Sunday, January 12, 2014

Adakah Keberkatan Pada Pentadbiran Negara Kita Sekarang ?

Keberkatan boleh ditakrifkan sebagai nilai kecekapan atau efisiensi menggunakan sumber (resources). Kita biasa dengar memakan kulit roti itu adalah berberkat. Memakan nasi yang tertinggal didalam pinggan kita juga adalah berbarkat. Ini kerana kesemua bahan-bahan tadi adalah suatu sumber makanan seperti jugak bahagian roti atau nasi yang lain. Jadi apabila kita memakan kesemua sumber yang ada itu kita mendapat keberkatan 100%.  Kita mengambil kesemua faedah dari sumber yang  kita ada itu. Kecekapan penggunaan sumber kita adalah tertinggi mungkin.

Kecekapan mentadbir sumber= hasil yg berguna kepada rakyat/ sumber input. Perkataan "kecekapan" juga sinonim dgn perkataan 'keberkatan".  Jadi, berapakah hasil yg dikeluarkan oleh pentadbiran BN berbanding dgn input sumber keewangan yg mereka laburkan ?  Adakah keberkatan dari pentadbiran mereka ini ? Adakah mreka sudah leburkan sumber negara kita? Kemudian lihat pula pentadbiran PR di Selangor dan Penang untuk bandingan.

Thursday, January 9, 2014

Khalimah Allah : Membesar-besarkan Simbol Boleh Menjurus Kepada Syirik ?

Setiap kalimah (perkataan) adalah simbol atau dikenali jugak sebagai ikon. Contohnya kalimah PISANG adalah simbol bagi buah yang isinya lembut, manis bila masak dan sedap dibuat cokodok. Kalimah ALLAH juga adalah satu simbol(ikon) yang mewakili Yang Maha Esa. Patung lembu pula adalah simbol/ikon bagi tuhan orang hindu. Jadi awas jika kita terlalu membesarkan kalimah melebihi dari tuanpunya kalimah itu sendiri. Takut-takut kita menghampiri syirik jali dan khafi yang amat halus itu yang ulama' ibaratkan sebagai semut hitam diatas batu hitam dimalam gelap pekat. Amat susah nak dikenali semut itu. Syirik juga begitu keadaannya. Kita mudah tertipu dengan permainan syaithan yang memperlihatkan syirik sebagai tidak!

Thursday, January 2, 2014

Derhakakah Rakyat ? : Kerajaan Bukan Raja (A Government Is Not A King)

Kerajaan BUKAN Raja. Walaupun terdapat cubaan untuk bermaharajalela dengan mendapat 2/3 majority serta cuba mengekalkan kuasa selamanya, kerajaan masih BUKAN raja. Ia juga bukan setaraf negara. Kerajaan hanyalah satu badan yang diamanahkan rakyat supaya mentadbir negara untuk kebaikan rakyat. Itupun untuk jangka masa lima tahun sahaja. Dan sekira rakyat tidak berpuas hati dengan cara pentadbirannya, rakyat berhak mencabarnya. Oleh itu perkataan "menderhaka" kepada kerajaan tidak boleh ujud didalam konteks negara demokrasi. Perkara ini juga dapat dilihat dari kandungan Rukun Negara yang jelas menyatakan "kesetiaan kepada raja dan negara".  Ia tidak sesekali menyebut kesetiaan kepada kerajaan pun !!! Keadaan yang sama mengenai juga kerajaan dibawah PR.