Sunday, December 15, 2013

Demokrasi - Selepas Menang Suara Terbanyak Maka Tiada Lagi Berpolitik Selepas Itu

Tujuan mengundi adalah untuk mencari pentadbir negara untuk selam lima tahun. Itu saja. Apabila sudah didapati pihak untuk mentadbir negara, tiada lagi pihak yang wajar bermain politik; baik rakyat maupun kerajaan.

Kerajaan tidak boleh lagi membeza-bezakan rakyat. Rakyat pula mesti semuanya menjadi rakyat jelata tanpa label parti lagi. Dan apabila pentadbir mengujudkan dasar yang bertentangan dengan apa yang dihasratkan rakyat, maka keseluruhan rakyat mestilah sepakat membantah dasar itu. Perjuangan bukannya hanya diletakkan diatas  satu-satu pihak saja. Semua adalah rakyat. Semua pun akan kena akan dasar yang dibuat pentadbir.




"under construction'

Friday, August 16, 2013

Elemen Penting Demokrasi Yang Selalu Dipinggirkan - Memberi Peluang Menyudahkan Apa Yg Dimulai

Demokrasi bukan sahaja setakat kebebasan bersuara, tiada buli-membuli dan sebagainya. Satu elemen penting demokrasi yang ramai tidak tahu ialah, memberi peluang untuk menyudahkan apa yang sudah dimulai. Katakan parti pembangkang sudah mendapat "simple majority" dan sanggup membentuk kerajaan, rakyat dan parti lain harus memberi peluang seluas-luas kepadanya untuk mentadbir negara/negeri sehingga tamat mandatnya. Kalaupun tidak mahu menyokongnya jangan pulak mensabotajnya dengan berbagai cara kerana perbuatan begini bukan dikehendaki rakyat. Apa yang rakyat mahu ialah semua pihak menyumbang untuk menjayakan manifesto yang baik untuk rakyat.

Negara terbaru yang tidak mematuhi elemen demokrasi ini ialah Mesir. Apabila kerajaan Presiden Morsi baru mencecah umur setahun parti pembangkang mereka mencari-cari pasal untuk menggulingkannya. Mereka tidak memberi peluang kepada kerajaan itu mentadbir sehingga keakhir mandat. Maka lihatlah apa kesannya. Negara porak peranda; rakyat sengsara; kemajuan terbantut. Dan akhirnya kedua-dua pihak berputih mata apabila tentera yang senantiasa menunggu peluang berkuasa, merampasnya.

Jadi, semua pihak haruslah mematuhi prinsip demokrasi ini 'memberi peluang untuk menyudahkan apa yang telah dimulai".




                "Bermainlah Politik Rakyat dan bukan bermain Politik Ketua Bahagian"


Tuesday, July 9, 2013

Jenayah : Tunjukkan Negara Ini Ada Undang-undang, Ada Tuan !!

Negara ini seolah-olah tiada undang-undang atau penguasa. Seolah-olah negara tak bertuan. Penjenayah berleluasa melakukan jenayah kecil mahupun besar. Tak percaya ? Lihat saja diakhbar kita. Setiap hari terpampang kejadian "mencerobah" kehidupan peribadi rakyat oleh penjenayah luar dan dalam negeri. Mulakan dengan kesalahan kenderaan yang bernombor plet tidak mengikut peraturan. Kemudian banteras pemanduan tanpa lesen yang sah.

Bagaimana untuk menunjukkan negara ini ada undang-undang  atau bertuan ? dan bukannya penjahat yang menjadi tuan ??

Pertamanya, banteras kesalahan jenayah walau sekecil mana-pun. Jangan hanya tunggu jenayah berat baru mahu bertindak. Mesti ingat, jenayah kecil itu mencerminkan jenayah besar dimasa depan. Api yang kecil adalah api yang menunggu situasi sesuai untuk menjadi marak.

Kedua, persona-non-grata. Halau saja pendatang luar yang didapati menjalankan kegiatan jenayah atau melanggar peraturan negara tanpa maaf, tanpa pertimbangan dan tanpa dibawa kemahkamah. Nyah saja. Itu hak kita. Kalau dulu rakyat sendiri boleh di ISAkan tanpa bicara inikan pula rakyat asing!

Ketiga harus ingat wahai penguasa. Apabila penjahat boleh merasuah penguasa kita, ia bereti penjenyah sudah menjadi tuan/boss atau taukeh kerana dia sudah membayar "gaji" kamu.

