Wednesday, December 28, 2011

Selesaikan Isu Bukannya Hapuskan Usaha yang Baik

Jika marahkan nyamuk jangan pula kelambu dibakar. Peribahasa yang penuh dengan kebijaksanaan ini telah ditinggalkan oleh generasi kini walaupun ianya masih amat relevan. Peribahasa ini bermakna selesaikan isu sebenar dan bukannya menghapuskan sesuatu yang baik. Isu sebenar ialah masaalah nyamuk. maka nyamuklah yang patut kita halang dari mengganggu kita!  Sudahlah kelambu itu bukan menjadi isu, malah keujudannya pula adalah satu penyelesaian masaalah nyamuk ini.

Didalam masyarakat kita banyak yang masih berperangai sebegini. Contohnya, semasa saya di London, saya ingin menyimpan baggasi saya disatu penginapan orang Malaysia kerana hotel tempat saya menginap tidak mempunyai kemudahan menyimpan baggasi. Pegawai penginapan memberitahu bahawa mereka tidak dibenarkan menumpangkan baggasi kerana pernah berlaku kehilangan baggasi dimana mereka dipersalahkan. Jadi mereka tidak lagi membenarkan sesiapa menumpang baggasi dirumah penginapan itu.

Keadaan ini amat menepati peribahasa diatas : Isu sebenar ialah masaalah "kehilangan dan dipersalahkan". "Kelambu" pula ialah perkhidmatan atau kemudahan pelawat dari Malaysia sendiri. Seterusnya saya tidak perlu menulis dengan panjang lebar. Ia boleh difikirkan sendiri.