Sunday, March 31, 2013

Bermainlah Politik Rakyat Wahai Rakyat Dan Jangan Bermain Politik Ketua Bahagian

Politik Rakyat ialah politik yang menjurus kepada memberi kebaikan kepada rakyat semata-mata. Ia amat berbeza dari Politik Ketua Bahagian dimana ketua bahagian bermain politik untuk mendapatkan bahagiannya seperti kuasa. Dan dari kuasa ini pula mereka akan merais keuntungan peribadi. Bahagian rakyat  pula, yang pastinya memikul beban kenaikan cukai, tol, harga barang dan seumpamanya. Untuk makluman, SETIAP rakyat tiada yang terlepas daripada terpaksa membayar cukai secara langsung atau tersembunyi. Ini bererti si miskin juga tidak terlepas dari memikul beban cukai. Sekurang-kurangnya cukai jualan.

Apabila kerajaan yang dipilih melakukan kesilapan dasar, tidak cekap mengawal sumber, menyeleweng, melakukan korupsi misalnya, kos yang berbillion itu akan diletakkan keatas bahu kita, rakyat.

Apabila kerajaan yang dipilih itu melakukan rasuah atau membuat transaksi dengan kroni atau saudara mara, besar kemungkinan ianya akan menguntungkan pihak yang terlibat. Yang pasti kerugian ialah dipihak rakyat; secara halus atau kasar. Secara kasar rakyat akan dapati kemudahan awam yang "sub-standard', keruntuhan dan tidak tahan lama. Kerugian rakyat secara halus pula seperti  "Traffic Jam"  yang tidak pernah-pernah selesai. 

Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana sistem rasuah boleh melahirkan kesesakan jalanraya ? Jawapan mudahnya begini: katakan kerajaan bercadang membina suatu lebuhraya ditengah Kuala Lumpur untuk mengelak "jam".  Engineer membuat pengiraan lima lorong mencukupi. Budget untuk lebuhraya lima lorong pun diminta dan diluluskan. Tetapi semasa implementasi mungkin hanya 4 lorong sahaja yang dibina. Satu lorong hilang entah kemana mungkin untuk dibina selepas 5 tahun.

Keadaan sebegini boleh menyebabkan kesesakan. Juga apabila jejantas (ramp) penghubung suatu lebuhraya dengan yang yang telah diluluskan TIDAK dibina tetapi diganti dengan laluan bulatan diatas tanah, kesesakan akan berlaku walaupun lebuhraya dikatakan telah dibina!! Didalam ungkapan inggeris rakyat sudah di "short-changed".

Walaupun cerita ini hanyalah generic, tetapi ia boleh berlaku sekira terdapat kerajan yang diamanahkan mentadbir itu, korup.  Apabila ini benar-benar terjadi rakyatlah yang akan menanggung bebannya.

Jadi rakyat mestilah jangan sesekali bermain politik Ketua Bahagian.  Sebaliknya bermainlah politik Rakyat iaitu menolak mana-mana kerajaan yang terbukti korup serta memastikan kerajaan tidak sampai merasakan negara adalah miliknya. Ini dapat dilakukan dengan mengubah kerajaan dari masa kesemasa. Mulakan dengan keluar dari kotak propaganda dan carilah kebenaran berita dengan niat mengikuti arahan Firman Allah "Apabila orang fasik membawa berita hendaklah kita semak dan selidiki sebelum mengambilnya sebagai benar".

Hal Politik Rakyat ini bukan baru. Pada awal kemerdekaan, semua pihak bermain Politik Rakyat. Ini termasuk Ketua Bahagian. Semuanya hanya mahukan segala kebaikan tumpah kepada rakyat. Tapi setelah masa berlalu idea untuk mengaut keuntungan peribadi oleh sesetengah yang memegang kuasa mula berlaku. Permainan mula bertukar kepada permainan politik Ketua Bahagian lebih-lebih lagi apabila dirasakan selamat melakukan apa jua selagi tampuk kuasa tidak berubah tahun demi tahun. Mereka ini tahu audit dan perhitungan (check and balance) tidak akan dapat dilakukan selagi tampuk kuasa masih dipegang  mereka. Mereka selamat melakukan apa saja.

Oleh yang demikian sesebuah negara perlu membuatkan pemegang kuasa sementara (government of the day) TIDAK sesekali merasakan negara dipunyai mereka. Lakukan perubahan kuasa secara efektif  dari masa kesemasa wahai rakyat.