Sunday, January 8, 2012

Konsep Berkumpulan - Mufarakah Sekalipun Dibenarkan Dianggap Suatu KeZoliman ( Unfair Act)

Gerakan berkumpulan atau berjemaah memerlukan kesatuan hati dan tindakan (dikenali sebagai energy synchronisation-synergy) untuk menjadi sesuatu usaha itu berbarakat. Contohnya, sekira suatu kumpulan 10 orang budak cuba menarik kereta lembu tetapi hanya 5 orang menarik kearah yang dituju, yang lain menarik kearah kesukaan masing-masing sudah pasti terumbang-ambinglah kereta lembu itu. Besar kemungkinan ia tidak akan tiba kematlamatnya.

Islam juga ada mengajar kita melalui konsep mufarakah dimana sekira Imam melakukan kesilapan ma'mum dibenark berpisah solat dengan imam itu. Namun, perbuatan itu masih dianggap suatu kezoliman yang besar yang tidak digemari Allah.

Selepas sesuatu keputusan ramai telah dibuat maka setiap orang didalam kumpulan mestilah bergerak kearah yang telah diputuskan itu walaupun keputusan itu salah atau pincang. Kalau masih mahu berkeras dengan kemahuan peribadi maka anda bukan lagi berada didalam kumpulan itu. Jauhilah segera supaya anda tidak menjadi pengkhianat. Kezoliman seorang pengkhianat adalah lebih dahsyat.

Sebarang bangkangan hendaklah berlaku sebelum keputusan berkumpulan dibuat. Bangkanglah bermati-matian diperingkat ini. Setelah itu tutuplah padangan berbeza anda dan bergerak serentak seiringan dengan kumpulan itu. Itu adalah lebih mulia dan lebih diredhai Allah.