Saturday, December 27, 2014

Banjir Dan Persiapan Akan Datang

Beberapa perkara yang boleh dipertingkatkan bagi menghadapi banjir :

1. Helipad ditempat strategik
2. Tinggikan jalan-jalan utama
3. tanda aras air bersama tanda kedudukan bahu jalan (kiri/kanan) yang dapat ditentukan walaupun jalan ditenggelami air
4. membina sistem "rain-water harvest " di pusat-pusat pemindahan banjir. Air hujan adalah bersih dan berlambakan sebab hujan terlalu banyak. Ia dapat menampung ketiadaan air paip apabila loji ditenggelami air.
5. Boleh dibekalkan pukat. Air sungai yang melimpah biasanya membawa ikan.
6. Pelantar generator
7. Kalau sesuai sediakan rakit buluh plastik yg boleh diimpot dari china. Di Guilin semua rakit buluh diganti dgn buluh PVC kerana ia lebih selamat.


"under construction"

Monday, April 14, 2014

Sekuat Mana Patut Azan ?

Azan adalah panggilan keatas anak qariah menunaikan solat fardhu dimasjid  atau disurau sesebuah qariah. Tapi berapa kuatkah patut diazankan ?

Secara logik, jawapan yang munasabah ialah sekuat yang dapat didengari oleh ahli qariah yang terjauh. Tetapi sekira ahli qariah lebih hampir dengan masjid atau surau qariah lain, maka ahli tersebut bukan lagi dikategorikan sebagai terjauh.

 Secara tradisi pula ialah sekuat mana suara Bilal Bin Rabakh azan tanpa pembesar suara. Faktor keadaan keheningan pagi boleh membuatkan suara perlahan dapat didengari lebih jauh dari biasa mesti diambil kira juga.

Islam adalah rahmat seru alam. Ia tidak tegak diatas keangkuhan atau penting diri sendiri. Islam juga ugama selamat sejahtera - ia pentingkan keharmonian qaum. Juga untuk menjadi pertimbangan, keujudan teknologi jam dering dan handphone yang masing-masing boleh pasang untuk bangun solat.

Oleh itu kekuatan sesuatu azan wajar berdasarkan panduan diatas. Kita tidak mahu berperang azan dengan qariah lain atau bersahutan.

Tuesday, February 4, 2014

Lompat Party V. Letak Jawatan Siapa Lebih Mulia ?

Didalam konteks Malaysia yang masih belum mempraktikkan undang-undang anti-lompat parti, perbuatan melompat parti atau meninggalkan pengundinya adalah suatu amalan zalim dan keji. Ini kerana dua sebab. Pertama, perbuatan ini memerangkapkan pengundi  - pengundi tidak dapat membuat pilihana baru. Suara rakyat dibawa lari bersama wakil rakyat itu. Kedua, kepercayaan yang diberi rakyat kepadanya dibelotinya. Ia adalah pembelot besar  yang sukar dimaafi rakyat dunia dan akhirat. Hasil keewangan berkaitan dengan jawatannya tidak lagi menjadi halal.

Sebaliknya, sekira wakil rakyat meletak jawatan, undi semula boleh dilakukan. Rakyat kembali bebas memilih. Itu suatu tanda demokrasi. Maka perbuatan meletak jawatan dan undi semula adalah lebih mulia dari melompat parti yang mencuri suara rakyat secara zolim.

Dan cara untuk menangani masaalah perletakan jawatan atau lompat parti yang terbaik ialah dengan  membiarkan parti yang menaja wakil tadi dalam pilihanraya lalu memilih penggantinya. Mungkin mereka boleh mengadakan pemilihan dalaman. Perlompatan parti juga dapat dibendung. Untuk itu, ubah saja article perlembagaan.

 

Sunday, January 12, 2014

Adakah Keberkatan Pada Pentadbiran Negara Kita Sekarang ?

Keberkatan boleh ditakrifkan sebagai nilai kecekapan atau efisiensi menggunakan sumber (resources). Kita biasa dengar memakan kulit roti itu adalah berberkat. Memakan nasi yang tertinggal didalam pinggan kita juga adalah berbarkat. Ini kerana kesemua bahan-bahan tadi adalah suatu sumber makanan seperti jugak bahagian roti atau nasi yang lain. Jadi apabila kita memakan kesemua sumber yang ada itu kita mendapat keberkatan 100%.  Kita mengambil kesemua faedah dari sumber yang  kita ada itu. Kecekapan penggunaan sumber kita adalah tertinggi mungkin.

Kecekapan mentadbir sumber= hasil yg berguna kepada rakyat/ sumber input. Perkataan "kecekapan" juga sinonim dgn perkataan 'keberkatan".  Jadi, berapakah hasil yg dikeluarkan oleh pentadbiran BN berbanding dgn input sumber keewangan yg mereka laburkan ?  Adakah keberkatan dari pentadbiran mereka ini ? Adakah mreka sudah leburkan sumber negara kita? Kemudian lihat pula pentadbiran PR di Selangor dan Penang untuk bandingan.

Thursday, January 9, 2014

Khalimah Allah : Membesar-besarkan Simbol Boleh Menjurus Kepada Syirik ?

Setiap kalimah (perkataan) adalah simbol atau dikenali jugak sebagai ikon. Contohnya kalimah PISANG adalah simbol bagi buah yang isinya lembut, manis bila masak dan sedap dibuat cokodok. Kalimah ALLAH juga adalah satu simbol(ikon) yang mewakili Yang Maha Esa. Patung lembu pula adalah simbol/ikon bagi tuhan orang hindu. Jadi awas jika kita terlalu membesarkan kalimah melebihi dari tuanpunya kalimah itu sendiri. Takut-takut kita menghampiri syirik jali dan khafi yang amat halus itu yang ulama' ibaratkan sebagai semut hitam diatas batu hitam dimalam gelap pekat. Amat susah nak dikenali semut itu. Syirik juga begitu keadaannya. Kita mudah tertipu dengan permainan syaithan yang memperlihatkan syirik sebagai tidak!

Thursday, January 2, 2014

Derhakakah Rakyat ? : Kerajaan Bukan Raja (A Government Is Not A King)

Kerajaan BUKAN Raja. Walaupun terdapat cubaan untuk bermaharajalela dengan mendapat 2/3 majority serta cuba mengekalkan kuasa selamanya, kerajaan masih BUKAN raja. Ia juga bukan setaraf negara. Kerajaan hanyalah satu badan yang diamanahkan rakyat supaya mentadbir negara untuk kebaikan rakyat. Itupun untuk jangka masa lima tahun sahaja. Dan sekira rakyat tidak berpuas hati dengan cara pentadbirannya, rakyat berhak mencabarnya. Oleh itu perkataan "menderhaka" kepada kerajaan tidak boleh ujud didalam konteks negara demokrasi. Perkara ini juga dapat dilihat dari kandungan Rukun Negara yang jelas menyatakan "kesetiaan kepada raja dan negara".  Ia tidak sesekali menyebut kesetiaan kepada kerajaan pun !!! Keadaan yang sama mengenai juga kerajaan dibawah PR.