Friday, May 10, 2013

Perihal Petrolium III- Terminologi Rizab Minyak

Didalam industri minyak kita mesti berhati-hati dalam menggunakan perkataan yang berkaitan dengan "rizab" minyak kerana perbezaan maknanya besar. Tak kurang dari lima terminologi diguna-pakai dan setiap satu membawa pengertiannya yang tersendiri berasaskan hiraki kepastian jumlah yang ada didalam takungan batuan. Kedudukan terendah dalam hiraki ialah 'Sumber Potensi" dan tertinggi ialah "rizab".


[under construction]

Perihal Petrolium II - Apa Itu Lapangan Minyak (Oil Field)

Apabila takungan (batuan berongga) dibuktikan ada minyak didalamnya melalui jalan penggerudian dan testing, takungan tersebut bolehlah dipanggil Lapangan Minyak (sekira ianya minyak) dan Lapangan Gas (sekira ianya gas).

Tapi berapakah nilai ($$$) sesuatu lapangan minyak itu ?

Pada asasnya nilai sesuatu lapangan banyak bergantung pada saiznya. Secara kasarnya, lagi besar saiznya lagi tinggi nilainya.Tetapi ini tidak sentiasa benar. Nilainya juga bergantung pada kepastian taburan rongga batuan yang bersambungan diantara satu dengan lain. Ini kerana minyak yang tidak bersambungan tidak akan bergerak kearah telaga yang digali lalu tidak dapat dikeluarkan walaupun ada banyak minyak disitu.  Saiz takungan besar yang mengandungi banyak rongga yang tertutup akan menyebabkan nilai lapangan akan menjadi rendah. Sebaliknya takungan yang kecil pula boleh bernilai tinggi sekira rongga batuannya besar-besar dan bersambungan antara satu dengan yang lain.

Nilai juga bergantung pada kelikatan minyak. Minyak likat atau pekat payah untuk dipam keluar dan banyak yang menjadi daki dan tertinggal didalam takungan.

Walaupun kandungan sulfur dan asid juga sedikit sebanyak menentukan nilai minyak oleh kerana kerumitan pemprosesan tapi ia biasanya tidak merendahkan nilai lapangan.  Yang lebih berpotensi merendahkan nilai ialah perekahan takungan. Pernah terjadi keatas lapangan minyak dimana satu lapangan minyak besar yang banyak rekahan didapati mengandungi hanya 10%  sahaja dari seluruh takungan.  Ini disebabkan minyak yang diuji melalui jalan gerudi tidak ujud didalam keseluruhan takungan tetapi hanya ujud didalam serpihan rekahan yang kecil sahaja !! Bayangkan sekira kita membeli lapangan minyak yang sebegitu atau membuat pelaburan besar !! Bukan setakat jari tetapi tangan pun boleh terbakar.