[Under constrction]

Tuesday, June 25, 2013

Ungkapan "Check And Balance" = "Sekat dan Imbang"

Erti perkataan inggeris "checks" lebih  mirip kepada "hentikan, cegah, halang, matikan, bekukan dan sebagainya.  Jadi checks disini BUKAN seerti SEMAK.

http://legal-dictionary.thefreedictionary.com/checks

 check (Bar), noun abeyance, arrest, barricade, barrier, block, blockage, cessation, checkmate, control, curb, damper, deadlock, deadstop, delay, detainment, detention, disruption, drawback, embargo, estoppel, foil, frustration, full stop, halt, hindrance, impediment, impedimentum, injunction, interference, interruption, limitation, mora, obstacle, obstruction, opposition, preclusion, proscription, rebuff, regulation, rejection, restraint, restriction, retardation, retardment, standstill, stop, stoppage, stopper, suspension, trammel

 check (Restrain), verb abate, adjust, arrest, attemper, bate, block, bring to a standstill, call a halt, cause a stoppage, constrain, control, countercheck, curb, cut off, delay, detain, deter, diminish, discourage, dissuade, draw rein, estop, freeze, frustrate, halt, head off, hinder, hold in check, impair, impede, impedite, inhibit, intercept, interrupt, intervene, keep back, keep under control, lay under reetraint, limit, obstruct, overpower, put a restraint upon, put a stop to, put an end to, put under restraint, restrain, restrict, retard, run counter, set back, slow, slow down, stalemate, stand in the way, stem, stop, stultify, suppress, thwart

Saturday, June 1, 2013

Untuk Pelajar Undang-undang - reverse logic dan being true to the letters of the laws

1. Berkenaan prinsip "privity of contract" dan reverse application.

Mengikut prinsip privity , pihak ketiga (third party) tidak boleh diberi faedah mahupun beban dari satu-satu kontrak.  [Beswick V Beswick]

Jadi kalau itulah keadaannya, bagaimana hendak memberi faedah kepada orang yang tidak ada kena-mengena dengan sesuatu kontrak kerana dengan meletakkan nama mereka didalam terma kontrak pun masih tidak memberi mereka hak dari kontrak tersebut ? Orang itu yang juga dikenali sebagai Third Party tetap tidak akan mendapat hak dari kontrak tersebut selagi mana ianya adalah berstatus 3rd party.

Oleh itu, untuk memberi hak, satu cara ialah dengan menjadikan 3rd party tadi, party kepada kontrak tersebut. Ini dilakukan dengan 3rd Party tadi menanda-tangani bersama kontrak tersebut.

[Terdapat cara lain tapi tidak berkaitan dengan apa yang hendak disampaikan]


2.  Berkenaan prinsip "certainty of terms".  Terma dan syarat kontrak mestilah tetap/tepat. Ini bererti perkara yang bukan terma dan syarat TIDAK termasuk dibawah prinsip ini maka dibolehkan untuk ia bergerak bebas tanpa ketepatan. Contohnya perkara didalam "pre-amble" kontrak.

Friday, May 31, 2013

Sistem "Convention" Mengelakkan Perpecahan, Menjana Synergy

"Convention" adalah suatu tabiat atau kebiasaan berpolitik. Walaupun ianya bukanlah suatu undang-undang tetapi menghormatinya akan membawa kesan baik yang tidak terhingga terutama dalam mencegah perpecahan besar-besaran.

Satu dari sistem "convention" ini ialah  "convention" yg dimulakan oleh Tunku Abdulrahman dan diikuti pula oleh Tun Hussin Onn (tetapi disisihkan oleh Mahathir) ialah "apabila dicabar hendaklah meletakkan jawatan presiden UMNO". Kesan dari perletakan jawatan oleh TAR dan Husin Onn ialah tiada perpecahan melayu apabila mereka melepaskan jawatan. Sebaliknya  apabila Mahathir tidak menghormati "convention" ini perpecahan melayu secara besar-besaran kepada dua kem, kem Mahathir dan Kem KuLi telah berlaku. Keadaan ini juga telah menyaksikan kematian UMNO dan kelahiran parti baru S-46. 

Apa yang kita, rakyat Malaysia, ingin lihat ialah "convention" sebegini juga berlaku diperingkat negara iaitu apabila parti pemerintah kalah pada Undi Popular (walaupun menang majoriti kerusi parlimen) hendaklah melepaskan hak mentadbir negara kepada kumpulan underdog (pembangkang). Pentadbiran  "underdog" yang diberikan hak ini pula, sekira mahu, mengkhususkan beberapa jawatan kabinet kepada parti lawan. Dengan cara "gentleman" ini, negara kan memperolehi kebaikan "synergy" yang tersangat tinggi- seluruh rakyat akan mendokong dasar-dasar kerajaan dengan sepenuhnya.

Friday, May 24, 2013

Ilmu Kenegaraan : Perlembagaan Perisai Rakyat

Satu dari fungsi sesuatu perlembagaan ialah melindiungi rakyat dari tindak-tanduk sewenang-wenang pemegang kuasa a.k.a kerajaan. Perlembagaan adalah perisai rakyat. Namun perisai ini banyak robek apabila kerajaan yg mempunyai 2/3 kerusi parlimen berkelayakan untuk merubah perlembagaan mengikut selera pihak berkuasa. Kelemahan benteng perlembagaan akan menjadikan rakyat mentimun yang mudah dilanggari durian!!!


