. The reason is simple :

1. Upon graduation students, be it from rich or poor will work and have income. Payback is based on salary deductions.Therefore why the poor don't have to payback when their salaries can be as high as the rich?

2. The money paid back will go into education fund and recycled.

3. By doing so more students could be supported to get higher education required by the country.

4. No more fighting for scholarship.

As consolation, employers may raise salaries voluntarily (or statutorily compelled to raise salaries) by the amount equivalent to the monthly repayment of the loans.

Saturday, June 4, 2011

Tanah TOL - Temporary On Lease (Licence?) - Harus DiHad Maksima 3 Tahun Pajakan Sahaja

Tanah TOL ialah tanah pajakan tahunan yakni sewaan untuk kegunaan setahun demi setahun. Penggunaannya terhad kepada tanaman tumbuhan sementara bukan pokok tahun seperti durian dan sebagainya.

Apa yang kita lihat sekarang penyewa menggunakan tanah TOL sebagaimana tanah yang berhakmilik kekal. Mereka tanam durian, manggis dan sebagainya. Ada yang membina bangunan rumah diatasnya seolah tanah itu hakmilik mutlak mereka!

Demi membawa balik sanctity kepada negara ini  saya syorkan pajakan TOL dihadkan kepada 3 tahun sahaja bagi setiap penyewa keatas setiap lot. Mereka hanya dapat meyewa balik lot ini selepas tempoh 3 tahun rehat sekira tanah tersebut masih tidak disewa orang.  Dengan memecahkan pendudukan tanah TOL dari diduduki secara berterusan, mereka akan sedar bahawa tanah TOL bukan hakmilik mutlak mereka.

Friday, May 13, 2011

Kawal Warga Asing Dari Membuat Onar Disini

Suatu dasar asas berkenaan pendatang asing sewajaranya ialah; mereka adalah tetamu dinegeri ini. Sebagai tetamu mereka tidak boleh :


1. tinggal lama dinegeri ini
2. membebani tuan-rumah
3. mengambil hak tuan-rumah
4. berjalan melebihi tuan-rumah
5. tidak menghormati tuan-rumah
6. membuat onar/jenayah keatas rakyat yang rata-rata lemah, jahil-hak ini

Sebaliknya mereka harus sentiasa takut ditendang keluar serta merta (persona-non-grata) dek kerana perlakuan mereka keatas rakyat tempatan atau negeri.

Pesalah dari kalangan pendatang ini haruslah secara otomatik dikategorikan persona-non-grata dan seterusnya dihukum sebat keatas kesalahan jenayah (terutama yang sedia diketahui sejagat), sebelum menerima hukuman kebiasaan bagi kesalahan itu. Sebatan boleh digunakan sebagai pengganti penjaraan.

Selepas sebatan mereka haruslah ditagkan secara digital dan dinyahkan dari negeri ini untuk tempoh sama dengan hukuman penjara maksima bagi kesalahan mereka.

Thursday, April 28, 2011

Menggunakan Sumpah Laknat Bagi Menentukan Kebenaran ?

Dari segi mantiq Sumpah Laknat tidak termasuk dalam proses menentukan sesuatu itu benar atau bathil. Sebabnya senang sahaja. Apabila seorang bersumpah, tetapi berbohong, apakah terus orang itu dilaknat sehingga kita nampak kelaknatan Allah keatas orang itu? Itupun kalau orang itu percaya akan adanya laknatan itu. Sebaliknya, sekira tidak percaya, pasti orang itu akan sentiasa melepaskan diri melalui jalan ini.

Perkara kedua. Oleh kerana Sumpah Laknat ini suatu yang "sacred" ajakan bersumpah laknat ini mestilah berasaskan takwa. Dan orang yang mengajak seseorang  untuk bersumpah laknat itu pula mestilah dari orang-orang yang bukan fasik yakni suci dari dosa dan cukup bertakwa. Mungkin pernah kita dengar ungkapan  "let the one who has no sin cast the first stone"

Sekira sesuatu itu dijalankan bukan diatas dasar takwa tetapi nafsu serakah, apa-apa kebaikan yang diharapkan tidak akan tercapai malah akan merosakkan pula.

Tuesday, April 26, 2011

Defensive Driving Dulu, Bukannya Berhemah Dulu!!!!!

Di negera barat seperti USA, mereka mengamalkan pemanduan defensif  ("defensive driving") sejak tahun '70han lagi. Saya sendiri memperolehi lesen memandu pertama saya dibawah sistem pemanduan defensif ini.

Konsep "pemanduan defensif" ini amat jelas dan senang sekali difahami. Ungkapannya tidak "vague" dan senang digambarkan maknanya. Setiap pengguna jalanraya atau pemandu mestilah menjaga keselamatan diri sendiri dan bukan mengharapkan orang lain menjaga keselamatan masing-masing; keselamatan kenderaan serta keselamatan dari didenda.......itulah konsepnya.

Bunyinya seakan selfish, tetapi sekira dilihat dari pandangan besar, apabila setiap orang menjaga diri sendiri maka mereka akan lebih berhati-hati supaya tidak terlibat dalam kemalangan atau disaman.!!!

Pemandu motosikal, terutamanya, sekira memahami konsep "pemanduan defensif", akan lebih menjaga kedudukan motosikalnya supaya berjarakan dari kenderaaan lain yang lebih besar. Menjaga kelajuannya supaya tidak tersungkur bila memberek.  Menjaga kepalanya supaya tidak kemek apabila terhantuk. Menjaga kelengkapan cahaya lampunya supaya pemandu lain nampak kedudukannya dengan jelas dan tidak menghampirinya.

Pada asasnya, konsep pemanduan defensif adalah "menjaga diri". ia tidak "ambigous" macam 'pemanduan berhemah". Mungkinkah pemanduan berhemah telah diambil sebagai pemanduan cerdik, bijaksana seperti sang kancil? Lantas pemandu cuba menipu sana-sini dengan potong queu, lalu dilorong kecemasan, melaju apabila tidak ada polis dan mencelah-celah selagi boleh??

Friday, April 8, 2011

Mungkinkah Lesen Guru Sekolah Perlu Untuk Kualiti Education?

Disamping sekolah kerajaan, dinegara kita ini terdapat banyak sekolah swasta atau separa swasta. Guru disekolah kerajaan biasanya mendapat ilmu pendidikan dan latihan sewajarnya sebelum ditauliahkan mengajar.

