Saturday, April 27, 2013

FUNGSI PARTI MANSUH SETELAH KERAJAAN TERBENTUK


Tujuan mengundi hanyalah satu iaitu untuk mencari siapa atau puak mana yang akan diamanahkan mentadbir negara secara SAKSAMA.  Itu saja. Ia sepatutnya berhenti setakat itu sahaja dan tidak meleret-leret sehingga lima tahun. Untuk itu berlaku, pilihanraya mestilah telus dan dapat dibuktikan ianya telus adil dan saksama.

Pengendali pilihanraya (SPR) pula mestilah dilihat sebagai pengadil - adil dan tidak dilihat sebagai memihak kepada mana-mana pihak terutama pihak yang memegang kuasa. Kalau perlu memihak dari segi bantuan ianya harus pergi kepada "underdogs" bukannya kepihak pemerintah. Dari segi logik SPR sepatutnya berada secara langsung dibawah Yg Dipertuan Agong. Ini kerana setelah parlimen dibubarkan tiada lagi kerajaan yang sah pada ketika itu. Kuasa mentadbir negara kembali kepada Yg Dipertuan Agong sehingga kerajaan yang sah ditemui.

Setelah kerajaan yang sah sudah ditemui maka tertutuplah segala nama parti didalam pentadbirannya. Tiada boleh ada "party brands" seperti billboards  'Satu Lagi Projek Kerajaan BN/PR"  atau Baja Cap Dacing. Tiada boleh dibeza-bezakan pembangunan negeri yang bukan dibawah partinya. Tiada boleh mengubah perjanjian pemberian royalti atau grant semata-mata kerana negeri itu tidak berpihak parti mereka. Ia mesti mentadbir negara dengan sama-rata.

Keadaan ini sewajarnya dimaktubkan didalam surat sumpah Perdana Menteri dan dikuatkan dengan watikah ucapan yang Dipertuan Agong yang ditambah dengan "sekira keadaan pentadbiran didapati tidak mengikut lunas-lunas ini, beta dengan persetujuan majlis raja-raja akan membubarkan kerajaan dibawah tuan Perdana Menteri". (Ini adalah suatu usul dari saya, kacamata rakyat semata).

Jika tidak, alamatnya persengketaan rakyat akan berterusan dan synergy tidak akan dapat diperolehi. Negara pula pasti tidak akan menjadi hebat sampai bila-bila.

Amalan  "starve the opposition" atau pun "demonise the opposition" harus dihentikan samasekali supaya  semua rakyat dapat memberi sokongan padu kepada mana-mana pihak yang mentadbir negara.

Satu-satu kerajaan akan dikira melanggari prinsip demokrasi sekira mentadbir berpaksikan cap parti (parti brand) setelah membentuk kerajaan. Demokrasi TIDAK membenarkan diskriminasi mengikut parti kerana fungsi parti sepatutnya hanya  ujud sebelum pilihanraya  dan untuk tujuan pilihanraya sahaja.

Sekira penyimpangan sebegini berlaku tanggung-jawab raja-raja (Yang Dipertuan Agong) lah untuk menegur Kerajaan Semasa yang sudah menyimpang dari kehendak negara itu. Dan sekira berdegil kerajaan sewajarnya dimansuhkan !!