Friday, May 10, 2013

Perihal Petrolium III- Terminologi Rizab Minyak

Didalam industri minyak kita mesti berhati-hati dalam menggunakan perkataan yang berkaitan dengan "rizab" minyak kerana perbezaan maknanya besar. Tak kurang dari lima terminologi diguna-pakai dan setiap satu membawa pengertiannya yang tersendiri berasaskan hiraki kepastian jumlah yang ada didalam takungan batuan. Kedudukan terendah dalam hiraki ialah 'Sumber Potensi" dan tertinggi ialah "rizab".


[under construction]

Perihal Petrolium II - Apa Itu Lapangan Minyak (Oil Field)

Apabila takungan (batuan berongga) dibuktikan ada minyak didalamnya melalui jalan penggerudian dan testing, takungan tersebut bolehlah dipanggil Lapangan Minyak (sekira ianya minyak) dan Lapangan Gas (sekira ianya gas).

Tapi berapakah nilai ($$$) sesuatu lapangan minyak itu ?

Pada asasnya nilai sesuatu lapangan banyak bergantung pada saiznya. Secara kasarnya, lagi besar saiznya lagi tinggi nilainya.Tetapi ini tidak sentiasa benar. Nilainya juga bergantung pada kepastian taburan rongga batuan yang bersambungan diantara satu dengan lain. Ini kerana minyak yang tidak bersambungan tidak akan bergerak kearah telaga yang digali lalu tidak dapat dikeluarkan walaupun ada banyak minyak disitu.  Saiz takungan besar yang mengandungi banyak rongga yang tertutup akan menyebabkan nilai lapangan akan menjadi rendah. Sebaliknya takungan yang kecil pula boleh bernilai tinggi sekira rongga batuannya besar-besar dan bersambungan antara satu dengan yang lain.

Nilai juga bergantung pada kelikatan minyak. Minyak likat atau pekat payah untuk dipam keluar dan banyak yang menjadi daki dan tertinggal didalam takungan.

Walaupun kandungan sulfur dan asid juga sedikit sebanyak menentukan nilai minyak oleh kerana kerumitan pemprosesan tapi ia biasanya tidak merendahkan nilai lapangan.  Yang lebih berpotensi merendahkan nilai ialah perekahan takungan. Pernah terjadi keatas lapangan minyak dimana satu lapangan minyak besar yang banyak rekahan didapati mengandungi hanya 10%  sahaja dari seluruh takungan.  Ini disebabkan minyak yang diuji melalui jalan gerudi tidak ujud didalam keseluruhan takungan tetapi hanya ujud didalam serpihan rekahan yang kecil sahaja !! Bayangkan sekira kita membeli lapangan minyak yang sebegitu atau membuat pelaburan besar !! Bukan setakat jari tetapi tangan pun boleh terbakar.


Thursday, May 9, 2013

Perihal Petroleum I - Apa Itu Blok (Block) dan Berapa Nilainya

Blok ialah sesuatu kawasan yang ditawarkan oleh penguasa sesuatu negeri kepada syarikat minyak untuk mencari dan mengeluarkan minyak/gas dari kawasan tersebut. Ia seperti kawasan tanah yang dipajakkan untuk satu jangkamasa tertentu.

Apakah nilai sesuatu blok itu ?

Nilai sebenar sesuatu blok itu hanya ujud  apabila minyak/atau gas dibuktikan ujud dan dapat dikeluarkan dengan jalan menggerudi blok tersebut.  Sehingga minyak/gas ditemui diblok itu, nilai sebenar blok tersebut adalah sifar. Yang ada hanyalah nilai potensi seperti dalam permainan judi iaitu Peluang Menang didarabkan dengan jumlah Pampasan Hadiah yang boleh dimenangi.

Jadi, selagi minyak/gas belum dilihat dengan mata-kepala sendiri janganlah  merasa gembira sangat walaupun berjaya mendapatkan blok yang sangat cantik dan dibeli dengan harga yang tinggi.

Pernah terjadi satu blok yang bersempadan dengan lapangan minyak gergasi tidak menghasilkan apa-apa penemuan minyak/gas langsung !!!

Walaupun ada syarikat minyak yang memanggil blok sebagai aset untuk mengabur mata pelabur/ stakeholder, ia adalah "misleading". At best sesuatu blok hanya layak dipanggil "aset dalam pertaruhan" selagi tiada minyak/gas ditemui. Jadi, jangan terpedaya dengan perolehan blok oleh syarikat minyak. Ia boleh jadi kerugian besar atau sebaliknya bergantung kepada penemuan haidrokarban yang sememangnya payah untuk ditemui. Kerugian boleh mencecah billion RM apabila harga belian blok dan kos operasi diambil kira.

