Thursday, March 10, 2011

Bayar Saman Atau Bayar Kompaun ??

Secara mudah, saman ialah jemputan keatas seseorang "pesalah" kemahkamah untuk dia mendapatkan keadilan. Dengan kata lain, kitalah yang mahu (insist) berjumpa hakim untuknya menentukan status kesalahan kita. Pada hakikatnya kitalah yang membawa kes kemahkamah dan bukannya pihak berkuasa yang mengeluarkan saman.. Pihak berkuasa biasanya lebih cenderung menyelesaikan kes tanpa ditentukan duduk perkara oleh mahkamah. Ini dapat dilihat dari kegemaran mereka menawarkan kompaun. Kekadang ditawarkan diskaun pulak tu.

Terdapat banyak keadaan dimana "pesalah" sebenarnya tidak melakukan kesalahan dari segi undang-undang. Contohnya, katakan nombor kenderaan yang sama telah disalin dan digunakan oleh orang lain. Orang itu pulak telah melakukan kesalahan jalan raya tetapi saman dihantar kepada anda. Adakah wajar anda membiarkan saja keadaan ini berlaku dengan membayara kompaun tanpa mendapat pengadilan ?

Secara mudah, kompaun* ialah bayaran denda tanpa diadili oleh mahkamah terlebih dahulu. Dengan membayar kompaun bererti anda  mengaku salah walaupun anda mungkin, dari sisi undang-undang, tidak melakukan kesalahan sebagaimana dituduh.

Sewajarnya negara yang semakin maju harus bergerak kearah " rakyat mesra mahkamah" dimana rakyat tanpa takut-takut pergi kemahkamah untuk mengetahui apa-benar mereka bersalah sebagai yang dituduh atau tidak!!

Pada zaman kesultanan dahulu rakyat dari berbagai lapisan menghadap sultan-sultan mereka untuk mendapat pengadilan. Kenapa pula dalam zaman serba maju ini orang-ramai takut untuk berhadapan hakim yangmana  bukan menyebelahi mana-mana pihak termasuk pihak berkuasa ?? Sebaliknya hakimlah yang akan menentukan anda salah atau tidak !! Bukankah kepastian itu yang  kita mahu ?


* Nota :  Bukan semua kesalahan boleh ditawarkan kompaun.