Tapi adakah guru sekolah swasta, termasuk guru sekolah ugama, mempunyai pengetahuan dan latihan mendidik sewajarnya? Adakah mereka mendapat ilmu psikologi kanak-kanak? Bagaimana dengan ilmu pedagogi?

Bagi menghadapi 2020, kemahiran semua guru untuk mendidik mestilah berada ditahap yang tinggi.Untuk itu, suatu bentuk saringan mestilah dilakukan keatas profession perguruan. Dinegara maju mereka mewajibkan lesen mengajar. Perkara yang baik ini wajar kita contohi.

Saturday, April 2, 2011

Easement Right And The Gated Taman Roads

Portion of land belonging to another if  used by others for sometime will give the others certain rights over the land. This right is called Easement Right. The scope is bigger than this. But for now, I am bringing attention to the  issue pertaining to certain quarters setting-up gates on public roads that were used by people freely for over 30 years. This gated road thing seems to be more rampant these days. And this is not a healthy development. In the situation where the government claims the crime index has dropped crime should be less of a concern.

Are they not breaching any fundamental rights by limiting access to public roads ?

Friday, April 1, 2011

End-To-End Process

Tidak jauh kehadapan kita akan banyak mendengar ungkapan glamour "End-To-End" (E2E) process. Kaedah E2E ini melihat sesuatu proses itu secara total. Bermula dengan "kemahuan Pelanggan" dan berakhir dengan  "memberi apa yang pelanggan mahu". "Kemahuan Pelanggan" itu bersamaan dengan KPI untuk sesuatu proses itu. Dengan kata lain, proses E2E ini senantiasa meletakkan pelanggan terkehadapan. Ini dalam bahasa Inggeris, "puts customer in mind all the way".

Kaedah E2E ini dipelopori oleh Hammer And Co dari Boston, USA. Mereka mencipta proses lurus (linear) dengan membuang  kotak-katik  jabatan  (atau discrete castles) yang biasanya mengganggu kelancaran sesuatu proses. Mereka melakukan ini dengan mengasingkan proses dari penjawat. Melalui kaedah ini sesuatu proses akan menjana produk dengan lebih efficient.

Saya sendiri mendapat latihan dalam E2E proses ini di Boston dan Miami dua tahun lepas dan pemegang Process Mastery certificate dari Hammer & Co.

Fokus On The Issues, Not On The Mess

Rakyat kita, rata-rata masih gemar bertengkar tanpa memahami isu sebenar. Ini mungkin terbit dari sistem pembelajaran kita yang tidak menjurus kepada pemahiran "proper argument technique".

Permulaan sesuatu argument ialah mengenal-pasti isu-isu yang berkenaan yang terdapat didalam sesuatu event atau keadaan. Isu undang-undang, isu moral, isu ugama, isu ekonomi dan sebagainya boleh terdapat didalam satu event.

Kemudian cari antaranya " issues that matter to us". Isu yang tidak ada significance hendaklah diasingkan. Sekira undang-undanglah isunya, maka jangan membawa isu moral kedalam argument kita. Ini kerana moral, walaupun mempunyai kaitan dengan undang-undang, tetapi ianya di "address" kan didalam "court" yang berbeda.

Mencampur-adukkan isu akan menyulitkan pencarian penyelesaian. Melainkan disengajakan, supaya ianya menjadi suatu polemik, isu-isu seharusnya di asing-asingkan dan diselesaikan.

Thursday, March 31, 2011

Baik Buruk Penggunaan Kayu Ukur KPI - Key Performance Index

"When things get measured they will get done". Inilah satu prinsip pengurusan yang diguna-pakai kini.

KPI atau nama penuhnya Key Performance Index ialah ukuran pencapaian sesuatu usaha atau kerja. Ianya dicatat dan dipersetujui sebelum bermulanya sesuatu usaha itu lagi.

KPI sewajarnya di tetapkan oleh "pelanggan". Dalam hal ini pelanggan sesebuah syarikat ialah Pemegang Saham. Maka pemegang sahamlah seharusnya menentukan apa yang mereka kehendaki dan bukannya pihak pengurusan.

Katakan Pemegang Saham mahukan keuntungan 35% atau RM 2 billion pada tahun ini. Maka itulah KPI untuk syarikat tersebut. Bermula dari itu, KPI tersebut akan dipecah-pecahkan dan dibahagi-bahagikan mengikut tanggung-jawab kumpulan masing-masing. Seterusnya di "cascade" kan lagi kepada  unit-unit perniagaan bagi syarikat itu.

Kesan diharapkan dari penggunaan kayu-ukur KPI ini ialah memudahkan untuk melihat siapa yang berusaha dan siapa yang tidak. Sekira gagal mencapainya, pihak pengurusan atau Board Of Directors mestilah "admit defeat and face the consequences".

Disektor pentadbiran negara pula, KPI utama mestilah ditentukan oleh "pelanggan kerajaan" iaitu, The Rakyat. Rakyat mungkin mahu meletakkan perkembangan ekonomi 8% sebagai KPI utama.. Sekira itulah KPInya, maka pihak berwajib harus mencapainya atau "admit defeat".

Yang buruknya tentang penggunaan KPI ini ialah kaedah pengiraan pencapaian yangmana ianya terdapat ruang manipulasi yang luas. Misalnya, pihak pengurusan mungkin menggunakan "creative accounting" untuk menunjukkan keuntungan 35%. .............................dan begitulah seterusnya.

Tuesday, March 29, 2011

Prinsip Keadilan : Better To Let 10 Guilty People Go Free Than Jailing An Innocent One

Undang-undang, sedaya-upaya cuba menjalankan keadilan sehingga ia sanggup melepaskan 10 orang yang bersalah daripada memenjarakan seorang yang tidak bersalah. Begitulah sewajarnya keadilan berfungsi apabila ia bebas menjalankan tanggung-jawabnya sebagai mekanisma keadilan..

Tetapi adakah realiti sebenar berlaku sebegitu ??

Monday, March 28, 2011

Prinsip Baling Selut Kedinding......lama kelamaan melekat jua

Selut kalau dibaling kedinding yang licin, pada mulanya ia mungkin menggelongsor dan tidak melekat. Tetapi mengikut ilmu statistik,  sekira kita baling banyak kali, pasti ada yang melekat.

Konsep ini yang juga dikenali dengan nama "number game" banyak digunakan dalam perniagaan telemarketing dan cabutan-bertuah. Apabila ada orang menalipon anda menawarkan sesuatu, mereka itu sedang bermain number game. Mungkin dalam seratus orang dihubungi terdapat 10 orang yang beli. Itu sudah memadai bagi mereka.