Wednesday, May 8, 2013

Demokrasi Memerlukan Padang Yang Samarata [ An Even Playing Field Is Required]

Apabila parlimen terbubar, maka mana-mana parti sewajarnya tiada lagi apa-apa kuasa. Yang menduduki kerusi pada semasa peralihan itu sewajanya hanyalah berfungsi diatas kapasiti individu yang meneruskan pejabat dan bukannya berkuasa kabinet.  Pada ketika ini sewajarnya kuasa memerintah kembali kepada Yang Dipertuan Agong. Agong, bersama jemaah raja-raja sewajarnya memegang tampok pemerintahan yang belum diperturunkan kepada kerajaan pada ketika itu.

Adakah perkara sebegini berlaku ?

Jawabnya tidak sama-sekali. Malah sebaliknya yang berlaku. Pentadbir negara yang sudah terbatal mandatnya masih berkelakuan seolah-olah masih berkuasa seperti biasa. Mereka masih mengawal media dan  menggunakannya untuk faedah parti mereka. Menggunakan jentera dan mekanisma hakmilik negara untuk keuntungan parti mereka sesuka hati. Berbagai tekanan keatas jentera kerajaan juga terus berlaku. Ini membuatkan "padang permainan" condong memihak kepada sebelah pihak. Ini  ibarat bermain bola dipadang condong dimana pihak lawan berada disebelah yang rendah. Golek saja bola sudah boleh masuk gol !! Itu tidak adil.

Penggunaan wang untuk membeli undi walau dari mana ia datang atau dengan apa nama sekalipun,  juga adalah merupakan perbuatan menyondongkan padang permainan.

Apakah kesan dari perbuatan tidak adil ini ?

Apabila kita melihat perlawanan bola sepak dimana refereenya berat sebelah apa rasa kita? Apabila kita lihat perlawanan gusti seorang kecil melawan seorang yang dua kali lebih besar mengalahkan yang kecil tadi, apa perasan kita? Apabila kita lihat Israel dengan kekuatan senjata moden melawan palestin yang bersenjatakan batu, pasti jiwa kita teronta-ronta. Jauh dilubuk hati kita akan memusuhinya.

Begitulah juga dalam hal pilihanraya. Kemenangan melalui jalan manipulasi undi (benar/tidak), berbagai penipuan (benar/tidak) akan melahirkan perasaan tidak puas hatiyang bersarang jauh kelubuk sanubari.Perasaan ini pula boleh dikira sebagai permusuhan halus berlaku dibawah minda sedar. Pemberontakan didalam senyap ini akan membantutkan kemajuan negara. Apa tidaknya. Idea-idea yang baik tidak akan diketengahkan malah ada yang lebih rela menyumbang idea dan kreativiti serta tenaga kepada negara lain daripada dikongsi dengan negara sendiri yang dianggap kotor dan zalim.

Bagaimana Untuk Melahirkan Keadaan Yang Kondusif  Ini ?

Seeluknya, parti yang memenangi majoriti kerusi yang tipis terutama yang berbaur penipuan, manipulasi dan sebgainya, dengan sukarela melepaskan pentadbiran negara kepada parti lawan. Dengan cara ini rakyat akan dapat memaafkan kemungkaran yang telah dilakukan dan akan memberikan segala daya dan fikiran untuk memajukan negara demi membuktikan mereka pentadir yang lebih baik, lebih cekap dalam mengggunakan segala sumber yang ada. Rakyat beroleh keuntungan. 2020 pasti akan tercapai. Dalam keadaan sekarang, 2020 akan bertambah 30 puluh tahun lagi kepada 2050.

 {under construction}

Saturday, May 4, 2013

Mengundilah Untuk Akhirat Mu

Segala yang perlu dilakukan sudah dilakukan. Mengundilah mengikut selera masing-masing. Tepuk dada tanyalah iman. Tetapi masih perlu ingat, mengundi itu adalah suatu amal, dan setiap amal itu ada perhitungan dosa dan pahalanya. Itu pun kalau kita dari kalangan orang yang beriman dengan adanya dunia lain selepas dunia yang selesa dan menyeronokkan ini. Selesa disini bukan bermakna selesa disana......Selamat mengundi !!!

Friday, May 3, 2013

Kerajaan Bukannya Raja Yang Harus DiSetiai

Nama sebenar atau nama penuh kerajaan ialah Kerajaan Semasa atau dalam bahasa inggerisnya Government Of The day (pentadbir negara untuk hari ini). Daripada nama penuh ini kita dapat memahami betapa keadaan sebenar keujudan kerajaan yang singkat bagai embun pagi.Setelah terbit mentari lenyaplah ia.

Walaupun terdapat kecenderungan kerajaan menyembunyikan hakikat ini ianya terserlah juga apabila setiap lima tahun, mahu tidak mahu, sesuatu kerajaan wajib terbubar. Keadaan ini juga adalah untuk mengingatkan kita dan kerajaan itu sendiri bahawa kerajaan BUKAN raja.

