Friday, May 31, 2013

Sistem "Convention" Mengelakkan Perpecahan, Menjana Synergy

"Convention" adalah suatu tabiat atau kebiasaan berpolitik. Walaupun ianya bukanlah suatu undang-undang tetapi menghormatinya akan membawa kesan baik yang tidak terhingga terutama dalam mencegah perpecahan besar-besaran.

Satu dari sistem "convention" ini ialah  "convention" yg dimulakan oleh Tunku Abdulrahman dan diikuti pula oleh Tun Hussin Onn (tetapi disisihkan oleh Mahathir) ialah "apabila dicabar hendaklah meletakkan jawatan presiden UMNO". Kesan dari perletakan jawatan oleh TAR dan Husin Onn ialah tiada perpecahan melayu apabila mereka melepaskan jawatan. Sebaliknya  apabila Mahathir tidak menghormati "convention" ini perpecahan melayu secara besar-besaran kepada dua kem, kem Mahathir dan Kem KuLi telah berlaku. Keadaan ini juga telah menyaksikan kematian UMNO dan kelahiran parti baru S-46. 

Apa yang kita, rakyat Malaysia, ingin lihat ialah "convention" sebegini juga berlaku diperingkat negara iaitu apabila parti pemerintah kalah pada Undi Popular (walaupun menang majoriti kerusi parlimen) hendaklah melepaskan hak mentadbir negara kepada kumpulan underdog (pembangkang). Pentadbiran  "underdog" yang diberikan hak ini pula, sekira mahu, mengkhususkan beberapa jawatan kabinet kepada parti lawan. Dengan cara "gentleman" ini, negara kan memperolehi kebaikan "synergy" yang tersangat tinggi- seluruh rakyat akan mendokong dasar-dasar kerajaan dengan sepenuhnya.