Dalam politik pun ada digunakan permainan ini dimana musuh poiltik akan dilemparkan dengan cerita buruk (tak kira betul ka bohong); dilemparkan bertalu-talu tanpa rasa bersalah dengan harapan lama-kelamaan mengena.

Jadi, persiapkanlah diri dengan mengenal permainan "number game" ini demi 2020 supaya tidak menjadi seorang yang  "gullible". Minda 2020 itu minda maju jadi tidak boleh lagi jahil ketika itu.

Sunday, March 27, 2011

"Burden Of Proof" Dalam Hal Jenayah Bukan Dibahu Tertuduh

Didalam prosidur jenayah, Onus Probandi atau beban untuk membuktikan seseorang tertuduh itu bersalah terletak dipihak yang menuduh. Dengan kata lain pihak tertuduh  tidak perlu membuktikan yang ia tidak bersalah.

Pihak menuduh biasanya adalah "State" atau negara. ia perlu membuktikan melampaui keraguan yang munasabah  bahawa yang tertuduhlah yang telah melakukan jenayah sebagaimana tuduhan yang dikemukakan. Apa yang pihak tertuduh perlu lakukan ialah menimbulkan keraguan yang menasabah keatas pertuduhan itu.

Namun kekadang ada keadaan tertentu dimana tertuduh terpaksa membawa sedikit pembuktian. Sebagai contoh, membuktikan bahawa tertuduh berada ditempat lain selain dari tempat berlakunya kejadian jenayah itu. Secara logic apabila terdapat "alibi" sebegini pihak pendakwa sewajarnya menggugurkan pendakwaan keatas tertuduh sebelum dibawa kemuka penghakiman lagi.

Kes kesalahan lalu-lintas juga termasuk dibawah prosidur jenayah.......

Friday, March 25, 2011

Apa Itu "Value Management" - Pengurusan Nilai

Keujudan manusia didunia ini adalah untuk menambah nilai ataupun menambah-baikan padanya. Ini bermakna setiap apa yang dilakukan, baik dibidang swasta atau awam, mestilah melahirkan nilai-tambah (value-added). Perkiraaan nilai-tambah (dalam Ringgit dan Sen) ini mestilah dilakukan sebelum sesuatu transaksi itu bermula lagi.

Contohnya 1. Sebuah syarikat berhasrat untuk melabur dalam industri perumahan. Dalam perhitungan, mereka akan membuat keuntungan bersih 30% daripada modal dalam 5 tahun..  Jadi nilai tambahnya ialah 30% daripada modal pelaburan. Pada asasnya transaksi itu kelihatan sebagai penjana nilai yang baik walaupun apabila dikira ianya hanya 6%. Berbanding kadar interest simpanan tetap 5% setahun pelaburan ini kelihatannya masih melahirkan nilai bersih. Tetapi adakah masih ada nilai-tambah apabila kita mengambil kira susut matawang ?  Peringkat perkiraan sehalus ini pula dinamakan Value-Based Management (VBM).

Konsep yang sama juga dapat gunakan keatas sektor awam.Tetapi ianya payah sedikit kerana berlainan dari bentuk perniagaan yang mana keuntungan terus dapat dianggap sebagai nilai-tambah. Sebaliknya dalam sektor awam nilai-tambah berlaku selepas berlapis-lapis kegunaan. Yakni ianya tidak terus.

Katakan kerajaan berhasrat membina sebuah jambatan berkos 1 juta RM untuk kegunaan penduduk yang rata-ratanya bertani. Dengan adanya jambatan pembeli dapat membeli hasil pertanian dengan cepat dan banyak. Kerosakan hasil diminimumkan.

Input pertanian seperti baja dapat dihantar terus pada kadar yang banyak  tanpa perlu menggunakan sampan. Penjimatan kos berlaku disini. Penjimatan kos juga adalah satu rupabentuk nilai.  Industry dapat bermula diseberang sungai yang bakal membawa pelabur masuk kesitu. Ini akan membuka peluang pekerjaan kepada pendudduk disitu. Nilai tanah juga bertambah. Sekira disewa oleh orang luar maka nilai-tambah ketara adalah besar. Dan seterusnya....

Beginilah sewajarnya cara mentadbir dunia ini sebagaimana seorang "khalifah". Setiap sen dikeluarkan mestilah menjana nilai.

Thursday, March 24, 2011

Bagaimana Cara Menyedut Ahli Parti Lawan Kepada Parti Anda

Setiap dua "extremes" pasti terdapat "potential" diantaranya. Contohnya battery. Dua ekstrim ie positif dan negative membuatkan terdapat perbezaan voltan. Perbezaan ini dinamakan "potential". Dua "ekstrim" yang terasing ini dapat dihubungkan secara lembut dengan kaedah jejambat neutral. Kalau satu wayar disambungkan pengaliran arus akan berlaku. Wayar itu adalah neutral pada asalnya.

Untuk lebih senang kita fahami ambil dua baldi air. Sekira disebelah kiri terdapat sebaldi airbatu dan disebelah kanan sebaldi air mendidih. Untuk mencuri haba dari baldi kanan itu kita boleh hubungkan dua baldi itu dengan jejambat batang besi. Batang besi itu adalah neutral sebelumnya. Tetapi secara diam-diam ia menjadi panas dan memindahkan haba dari baldi kanan kebaldi kiri. 

Teknik pengaliran sebegini juga dapat dilakukan didalam sistem parti politik dari dua extremes. Dengan menggunakan satu parti yang kelihatan neutral, innocent sebagai pengantara, pengikut parti lawan dapat dipindahkan secara halus dan sistematik. Parti pengantara ini adalah "trojan horse".

Apabila Orang Fasik Membawa Berita ........Ajaran dari AlQuraan..

Islam mengajar dengan jelas, khabar berita (ie informasi) dari orang Islam (atau yang mengaku sebagai Muslim) yang melakukan kemungkaran dosa hendaklah diselidiki kesahihan beritanya sebelum kita membuat tuduhan, tohmahan atau penghakiman.( Lihat AlQuraan anda).

Jadi, apabila datang sesuatu berita, selidiki sipembawa berita itu samada mereka ada melakukan apa-apa kemungkaran atau dosa ( besar atau kecil) atau tidak. Sekira mereka itu didapati orang yang bebas dari melakukan kemungkaran terimalah berita itu. Sebaliknya, sekira didapati pembawa berita itu ada melakukan kemungkaran maka gantunglah berita itu sehingga sumber asal telah diselidiki.