Ya. Kerajaan bukannya raja. Mereka diberi amanah oleh rakyat untuk mentadbir negara buat sementara waktu sahaja. Dan tempoh waktu mereka sudah habis..tamat setelah najib mansuhkanya baru-baru  ini. Jadi kenapa harus bersetia-setia lagi sebab kerajaan sudah pun tiada??   Juga perhatikan Rukun Negara. Ada tak kesetiaan pada kerajaan termaktub disitu?

Thursday, May 2, 2013

Anda Masih Belum Beriman Walaupun Telah Melakukan Ibadat...

Satu kejutan keatas saya apabila membaca kisah bagaimana orang Islam yang sudah melakukan ibadat kepada Allah tetapi Allah mengatakan mereka ini belum beriman. Selama ini saya kira apabila sudah solat dengan sempurna dan melakukan ibadah-ibadah lain itu maka kita sudah beriman !!! Melesetnya kita selama ini. Jadi bilakah kita dikatan sudah beriman ??

Allah mengatakan:  HANYA orang yang beriman dengan Allah dan rasulnya DAN  seterusnya BERJUANG dijalan Allah dengan harta-benda dan nyawaItulah orang yang beriman.

(Al Hujjurat  14-15 )

Wednesday, May 1, 2013

Apakah Jasa Dan Fungsi Pembangkang Kepada Rakyat

Kenapa Pembangkang tidak diharamkan dinegara ini ?

Walaupun bertahun-tahun lamanya media propaganda memburuk-burukkan pembangkang seburuk-buruknya tetapi ia tetap wujud tanpa diharamkan. Kenapa ?

Jawapannya : Kerana negara perlukannya. Rakyat perlukannya. Raja-raja perlukannya. Perlukan mereka untuk apa ? Pertamanya, tanpa kita sedari merekalah yang menghalang kerakusan pihak yang memegang kuasa. Merekalah yang mencabar dasar-dasar kerajaan yang merugikan rakyat. Merekalah yang mempertahankan perlembagaan supaya dipatuhi. Merekalah yang telah "memaksa" BRIM dikeluarkan kepada rakyat. 
 Ketiadaan mereka bererti kerajaan berkuasa penuh (absolute power). Didalam keadaan berkuasa penuh sesebuah kerajaan berpotensi menyentuh kepentingan raja-raja sekalipun. Oleh itu janganlah sesiapa dari parti mana sekalipun memperkecilkan pihak pembangkang. Jasa pembangkang terlalu banyak untuk kita tetapi tidak diwarwarkan oleh media propaganda. Juga mungkin esuk anda juga jadi pembangkang. !!

Adakah Rakyat Itu Boss Kepada Kerajaan ??

Betul, rakyat sepatutnya adalah boss. Tapi bila rakyat telah dijahilkan selama 50 tahun melalui Kotak Propaganda kerajaan, rakyat tidak lagi dapat mengenal antara hak dan bathil. Yg mereka tahu BN baik; pembangkang jahat. Mereka tidak tahu bahawa yang menghalang kerajaan dari bermaharajalela selama ini ialah pembangkang. Kalau tidak sudak lama rakyat ditindas dengan lebih kejam.

Perjuangan Islam UMNO Versus Perjuangan Islam PAS

Ini suatu pandangan saya semata, orang yang tidak menjadi ahli mana-mana parti.  Pandangan orang lain mungkin berbeda.

UMNO adalah pejuang bangsa melayu. Itu tidak dinafikan. Siapakah yang dipanggil melayu itu?  Mengikut takrifan perlembagaan, melayu adalah orang yg mengamalkan adat budaya melayu dan berugama Islam. Ini bererti ISlam itu perkara kedua atau perkara tempelan kepada perjuangan UMNO.  ISlam tidak diperjelaskan tetapi terselindung didalam perkataan melayu itu sendiri. Dalam banyak keadaan ianya terhilang dari ingatan. Out of sight out of mind. Perjuangan ISlam UMNO tidak "direct". Islamnya hanya mengekori perjuangan melayu ibarat kuda menarik kerata pedatinya mengikut kemana saja perginya kuda itu.

Sekira Islam menjadi beban kepadanya maka ditinggalkannya. Ignored. Apabila ISlam boleh menjadi aset kepada UMNO maka diwarwarkannya. Secara ringkas perjuangan ISlam oleh UMNO seumpama seorang yang menuju ke Masjid Negara untuk solat jumaat. Apabila tiba di kedai makan atau supermarket semasa diperjalanan, singgah dia untuk minum kopi. Apabila mendengar azan maka ditanya dirinya, nak teruskan ke mesjid ka atau  batalkan niat ??


Perjuangan PAS terhadap Islam pula terbalik dari perjuangan UMNO terhadap ISlam. PAS meletakkan ISlam sebagai kuda dan semua manusia adalah kereta pedatinya. Perjuangannya "direct" tidak berbelit-belit atau berdolak daleh kerana tiada diberi ruang untuk begitu. Sekira berniat ke Masjid Negara, tiada lagi singgah-singgah tetapi terus ke sana.


