Friday, March 2, 2012

System Bertol Itu Adalah Lebih Adil Berbanding Menggunakan Wang Cukai

Terdapat dua cara untuk  negara  membina sesuatu infra-struktur  seperti jalan, jambatan dan sebagainya. Satu dengan menggunakan wang rakyat dari hasil cukai dan satu lagi melalui pungutan tol tanpa penggunaan wang rakyat sedikit pun.

Memilih untuk menggunakan wang rakyat dari hasil cukai bererti wang setiap rakyat. Ini termasuk yang tidak menggunakan kemudahan infra teersebut oleh kerana terlalu jauh dari kemudahan itu ataupun tiada kenderaan untuk digunakan seperti kepada orang miskin. (Untuk makluman orang miskin pun membayar cukai belian). Ini bermakna orang miskin pun terpaksa menyumbang kepada pembinaan infra tersebut walaupun tiada peluang untuk menggunakannya!

Sebaliknya cara kedua pula yang menyumbang kepada pembinaan infra adalah penerima munafaat dari kemudahan yang ada itu.