Kegagalan dalam mengikut kaedah ini akan menjadikan umat Islam itu rugi dikotak-katik oleh syaitan yang kebanyakannya berupa manusia juga.

Monday, March 21, 2011

Don't Compromise On The Fundamentals - Jangan Berkompromi Akan Hal Asas

The " fundamentals" ialah perkara asas dimana berlapis-lapis perkara lain bergantung kepadanya. Contohnya, nombor plet kenderaan. Keadilan bergantung kepadanya. Apabila seseorang pemandu membuat sesuatu kesalahan jalanraya seperti langgar-lari pengenalan pertama ialah nombor plet kenderaannya. Sekira nombornya tidak jelas kelihatan, atau pun hilang sebahagian ataupun tidak betul maka keadilan keatas yang dilanggarinya itu mungkin tidak akan diperolehi. Oleh itu pihak penguasa sewajarnya berkeras (firm) dalam memastikan setiap kenderaan mematuhi undang-undang berkenaan nombor plet ini.

2. Lesen memandu mengiktiraf tahap kemahiran memandu seseorang itu juga adalah suatu perkara asas. Keselamatan pengguna jalanraya yang lain bergantung kepada kemahiran ini. Maka sewajarnya pihak berkuasa tidak menutup sebelah mata dalam perkara seperti ini.

Banyak lagi contoh yang akan saya bawa dari masa-kesemasa.

Thursday, March 17, 2011

Work Smart Not Hard - A Mistaken Concept By Malaysian ?

The original saying is "Work Smarter.  Not Harder".  But when it landed in Malaysia it transformed into a lesser version of it " Work Smart . Not Hard" .

At first glance both seem to carry similar meanings to the Malaysian eyes. But in actual fact the meanings are of vast differences. The original saying connotes we must work hard. On the other hand, the deformed version adopted by many Malaysians, connotes.  we don't have to work hard at all. Suffice that we work smart. This in turn means we cheatingly do our work!!

Such distortion happens, perhaps because the eastern languages don't have comparative and superlative mechanism in their languages.They don't have word systems like big, bigger, biggest. Smart, smarter, smartest.

So get it right people. Don't just copy things without understanding them profoundly first.

Sunday, March 13, 2011

Penambahbaikan (improvement) - Jangan Jadi Tikus Membaiki Labu (Meddling)

Penambahbaikan keatas  sesuatu sistem itu adalah baik sekira ianya menerbitkan *Net Added Value (Nilai bersih tertambah). Tapi bukan semua usaha penambah-baikan itu membawa kebaikan. Malah ada yang membawa kerugian dengan menghakis nilai. Ini kita tidak mahukan. Perubahan sebegini dinamakan meddling sesuai denga peribahasa "tikus membaiki labu".

Apakah sistem yang tidak wajar diubah itu?

Secara umum, sesuatu yang sudah berfungsi dengan setabil sekian lama kalau diubah biasanya akan menghasilkan penghakisan nilai. Contohnya, berapa tahun dahulu dizaman pentadbiran Dr Mahathir terdapat beberapa undang-undang yang diubah untuk mencermin suasana pentadbirannya ketika itu. Undang-undang hak keatas tanah yang dipindah-milik secara tidak sah yang telah menafikan hak pemilik asal, misalnya, telah diubah kembali dizaman Tun Abdullah. Ini adalah kerana ianya bertentangan dengan prinsip keadilan. Terdapat banyak lagi contoh yang dapat dicari sekira mahu.

Terbaru : Apakah  pandangan anda tentang perubahan undang-undang perlantikan Setiausaha negeri dimana hanya kerajaan pusat yang berhak melantik mereka untuk "consumption" kerajaan negeri? Sekian lama sebelum ini urusan perlantikan setiausaha negeri adalah ditangan pentabiran negeri bersama sultan dan bukannya pihak pusat! Mungkinkah orang terdahulu telah memikirkan perkara keserasian penting dalam sesuatu pentadbiran demi kebaikan rakyat maka dibiarkan pihak negeri membuat perlantikan? Atau apakah orang terdahulu seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussin Onn tidak cukup cerdik(wise) maka perlu diubah undang-undang itu dizaman Tun Mahathir ?

Ingatlah "sesuatu sistem yang tidak menambah nilai itu pasti menambahkan kos!!" Ketahui apa yang hendak diubah itu sedalam-dalamnya (profoundly) sebelum membuat perubahan.



Nota :

*  Net Added value =  Apabila sesuatu dilihat dari secara total dimana segala nilai yang terhasil ditolak segala kos yang terhasil itulah nilai bersih tertambah (Net-Added Value). Sebagai contoh, pada diri kita terdapat beberapa kocek pakaian. Sekira kita pindahkan RM10 dari poket seluar kepada poket baju, kita sudah menmbah nilai kepada poket baju sebanyak RM10.  Adakah perubahan itu telah menambahkan apa-apa nilai kepada kita ?  Jawabnya tidak !!  Bagi kita wang yang ada masih hanya RM10. Tidak ada apa yang tertambah.

Diri kita tadi adalah analogy sebuah organisasi perniagaan atau pun institusi kerajaan. Sekira wang dari satu anak syarikat masuk ke anak syarikat yang lain, secara keseluruhannya tiada apa-apa nilai tambah secara bersih berlaku!!!

Thursday, March 10, 2011

Bayar Saman Atau Bayar Kompaun ??

Secara mudah, saman ialah jemputan keatas seseorang "pesalah" kemahkamah untuk dia mendapatkan keadilan. Dengan kata lain, kitalah yang mahu (insist) berjumpa hakim untuknya menentukan status kesalahan kita. Pada hakikatnya kitalah yang membawa kes kemahkamah dan bukannya pihak berkuasa yang mengeluarkan saman.. Pihak berkuasa biasanya lebih cenderung menyelesaikan kes tanpa ditentukan duduk perkara oleh mahkamah. Ini dapat dilihat dari kegemaran mereka menawarkan kompaun. Kekadang ditawarkan diskaun pulak tu.

Terdapat banyak keadaan dimana "pesalah" sebenarnya tidak melakukan kesalahan dari segi undang-undang. Contohnya, katakan nombor kenderaan yang sama telah disalin dan digunakan oleh orang lain. Orang itu pulak telah melakukan kesalahan jalan raya tetapi saman dihantar kepada anda. Adakah wajar anda membiarkan saja keadaan ini berlaku dengan membayara kompaun tanpa mendapat pengadilan ?