{Provisional}

Tuesday, April 30, 2013

Undilah Tanpa Rasa Terhutang Budi Pada Sesiapa - Undi Anda Akhirat Anda


Walaupun anda pekerja kerajaan (Kerajaan BN/PR), walaupun anda menerima bantuan BRIM, buku, smartphone atau membuat akujanji dan lain-lain, anda masih BEBAS MENGUNDI. Anda tidak terikat dengan perkara tersebut kerana wang gaji anda dan wang bantuan kesemuanya adalah dari wang kita sendiri jugak iaitu wang rakyat. Wang yang dikutip melalui berbagai-bagai cukai yang mana orang paling miskin pun membayarnya !! Jadi kenapa harus rasa terhutang budi pada sesiapa ?

Akujanji atau janji yang dibuat kerana paksaan atau tekanan (under duress) juga adalah terbatal dengan sendirinya dan tidak laku didunia mahupun diakhirat.

Jadi yang tinggal untuk diambil kira ialah undi kita mestilah menyelamatkan kita dunia dan di akhirat kerana kita akan diperhitungkan. Tangan kita akan diperhitungkan. Kaki kita akan diperhitungkan.

Undilah Sesiapa Sahaja Yang Anda Sukai Asalkan Selamat Dunia Akhirat

Seperti jugak mana-mana perbuatan kita, urusan mengundi jugak bukan terhenti setakat dunia sahaja tetapi berterusan hingga keakhirat, Jangan ingat perbuatan kita itu dibiarkan begitu saja. Malah harus ingat, setiap perbuatan kita itu kita akan dipertanggung-jawabkan dan disoal satu persatu.

Siapa Sebenarnya Yang Berjasa ??

Apabila melihat pada jasa, lihat juga pada "collateral damage" yang dikorbankan orang yg berjasa itu. Ini kerana apa yang bernilai kepada kita (dan disisi Allah juga) ialah "Net-Added Value " atau nilai tambah bersih atau dgn lain perkataan Pahala tolak Dosa.

Mencegah Kemungkaran Adalah Kewajipan Keatas Semua


Kemungkaran adalah sebarang kesalahan, ma'siat, kejahatan, penindasan, penipuan, mungkir janji, pecah amanah, kezaliman dan sebagainya.  Kecil atau besar sesuatu kemungkaran itu adalah dianggap sama kejinya. Oleh itu kesemuanya perlu dicegah dan tidak dibiarkan merebak seperti api semasa kecillah mudah di cegah. Setelah besar ianya memerlukan tenaga yang banyak malah nyawa juga boleh menjadi pertaruhan.


 Satu kemungkaran seperti pelacuran akan melahirkan banyak kemungkaran-kemungkaran lain seperti merebakkan penyakit kelamin/aids, gangterisma, kekasaran terhadap wanita, penyeludupan, dadah, dan berbagai lagi. Orang-orang yang hidup diatas kemungkaran ini sudah pasti akan menyokong mana-mana pemimpin yang mungkar juga. Mereka akan seboleh-bolehnya mempertahankan  pemimpin yang mungkar itu dan amat khuatir sekira ketua mungkar itu ditukar ganti.

Maka hendaklah sama-sama mencegah dgn tangan atau lidah atau kalau tak berdaya sangat, cegahlah dgn hati kemungkaran yg sedang berlaku dan lebih-lebih lagi yg akan berlaku. Kalau tidak Allah akan jadikan bagi kita ketua/pemimpin dari org-org zalim yangmana kita tidak dapat mengawalnya lagi.....Allahu a'lam.

Islam Itu Syumul-Tiada Yang Terlepas Ruang Litupnya

Semua tahu dan  mengaku Islam itu syumul (all-covering). Ini bermakna TIADA sesuatu yg tertinggal atau tak termasuk dibawah Islam. Jadi jika ada pihak yang mengatakan politik itu terasing dari Islam, mereka telah menidakkan kesyumulan Islam itu sendiri. Atau pun mereka sengaja  suka asingkan politik dari Islam supaya mereka bebas melakukan kemungkaran tanpa rasa segan silu !!.  ....Allahu a'lam.

Sunday, April 28, 2013

Parti Manakah Parti Syaithan ?

Rupanya Allah sudah nyatakan 1400 tahun lalu bahawa terdapat parti yang dikelasifikasikan sebagai Parti Syaitan. Ayatnya : Al-Mujaddalah Ayat 19.


Saturday, April 27, 2013

FUNGSI PARTI MANSUH SETELAH KERAJAAN TERBENTUK


Tujuan mengundi hanyalah satu iaitu untuk mencari siapa atau puak mana yang akan diamanahkan mentadbir negara secara SAKSAMA.  Itu saja. Ia sepatutnya berhenti setakat itu sahaja dan tidak meleret-leret sehingga lima tahun. Untuk itu berlaku, pilihanraya mestilah telus dan dapat dibuktikan ianya telus adil dan saksama.

