Thursday, May 9, 2013

Perihal Petroleum I - Apa Itu Blok (Block) dan Berapa Nilainya

Blok ialah sesuatu kawasan yang ditawarkan oleh penguasa sesuatu negeri kepada syarikat minyak untuk mencari dan mengeluarkan minyak/gas dari kawasan tersebut. Ia seperti kawasan tanah yang dipajakkan untuk satu jangkamasa tertentu.

Apakah nilai sesuatu blok itu ?

Nilai sebenar sesuatu blok itu hanya ujud  apabila minyak/atau gas dibuktikan ujud dan dapat dikeluarkan dengan jalan menggerudi blok tersebut.  Sehingga minyak/gas ditemui diblok itu, nilai sebenar blok tersebut adalah sifar. Yang ada hanyalah nilai potensi seperti dalam permainan judi iaitu Peluang Menang didarabkan dengan jumlah Pampasan Hadiah yang boleh dimenangi.

Jadi, selagi minyak/gas belum dilihat dengan mata-kepala sendiri janganlah  merasa gembira sangat walaupun berjaya mendapatkan blok yang sangat cantik dan dibeli dengan harga yang tinggi.

Pernah terjadi satu blok yang bersempadan dengan lapangan minyak gergasi tidak menghasilkan apa-apa penemuan minyak/gas langsung !!!

Walaupun ada syarikat minyak yang memanggil blok sebagai aset untuk mengabur mata pelabur/ stakeholder, ia adalah "misleading". At best sesuatu blok hanya layak dipanggil "aset dalam pertaruhan" selagi tiada minyak/gas ditemui. Jadi, jangan terpedaya dengan perolehan blok oleh syarikat minyak. Ia boleh jadi kerugian besar atau sebaliknya bergantung kepada penemuan haidrokarban yang sememangnya payah untuk ditemui. Kerugian boleh mencecah billion RM apabila harga belian blok dan kos operasi diambil kira.