Saturday, January 21, 2012

Cara Mendapatkan Lesen Di USA - Tak Perlu Sekolah Memandu

Tanpa perlu masuk sekolah memandu (tak pernah kelihatan ada pun) kita boleh mendapat lesen memandu di USA. Kita hanya perlu belajar memandu dengan sesiapa yang sudah mempunyai lesen memandu. Biasanya ibu-bapa sendiri. Dalam kes saya sendiri, sahabat saya yang juga berumur 17 tahun ketika itu. TQ kepada beliau yang secara sukarela mengajar saya memandu kereta kongsi kami Chevy Camaro otomatik gear.

Mula-mula belajar diparking lot pada hari minggu kerana ianya kosong. Setelah confident kita masuki lorong-lorong yang tidak sibuk. Kemudian ikut jalan kampung dan belajar membuat parking hala naik bukit dan parking menjunam. (Kita diMalaysia tiada keperluan kemahiran sebegini). Kita juga belajar teknik memotong kenderaan mengikut jenisnya. Apabila memotong basikal/motosikal kita diperlukan mengurangkan kelajuan dan berhati-hati. Kita juga TIDAKdibolehkan memotong bas sekolah yang berhenti.

Setelah mempunyai kemahiran yang cukup kita belajar menggunakan lebuhraya pula. Teknik masuk lebihraya dengan memandu selaju kederaan yang telah berada dilebuhraya juga dititikberatkan. Yang pastinya, disepanjang tempuh latihan memandu kita diwajibkan membaca setiap tanda jalanraya dan bertindak mengikut kehendak tanda tersebut. Kalau gagal mematuhinya kita akan gagal dalam ujian nanti (Saya kira ini satu perbezaaan besar dengan cara diMalaysia).

Yang terakhirnya ialah belajar parking tegak yang amat senang dilakukan itu. Tidak ada keperluan kepada Side Parking maupun Reverse Parking. Itu saja. Dua minggu belajar kita sudah boleh lulus memandu. Kini hanya menuggu ujian bertulis dan seterusnya ujian memandu.

Setelah lulus ujian bertulis peraturan jalan raya, kita seterusnya diuji memandu kereta pilihan kita sendiri. Ertinya kereta otomatik. Ujian berlaku sebagaimana yang kita telah belajar. Didalam kes saya, dua teguran diberi oleh pakcik mat saleh tester tu; satu jangan laju semasa membengkok kerana kita tidak mahu memandu diatas dua tayar. Dan satu lagi saya disoal kenapa memusing kereta secara emergency apabila saya mengelak lubang diatas jalan.

Namun saya lulus. Ini mungkin kerana ujian bertulis saya score 100% dan tester respect pencapaian yang jarang orang memperolehinya. Atau mungkin polisi mereka memastikan semua orang mempunyai lesen memandu yangmana ianya juga adalah IC kepada rakyat mereka.

Seandainya kita gagal ujian disebelah pagi, kita boleh mengambilnya lagi disebelah petang. Bayaran untuk mendapatkan lesen ini amtlah murah, USD7 saja. Saya harap negara kita dapat memudahkan juga peraturan mendapatkan lesen ini.

Sunday, January 8, 2012

Konsep Berkumpulan - Mufarakah Sekalipun Dibenarkan Dianggap Suatu KeZoliman ( Unfair Act)

Gerakan berkumpulan atau berjemaah memerlukan kesatuan hati dan tindakan (dikenali sebagai energy synchronisation-synergy) untuk menjadi sesuatu usaha itu berbarakat. Contohnya, sekira suatu kumpulan 10 orang budak cuba menarik kereta lembu tetapi hanya 5 orang menarik kearah yang dituju, yang lain menarik kearah kesukaan masing-masing sudah pasti terumbang-ambinglah kereta lembu itu. Besar kemungkinan ia tidak akan tiba kematlamatnya.

Islam juga ada mengajar kita melalui konsep mufarakah dimana sekira Imam melakukan kesilapan ma'mum dibenark berpisah solat dengan imam itu. Namun, perbuatan itu masih dianggap suatu kezoliman yang besar yang tidak digemari Allah.

Selepas sesuatu keputusan ramai telah dibuat maka setiap orang didalam kumpulan mestilah bergerak kearah yang telah diputuskan itu walaupun keputusan itu salah atau pincang. Kalau masih mahu berkeras dengan kemahuan peribadi maka anda bukan lagi berada didalam kumpulan itu. Jauhilah segera supaya anda tidak menjadi pengkhianat. Kezoliman seorang pengkhianat adalah lebih dahsyat.

Sebarang bangkangan hendaklah berlaku sebelum keputusan berkumpulan dibuat. Bangkanglah bermati-matian diperingkat ini. Setelah itu tutuplah padangan berbeza anda dan bergerak serentak seiringan dengan kumpulan itu. Itu adalah lebih mulia dan lebih diredhai Allah.