Pengendali pilihanraya (SPR) pula mestilah dilihat sebagai pengadil - adil dan tidak dilihat sebagai memihak kepada mana-mana pihak terutama pihak yang memegang kuasa. Kalau perlu memihak dari segi bantuan ianya harus pergi kepada "underdogs" bukannya kepihak pemerintah. Dari segi logik SPR sepatutnya berada secara langsung dibawah Yg Dipertuan Agong. Ini kerana setelah parlimen dibubarkan tiada lagi kerajaan yang sah pada ketika itu. Kuasa mentadbir negara kembali kepada Yg Dipertuan Agong sehingga kerajaan yang sah ditemui.

Setelah kerajaan yang sah sudah ditemui maka tertutuplah segala nama parti didalam pentadbirannya. Tiada boleh ada "party brands" seperti billboards  'Satu Lagi Projek Kerajaan BN/PR"  atau Baja Cap Dacing. Tiada boleh dibeza-bezakan pembangunan negeri yang bukan dibawah partinya. Tiada boleh mengubah perjanjian pemberian royalti atau grant semata-mata kerana negeri itu tidak berpihak parti mereka. Ia mesti mentadbir negara dengan sama-rata.

Keadaan ini sewajarnya dimaktubkan didalam surat sumpah Perdana Menteri dan dikuatkan dengan watikah ucapan yang Dipertuan Agong yang ditambah dengan "sekira keadaan pentadbiran didapati tidak mengikut lunas-lunas ini, beta dengan persetujuan majlis raja-raja akan membubarkan kerajaan dibawah tuan Perdana Menteri". (Ini adalah suatu usul dari saya, kacamata rakyat semata).

Jika tidak, alamatnya persengketaan rakyat akan berterusan dan synergy tidak akan dapat diperolehi. Negara pula pasti tidak akan menjadi hebat sampai bila-bila.

Amalan  "starve the opposition" atau pun "demonise the opposition" harus dihentikan samasekali supaya  semua rakyat dapat memberi sokongan padu kepada mana-mana pihak yang mentadbir negara.

Satu-satu kerajaan akan dikira melanggari prinsip demokrasi sekira mentadbir berpaksikan cap parti (parti brand) setelah membentuk kerajaan. Demokrasi TIDAK membenarkan diskriminasi mengikut parti kerana fungsi parti sepatutnya hanya  ujud sebelum pilihanraya  dan untuk tujuan pilihanraya sahaja.

Sekira penyimpangan sebegini berlaku tanggung-jawab raja-raja (Yang Dipertuan Agong) lah untuk menegur Kerajaan Semasa yang sudah menyimpang dari kehendak negara itu. Dan sekira berdegil kerajaan sewajarnya dimansuhkan !!

Friday, April 26, 2013

Kehebatan Gabungan BN Versus Gabungan PR

Kehebatan gabungan BN 

MCA - hebat berniaga , MIC - hebat guaman, lidah berbelit (gift of the gab), UMNO - hebat toleransi, partner gertak sikit boleh kasi.  Itu saja yang saya dapat fikirkan secara jujur untuk BN setakat ini.

Kehebatan gabungan PR
DAP- mengawal segala rupabentuk keangkuhan/penindasan, PAS - mengawal moral dan keakhiratan (roh), PKR - moderator - mengimbangi semuanya dari terlajak. Suatu resipi yang berpotensi membawa negara kemercu kehebatan untuk 50 tahun akan datang.

Tuesday, April 23, 2013

Demokrasi Bukan Setakat Mengundi.......

Negara kita telah bersepakat untuk mengambil demokrasi sebagai cara negara ini berjalan. Tapi apakah itu demokrasi ? Secara mudah, demokrasi adalah kawalan kuasa supaya tidak ada pihak terutama yang mempunyai kuasa menjadi ANGKUH. Tiada yang membuli satu sama lain.  Ia adalah suatu sistem yang berpotensi melahirkan suasana aman-damai dan kondusif untuk maju melalui synergy sekira diamalkan dengan betul dan tanpa distortion.

Amalan mengundi untuk mencari puak yang akan mentadbir negara bagi pihak rakyat (selama lima tahun) adalah juga termasuk dalam usaha mengekang kuasa supaya  tidak menjadi angkuh. Ini dilakukan dengan rakyat menolak mana-mana puak yang telah terbukti menggunakan kuasa secara angkuh seperti menindas rakyat, berlaku tidak adil, korupsi, kronisma dan sebagainya.

Sistem demokrasi hanya boleh berjalan sempurna sekira rakyat tidak jahil atau dijahilkan. Dinegara kita usaha untuk mencerdikkan rakyat tidak ujud. Yang ujud hanyalah usaha untuk menjadikan rakyat pandai sahaja. Pandai membina bangunan, pandai mencari minyak, pandai mengurus tadbir dan sebagainya.

