Monday, December 19, 2016

Indoktrinasi rakyat - Manipulasi minda untuk membenci satu-satu pihak

Kalau kita belajar ilmu logik kita akan temui satu rupabentuk fallacy (ketidak-benaran) yang diberi nama "fallacy of repetition"  atau dalam bahasa melayunya "ketidak-benaran dek kerana ulangan". Apabila iklan sabun AAA sebagai terbaik didunia diulang-ulangkan maka penonton akan secara tidak sedar menerimanya sebagai benar lantas membelinya... Bayangkang sekira berpuluh tahun iklan yang sama dimainkan berulang-ulang.

Sekarang bayangkan pula kalau satu pihak, parti atau kumpulan diburuk-burukkan berpuluh tahun oleh media yang sama. Penonton juga akan menerima butiran atau iklan yang diulang-ulang itu sebagai benar walaupon ia tidak semestinya benar. Adakah anda kenal parti yang sudah diburukkan bertahun-tahun tetapi tetap ia tidak diharamkan ? Kalau ada, fikir-fikirkan kenapa ia tetap ujud walaupon bertahun dipersetankan? Kalau ia memang suatu yang betul buruk, sudah pasti negara sudah lama mengharamkannya !!! Fikirkanlah.



[under construction}

Friday, September 30, 2016

Institusi Dan Aktiviti Islam Mesti Ada Ruh Dan Akhlaq Islam - Kisah Korban Yang Tak Sanggup Berkorban

Sesuatu yang tak patut berlaku didalam Islam.. Pada Raya Korban lalu (2016) adalah surau ni buat korban. Daging lembu diagih melalui sistem kupon yang diberi terlebih awal. Semasa pengagihan tu datanglah seorang miskin lagi dhaif yang tiada kupon. Dia merayu untuk diberi daging, secebis pon jadilah. Mungkin kerana mengidam dia meminta. Tapi dia dihalau (katanya oleh pegawai surau. Ini tidak dapat dipastikan). Dalam ramai-ramai itu hanya seorang budak muda belasan tahun yang masih berperikemanusian. Dia berlari balik kerumah untuk mendapatkan kupon bahagian keluarganya untuk diberi kepada orang dhaif tadi. Malangnya orang itu sudah jauh pergi entah kemana membawa kepiluan. Mungkin dengan penuh kekesalan. Inikah akhlaq Islam ? Tak bolehkah dikurangkan beberapa gram dari setiap bahagian agihan ? Tak sanggupkah penerima agihan berkorban sedikit ?