Secara mudah, kompaun* ialah bayaran denda tanpa diadili oleh mahkamah terlebih dahulu. Dengan membayar kompaun bererti anda  mengaku salah walaupun anda mungkin, dari sisi undang-undang, tidak melakukan kesalahan sebagaimana dituduh.

Sewajarnya negara yang semakin maju harus bergerak kearah " rakyat mesra mahkamah" dimana rakyat tanpa takut-takut pergi kemahkamah untuk mengetahui apa-benar mereka bersalah sebagai yang dituduh atau tidak!!

Pada zaman kesultanan dahulu rakyat dari berbagai lapisan menghadap sultan-sultan mereka untuk mendapat pengadilan. Kenapa pula dalam zaman serba maju ini orang-ramai takut untuk berhadapan hakim yangmana  bukan menyebelahi mana-mana pihak termasuk pihak berkuasa ?? Sebaliknya hakimlah yang akan menentukan anda salah atau tidak !! Bukankah kepastian itu yang  kita mahu ?


* Nota :  Bukan semua kesalahan boleh ditawarkan kompaun.

Friday, March 4, 2011

Suruhanjaya Pilihanraya SPR (Polling Commission) - Entity

Sewajarnya SPR ialah suatu badan yang melampaui politik (above politic). Ianya lahir terus dari "negara" dan bukannya dari kerajaan. Ujudnya sebelum ujudnya Kerajaan Semasa lagi. Jadi, ia sewajarnya berkecuali yang  tidak memihak kepada mana-mana parti atau kerajaan.

Disamping fungsinya sebagai pengelola pilihanraya, ia juga sewajarnya berperanan mendidik rakyat tentang ilmu kenegaraan kerana peringkat ini ialah peringkat pra-kerajaan. Lagipun Kerajaan Semasa tidak mempunyai kepentingan dalam pencelikan rakyat malah pencelikan mungkin menjadi counter-productive kepadanya!!

Inilah satu perkara yang belum berlaku yang ingin kita lihat berlaku didalam negara ini. Kita ingin lihat pelajaran kenegaraan, hak-hak rakyat dan demokrasi sebenar, diajar kepada rakyat sejak dari bangku sekolah lagi.

Pengurusan Atau Pentadbiran Negara ??? Management Vs Administration

Dunia mengguna-pakai perkataan Pengurusan (Management) bagi mencerminkan pentadbiran perniagaan. Dan untuk urusan institusi bukan perniagaan dunia menggunakan perkataan Pentadbiran (Administration)

Urusan negara bukanlah urusan perniagaan walaupun dinamakan Negara Korporat. Jadi perkataan pengurusan tidak wajar digunakan keatas institusi negara.

Negara Amerika yang segala-galanya adalah membuat untung pun tidak menggelar urusan institusi negara mereka Reagan Management, atau Obama Management. Sebaliknya mereka menggunakan Reagan Administration (dan kini Obama Administration) !!!

Turutan dari ini gelaran seperti pengurus, MD, CEO dan sebagainya tidak sesuai untuk institusi pentadbiran negara kerana ianya diguna-pakai oleh institusi koporat. Bagi institusi pentadbirab negara perkataan Pengarah, Ketua Pengarah dan Pegawai adalah sesuai..

Awas dalam cubaan menambah-baikkan sesuatu. Ketahui benda yang hendak di improvekan itu "profoundly" dulu sebelum merubahnya. Kalau tidak, ianya seperti tikus membaiki labu pulak.

Wednesday, March 2, 2011

Tak Bolehkah Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Komunikasi Utama Disini ?

Seharusnya setiap negara didunia ini mempunyai dua bahasa utama. Satu bahasa kebangsaan masing-masing dan satu lagi bahasa komunikasi sejagat iaitu Bahasa Inggeris.

Kenapa Bahasa Inggeris dan tidak bahasa lain seperti French, Spanish, Mandarin, Arabic dan sebagainya ?

Jawapannya,

1. Bahasa Iinggeris adalah bahasa sederhana dalam banyak hal. Contohnya struktur bahasa. Bahasa ini tidak ada feminine dan masculine seperti French. Tidak ada characters yang kompleks seperti mandarin. Tidak terlalu konkrit seperti Bahasa Arab yang termaju didunia itu.

2. perbendaharaan kata Bahasa Inggeris banyak tidak kepunyaan mereka tetapi diserap dari bahasa asing seperti Roman, Latin, Greek, French, German, China, Arab, dan tak ketinggalan Bahasa Malaysia sendiri. Perkataan seperti "run amuck" (mengamok), gutta-percha(getah perca), compound (kampong) dan beberapa lagi adalah contoh Bahasa Melayu yang diserap.

2. Tidak dinafikan lagi ia adalah bahasa informasi utama internet dan commerce.

Adalah  malang sekali apabila didalam kegairahan kita memertabatkan bahasa kita, kita abaikan bahasa yang diguna pakai diseluruh dunia yakni, Bahasa Inggeris. Rugi atau terhinakah Bahasa Malaysia sekira kita mengutamakan kedua-dua bahasa secara serentak?

Kalau kita meneliti keadaan Indonesia kini, mereka juga lebih banyak menggunakan Bahasa Inggeris kerana mereka sedar akan arah pergerakan dunia.

Sedar atau tidak Syarikat Gergasi negara, Petronas, tidak pernah menggunakan Bahasa Malaysia dalam segala hal mereka (kecuali hal perjawatan) sejak penubuhannya pada tahun 1974 !!

Tahap kemahiran rakyat negeri kita ini dalam menggunakan bahasa inggeris belum tinggi. Paling tinggi pun sehingga english buku. Ini bermakna tidak cukup untuk berbahas (bertengkar)  dengan orang dari negara yang bertutur dalam Bahasa Inggeris. Mengikut seorang professor diSouthern Illinois University (USA) yang memerhati pelajar kita di universiti itu, kita kurang "halus" dalam penggunaan bahasa inggeris.

Dari pemerhatian saya negara-negara yang terlalu memertabatkan bahasa mereka seperti Peranchis, Sepanyol, Jerman, Thailand gemar mengalihbahasakan rancangan TV mereka. Ini telah membuatkan rakyat mereka makin lemah dalam berbahasa inggeris. Maka saya harap rancangan TV tidak dialih-bahasakan. Memadai dengan subtiltle yang tepat sahaja kerana ia akan membantu kita mengenal dan memahami perkataan inggeris.

