Friday, August 16, 2013

Elemen Penting Demokrasi Yang Selalu Dipinggirkan - Memberi Peluang Menyudahkan Apa Yg Dimulai

Demokrasi bukan sahaja setakat kebebasan bersuara, tiada buli-membuli dan sebagainya. Satu elemen penting demokrasi yang ramai tidak tahu ialah, memberi peluang untuk menyudahkan apa yang sudah dimulai. Katakan parti pembangkang sudah mendapat "simple majority" dan sanggup membentuk kerajaan, rakyat dan parti lain harus memberi peluang seluas-luas kepadanya untuk mentadbir negara/negeri sehingga tamat mandatnya. Kalaupun tidak mahu menyokongnya jangan pulak mensabotajnya dengan berbagai cara kerana perbuatan begini bukan dikehendaki rakyat. Apa yang rakyat mahu ialah semua pihak menyumbang untuk menjayakan manifesto yang baik untuk rakyat.

Negara terbaru yang tidak mematuhi elemen demokrasi ini ialah Mesir. Apabila kerajaan Presiden Morsi baru mencecah umur setahun parti pembangkang mereka mencari-cari pasal untuk menggulingkannya. Mereka tidak memberi peluang kepada kerajaan itu mentadbir sehingga keakhir mandat. Maka lihatlah apa kesannya. Negara porak peranda; rakyat sengsara; kemajuan terbantut. Dan akhirnya kedua-dua pihak berputih mata apabila tentera yang senantiasa menunggu peluang berkuasa, merampasnya.

Jadi, semua pihak haruslah mematuhi prinsip demokrasi ini 'memberi peluang untuk menyudahkan apa yang telah dimulai".




                "Bermainlah Politik Rakyat dan bukan bermain Politik Ketua Bahagian"