PBB patut mewartakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa sejagat dan memberi galakan sewajaranya untuk semua negara didunia menguasainya.

Tuesday, March 1, 2011

Kelemahan Rakyat Yang Perlu DiPertingkatkan (Improvements Needed) - 1 Ajar Ilmu Mantiq DiSekolah

Dari pemerhatian saya ....

Terdapat banyak insiden dimana rakyat tempatan kerugian beratus-ribu ditipu oleh orang luar melalui skim seperti black money, ponzi (piramid), piramid terselindung, kawan internet dan sebagainya. Yangmana mereka yang tertipu ini dari kalangan orang-orang terpelajar yang kita kategorikan sebagai bijak-pandai negara. Yang kerap dilapurkan didalam akhbar kebanyakannya dari kalangan doktor. Itu baru yang dilapurkan. Sudah pasti yang malu membuat lapuran lebih banyak.

Kenapa rakyat Malaysia nampak seakan "gullible" yakni mudah ditipu ?

Disamping faktor "tamak" saya kira kekurangan ilmu mengenali yang haq dari yang bathil mungkin satu dari puncanya. Satu dari ilmu yang berpotensi menyelesaikan perkara sebegini ialah ilmu mantiq atau dalam bahasa inggerisnya  "ilmu logical deduction" atau singkatannya, "logic".

Sebagai persiapan memasuki era 2020 saya kira negara harus mengajar asas ilmu ini kepada rakyat sejak mereka dibangku sekolah lagi.

Mengenal Kebenaran Melalui Ilmu Logic - Fallacy

Beberapa jenis  fallacies (kesilapan) :

  • Fallacy Of Inexpert  -  sekira kita bergantung harap atau consult orang yang bukan pakar dalam satu-satu bidang itu kita melakukan kesilapan tidak-pakar.
  • Fallacy Of Repetition - Kenapa iklan berulang kali ditayangkan ialah supaya "brand" mereka lekat dikepala kita sebagaimana yang pengiklan mahukan. Sekira kita beli kerana iklan maka kita melakukan kesilapan 'ulangan".
  • Fallacy of Guilty By Association -  Sekira kita marah seseorang dek kerana dia bersekongkol dengan sesuatu parti atau kumpulan, kita menghukum seseorang secara silap.
  • Fallacy Of Vested Interest -  Mengambil pandangan orang yang mempunyai kepentingan dalam sesuatu hal itu adalah suatu kesilapan.
  • Fallacy Of Non-Sequitur -  Suatu kesimpulan yang tidak ada kena mengena dengan apa yang dibahaskan bererti kesimpulan tidak menurut apa yg dibahaskan. Jadi ianya adalah suatu kesilapan tiada turutan.
  • Fallacy Of End Justifies The Means -  Sebab yang baik tidak boleh menghalalkan cara melaksanakannya. Sebagaimana Robin Hood merompak orang kaya untuk diberi kepada simiskin.
   

    Sunday, February 27, 2011

    Sex Education: Adakah Perlu DiSekolah?

    Saya pernah belajar Sex Education (Human Sexuality Studies) diUniversity saya di USA. Kursus itu memakan masa selama satu semester. Skop kajian adalah segala-gala berkenaan sex termasuk, penyakit sex, abortion, sex espionage dan sebagainya. Jadi saya anggap saya layak untuk membuat komen dalam hal sex education ini.

    Berbalik kepada persoalan diatas,  saya kira perlu bagi kanak-kanak berumur 12 tahun keatas didedahkan pengetahuan sex.. Tetapi adakah ianya perlu dijadikan satu mata pelajaran ?  Saya kira TIDAK PERLU. Saya kira pada peringkat ini memadai dengan mengadakan seminar 3 jam secara berkumpulan mengikut gender. Tekankan tentang proses persenyawaan, pertumbuhan janin, hak untuk hidup bagi janin, bahaya pengguguran dan ethicnya yang sama seperti membunuh manusia, penyakit kelamin dan barah, serta undang-undang berkaitan seperti statutory rape.

    Seminar boleh dilakukan secara berterusan 3 jam dan diulangi supaya meliputi semua pelajar atau berbahagi tiga.

    Thursday, February 17, 2011

    Mengenali Dan Menghormati Hak-hak Orang Lain

    Kalau diperhatikan betul-betul hari demi hari kita dapati orang makin gemar menceroboh hak-hak satu sama lain. Contoh mudah ialah dijalan raya.. Hak laluan orang lain selalu direbut oleh orang-orang yang seolah-olah tidak tahu bahawa laluan itu hak pengguna jalanraya yang lain. Atau mungkinkah mereka sengaja menceroboh oleh kerana tahu bahawa mereka boleh lepas dengan selamatnya? Mungkinkah keadaan ini juga adalah faktor kemalangan yang tinggi dinegara ini?

    Di USA sistem jalan rayanya berasaskan " Right Of Way " (Hak laluan). Yang mempunyai hak lalu dulu. Yang tiada hak beri laluan kepada yang ber- hak. Sikap menghormati hak satu sama lain dengan  tulus membuatkan sistem persimpangan Four-Way Stop mereka dapat berlaku walau tanpa lampu-isyarat !! Sistem ini memberi hak laluan kepada kenderaan yang "berhenti penuh"  terdahulu dipersimpangan..

    Pencabulan hak juga berlaku keatas tanah-tanah persendirian. Pasti juga tanah kerajaan. Secara kecilan pencabulan hak-laluan berlaku apabila ada yang meletakkan kenderaan depan pintu pagar rumah orang lain.  Dipercayai banyak lagi bidang-bidang lain yang dicerobohi oleh orang yang berpura-pura tidak bertamaddun. Bila ini berlaku pemilik berhak akan mengalami kerugian jika dibiarkan. Juga akan mengalami kerugian sekira melawan dimahkamah !!

    Keadaan pencerobohan ini kalau dibiarkan lama-kelamaan akan membawa kita kembali kepada keadaan sebelum tamaddun dimana "laws of the jungle" berkuat-kuasa. Yang kuat atau bersenjata canggih akan berkuasa diatas yang lemah. Ini menjadi suatu kemungkinan besar terbit dari globalisasi apabila orang asing, terutama dari Afrika berduyun-duyun masuk dan menetap dinegara ini.

    Demi mempertahankan generasi akan datang dari "himpitan" pencoroboh-hak, pendidikan menjurus kepada mengenal hak dan menghormatinya adalah perlu dipupuk sejak dibangku sekolah lagi.

    Monday, February 14, 2011

    "Convention" Dan Fungsinya Dalam Kesejahteraan Sesebuah Negara

     Secara mudahnya....

    'Convention" adalah kebiasaan politik (political habits ). Ianya bukan dibawah mana-mana undang-undang. Namun, kekadang ada yang diserapkan kedalam perlembagaan maka jadilah ia sebahagian dari  perlembagaan. Walaupun dibawah perlembagaan dan boleh dibawa kemahkamah apabila berlaku pencabulan keatas "convention", konsequen politik adalah lebih hebat dari konsequen undang-undang.

    Contoh "convention"- ketua dari parti yang menang majoriti kerusi diangkat menjadi perdana menteri. Cuba bayangkan apa terjadi sekira ketua dari parti yang tidak mendapat majority yang diangkat menjadi perdana menteri?  Sudah pasti akan melahirkan kekalutan yang amat dahsyat.

    Contoh lain yang saya kira sewajarnya menjadi satu "convention" ialah presiden  parti politik. Apabila dicabar secara berterangan atau samar didalam pemilihan peringkat tertinggi, pemegang jawatan  haruslah melepaskan jawatanya demi menjaga keutuhan partinya. Kalau tidak perpecahan besar akan berlaku keatas parti tersebut. Menang "simple majority" tidak cukup untuk menghindar perpecahan dalam parti.

    Begitulah pentingnya sebuah "convention". Walaupun reperkusi undang-undang ada tapi reperkusi politik adalah lebih besar.

    Saturday, February 12, 2011

    Apa itu pembangunan, Pak Belalang.

    Jawapan mudahnya...


    Pembangunan sinonim dengan kemajuan. Ia membawa konotasi keadaan yang berubah menjadi lebih baik, lebih selesa, lebih selamat dan sebagainya, berbanding keadaan sebelumnya. Misalnya, dulu kita pakai motosikal untuk kesana sini.  Bila hujan kita basah. Sekarang kita pakai kereta bila hujan kita kering dan selesa.

    Tetapi terdapat satu keadaan yang mencabar fikiran kita.  Pada pra- 60han orang pakai kereta lembu  yang bergerak 8 km sejam. Kini kita berkereta juga memakan masa sejam untuk sampai kedestinasi yang juga 8 Km !! (Jem punya sebab la ). Adakah kita membuat kemajuan dalam hal ini ?

    Thursday, February 10, 2011

    Pola Keutamaan Dalam Langkah Pembangunan

    Secara logik akal suatu pembangunan itu menapak sebegini :

    1. Ada - yakni kita adakan dulu infra-structure seperti jalan raya, jambatan dan sebagainya walaupun ianya mungkin tidak sempurna dari keselamatan, keselesaaan, kecekapan atau mesra rakyat dan bernilai estetik. Dengan lain perkataan, ada secara ala-kadar sahaja olehkerana kedudukan ekonomi.
    2. Ada dan selamat digunakan  -  setelah masa berlalu infra yang ala kadar sebelum ini mestilah dijadikan lebih tinggi tahap keselamatan keatas penggunanya.Contohnya memasan lampu isyarat dipersimpangan.
    3. Ada, selamat dan selesa -  setelah ekonomi berkembang maka segerakanlah menjadikan infra tadi selesa pula bagi pengguna. Contohnya, jalan belum bertar, tarkan. Jalan bertar yang sempit diluaskan. 
    4. Ada, selamat, selesa dan cekap -  setelah zaman berlalu keadaan ekonomi mengikat maka pembangunan haruslah kearah pencekapan. Infra seperti jalanraya yang sudah lebar mestilah dijadikan lebih cekap dengan meluruskan dan membuang halangan seperti persimpangan berlampu trafik dan diganti dengan yang bertingkat (fly-over)
    5. Ada, selamat, selesa, cekap dan bernilai estetik - Flyover yang berseni, contohnya.

    Friday, February 4, 2011

    Wang Rakyat Atau Wang Kerajaan , Pak ?

    Jawapan mudahnya wahai Belalang...

    Wang yang didalam simpanan kerajaan itu adalah dari hasil cukai, denda,  keuntungan perniagaan GLC dan sebagainya. Kerajaan hanyalah diamanahkan untuk mentadbir wang tersebut itu dengan sebaik-baiknya. Di negara maju seperti USA mereka dengan jelas menamakan wang tersebut sebagai Taxpayer's Money. Ini bagi mengingatkan "pemerintah semasa" bahawa wang tersebut bukan untuk disalahgunakan.

    Saturday, January 29, 2011

    Kenapa Parti Pembangkang Tidak Diharamkan Pak ?

    Jawapan mudahnya...

    Setiap perkara atau isu dapat dilihat dari berbagai perspektif. Ada perspektif yang betul ada yang salah. Satu minda hanya dapat melihat satu perspektif sahaja. Seperti kisah gajah dengan orang buta. Setiap sibuta mendapat persepsi tentang gajah mengikut apa yang minda mereka dapat olah. Perspektif yang terbaik ialah gabungan kesemua perspektif yang berbeda itu. Seperti hadis nabi, s.a.w " khilaf antara umatku adalah suatu rahmat". Apabila kesemua perspektif digabungkan dan diimbang-imbangkan perspektif opsyen ketiga akan terbit. Dengan cara ini rakyat akan mendapat opsyen yang terbaik dari keputusan kolektif itu.

    Disamping itu keujudan parti pembangkang yang senantiasa menunggu-nunggu untuk mengambil-alih tampuk pemerintahan juga memberi tekanan kepada "pemerintah semasa" untuk mentadbir negara sebaiknya dan mengikut citarasa rakyat.

    Kuasa adalah merosakkan. Kuasa penuh pula merosakkan dengan sepenuhnya jika tidak dikekang. Jadi, dengan peranan yang begitu penting dalam mengawal kerakusan "pemerintahan semasa" maka adalah tidak wajar pembangkang dari mana-mana parti sekalipun dihapuskan atau diharamkan.

    Oleh itu rakyat harus memberi kredit sewajarnya kepada pembangkang dari mana-mana parti sekalipun kerana peranan mereka adalah sama penting dengan "pemerintah semasa".

    Wednesday, January 26, 2011

    Wakil Rakyat Tu Mewakili Ahli Partinya Sahaja Kah, Pak ?

    Jawapan mudahnya, Belalang...

    Seseorang Wakil Rakyat itu mewakili keseluruhan penduduk yang tinggal didalam kawasan konstituensinya tak kira orang yang mengundinya ataupun tidak !! Ini kerana keseluruhan rakyat, tak kira dari parti mana pun, menggajinya untuk mewakili kepentingan penduduk di konstituensinya.

    Lepas Selesai Proses Pengundian Apa Pula Yang Berlaku, Pak

    Jawapan mudahnya...

    Selepas tahu pihak mana mendapat majoriti kerusi maka pihak bermajoriti akan membentuk kerajaan. Dari saat terbentuknya kerajaan sewajarnya tiadalah lagi nama mana-mana parti harus dibangkitkan. Ini kerana tujuan berparti ialah semata-mata untuk mencari pentadbir negara yangmana matlamat itu sudah tercapai apabila kerajaan sudah terbentuk.

    Seterusnya pentadbiran negara/negeri haruslah samarata dan samasekali tidak harus berasaskan keahlian mana-mana parti. Inilah cara demokrasi berlangsung.

    Apakah Fungsi Mengundi, Pak ?

    Secara mudah, fungsi langsung mengundi ada dua :

    1. untuk memilih seseorang bagi mewakili kepentingan satu-satu kawasan didalam dewan penggubal undang-undang yang dikenali sebagai parlimen bagi pusat dan DUN bagi negeri.

    2. untuk memilih satu" jawatankuasa" bagi mentadbir negara atau negeri. Jawatankuasa ini dikenali sebagai "pemerintah semasa" atau dalam bahasa inggeris "government of the day".

    Tuesday, January 25, 2011

    Kalau Kerajaan boleh Ditukarganti Bagaimana Dengan Kakitangan Kerajaan, Pak ?

    Wahai Belalang! Jawapan mudahnya ..

    Kakitangan kerajaan yang dibawah Ketua Setiausaha KSN/SUN) itu termasuk KSN/SUN adalah dipanggil kumpulan birokrat. Kumpulan ini adalah berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana pihak. Dan sewajarnya begitu kerana mereka tidak berubah dek sebab berubahnya pemerintah semasa!! Kerja mereka hanyalah mengimplementasi dasar-dasar yang dibuat oleh "pemerintah semasa " .

    Saturday, January 22, 2011

    Kenapa kerajaan dipanggil "pemerintah semasa", pak?

    Bagus soalan tu, Belalang..

    Jawapan mudahnya :

    Kerajaan adalah suatu badan yang dipilih rakyat untuk mentadbir sesebuah negara untuk suatu jangkamasa pendek. Seperti juga PIBG sekolah Jawatan Kuasa yang dipilih itu akan berfungsi mentadbir untuk suatu masa tertentu. Ia tidak kekal. Bagi kerajaan biasanya tidak lebih dari lima tahun. Rakyat memberi mandat (kuasa) mentadbir untuk jangka pendek sahaja supaya rakyat dapat review / mengodit (check and balance) keberkesanan serta kecekapan pemerintah semasa mentadbir mengikut kehendak rakyat. Terutama kecekapan dalam penggunaan wang rakyat (Taxpayer's money).

    Friday, January 21, 2011

    Apa yang mengawal kerajaan dari "membuli" rakyat, pak?

    Jawapan mudahnya, Belalang, ialah....

    3P ..... Parlimen, Perlembagaan dan Pilihanraya. Apa-apa isu dengan pemerintah semasa (government of the day) boleh dibawa ke parlimen untuk didengari. Tapi oleh kerana terdapat sistem tapisan, setengah isu tidak lepas keparlimen. Jadi ia mungkin tidak berkesan mengekang kerakusan pihak berkuasa.

    Satu dari ciri-ciri perlembagaan ialah sebagai perisai kepada rakyat dari kerakusan pemerintah semasa. Ini hanya boleh berkesan sekira pemerintah semasa tidak mempunyai 2/3 majoriti kerusi diparlimen. Dengan majoriti 2/3, perisai rakyat itu akan dapat dibolosi dengan mudah.

    Pilihanraya pula hanya berkesan mengawal kerakusan pemerintah semasa sekira ianya berpotensi ditukar-ganti oleh parti lawan. Sekira tiada dayabolehtukar, maka pada teorinya tiadalah sebab pemerintah semasa itu untuk berlaku "baik". Sebab, buat tak betul pun akan tetap memerintah lagi selepas itu!!!

    Bagaimana nak pastikan tiada bully membully dari berlaku, pak.? tanya Belalang lagi..

    Jawapan mudahnya.........

    Asing-asingkan kuasa negara supaya ia tidak menjadi mutlak... biasanya kuasa dipecahkan kepada tiga(3) yang nyata, yakni Executive (jemaah menteri la tu), Legislative (penggubal undang-undang - wakil rakyat la tu) dan Judiciary (Kehakiman). Setiap satu bidang kuasa ini sewajarnya tidak boleh bertindih satu sama lain. Executive tidak ada kuasanya untuk menekan pihak kehakiman supaya menterjemahkan undang-undang mengikut seleranya. Pihak kehakiman pula tiada kuasanya untuk membuat undang-undang melainkan menterjemahkannya sahaja. Penggubalan undang-undang adalah dibawah bidang kuasabadan perwakilan rakyat. Sekira diketahui pencerobohan kuasa berlaku maka demokrasi itu dikira pincang, "corrupt".

    Monday, January 17, 2011

    Demokrasi tu apa dia pak ?.. , tanya anak saya Belalang.....

    Secara mudah demokrasi ialah suatu keadaan yang mana tiada sesiapa yang dapat "membuli" sesiapa. Baik yang besar mahupun yang kuat. Baik kerajaan mahupun rakyat sesama rakyat semuanya tidak bebas untuk membuli seseorang lain. Contohnya, seorang menteri tidak boleh sewenang-wenang berhutang dan tidak mahu bayar hutangnya oleh sebab kedudukannya tinggi. Walaupun mempunyai pistol, seorang polis tidak boleh sewenang-wenangnya mengacu pistolnya kepada seseorang tanpa sebab yang dibolehkan. Seorang askar tidak boleh sewenang-wenang menceroboh masuk kedalam pagar seseorang petani semasa aman. Walaupun besarnya berganda sebuah lori tidak boleh sesuka hati menghimpit kereta atau motosikal. Didalam sistem demokrasi semuanya terkawal. Kalau buli jugak, ada ruang mendapat pembalasan setimpal. Sekira ada ruang lepas (loophole) didalam sistem demokrasi maka demokrasi itu adalah pincang atau "corrupt".