Apa bezanya antara pandai dan cerdik ?  "Pandai" lebih mirip kepada menjadikan sesuatu yang diingini berlaku; tetapi "cerdik" lebih mirip kepada mengelakkan atau menghindarkan perkara yang tidak diingini dari berlaku. Contohnya, Sang kancil semasa kakinya digigit buaya menggunakan kecerdikannya memberitahu buaya itu ranting buluh yang digigitnya.

Ilmu kecerdikan yang diperlukan rakyat kita ini ialah ilmu logik atau mantiq dan ilmu kenegaraan yang sebenar. Pada masa kini ilmu kenegaraan yang diajar dipusat pengajian undang-undang pun diacu mengikut selera lokal. Dan ini membuatkan kita lemah apabila bersaing dengan negara luar terutama dizaman globalisasi ini.


KENAPA MELAYU MUDAH LUPA (Why Malays Are "forgetful" )

Informasi  yang masuk keminda kita sesetengahnya mudah hilang dari ingatan walaupun sudah menjadi pegangan kita untuk sesuatu tempoh masa. Kenapa ini berlaku ?  Jawapannya ialah kerana kita tiada Kerangka Ilmu (Knowledge Framework) ataupun kerangka kita itu lemah.Sekeping gambar foto akan mudah hilang ditiup angin sekira tidak di lekatkan pada suatu frame gambar.

Apakah Kerangka Ilmu itu ?

Ia adalah ilmu asas kepada sesuatu bidang Ilmu. Contohnya : asas kepada sifir darab ialah tambah yang berulang. Kalau kita lupa sesuatu sifir kita boleh melakukan tambahan secara berulang. Asas kepada agama ialah iman. Kalau kita lupa kenapa kita lakukan sesuatu atau meninggalkan sesuatu perkara itu kita kembali bertanya kepada iman kita. Asas kepada moral (atau akhlaq) adalah ethic (boleh juga pakai  tasawwuf).

Asas kepada kenegaraan kita kini ialah demokrasi iaitu suatu sistem yang mencegah segala rupabentuk kuasa dari menjadi angkuh (arrogant). Apabila kita mengutuk sesuatu tindakan tidak wajar kerajaan  keatas rakyat, dengan kerangka demokrasi kita sebenar-benarnya marahkannya sebab ia mencabuli asas demokrasi yg negara kita anuti !! Mungkin ia telah bertindak angkuh dalam mencipta dasar.

Tanpa mengikat sesuatu informasi atau pegangan kepada Kerangka Ilmu, maka mudahlah pegangan atau informasi tadi luput dari ingatan terutama apabila disogok !!


Perkara ini juga ada kaitan dengan kenapa kita mudah ditipu (gullible).

Keluarlah dari Kotak Propaganda - Break Free From Propaganda Box

Demi masa (hayat) yg menghampiri penghujung. Usahlah berdaleh lagi. Keluarlah dari Kotak Propaganda yg telah membelenggu minda kita selama 50 tahun itu dan carilah kebenaran sejati. Tanpa berbuat demikian kita akan dipertanggung-jawabkan dikemudian harinya.

Monday, April 22, 2013

DUIT NEGARA ITU ADALAH DUIT RAKYAT, BUKAN DUIT KERAJAAN

Kerajaan TIDAK mempunyai duit !!!  Duit yg ada itu adalah duit seluruh RAKYAT yg dipeolehi melalui berbagai-bagai cukai termasuk cukai jualan yg org paling miskin pun membayarnya secara tidak sedar. Dinegara maju duit itu disebut "taxpayer's money" supaya jelas kepada kerajaan mereka bahawa kerajaan tidak memiliki duit yg banyak itu.

TUJUAN MENGUNDI DIDALAM KONTEKS DEMOKRASI DAN SYNERGY RAKYAT

Tujuan mengundi ialah satu. Mencari siapa atau puak mana yang akan diamanahkan untuk mentadbir negara secara SAKSAMA.  Itu saja. Setelah berjaya menemui puak tersebut maka tertutuplah nama parti didalam pentadbirannya. Tiada boleh ada "party brands" seperti billboards  'Satu Lagi Projek Kerajaan BN/PR"  atau Baja Cap Dacing. Tiada boleh dibeza-bezakan pembangunan negeri yang bukan dibawah partinya. Tiada boleh mengubah perjanjian pemberian royalti atau grant semata-mata kerana negeri itu tidak berparti mereka. Jika tidak, alamatnya persengketaan rakyat akan berterusan dan synergy tidak akan dapat diperolehi. Negara pula pasti tidak akan menjadi hebat sampai bila-bila.

Amalan  "starve the opposition" atau pun "demonise the opposition" harus dihentikan samasekali supaya  semua rakyat dapat memberi sokongan padu kepada mana-mana pihak yang mentadbir negara.

The Beauty Of Pakatan Rakyat {Kehebatan Pakatan rakyat]

Combination of 3 diverse core elements of PR  :  DAP - championing anti-tyranny in any form thru upholding democracy, PAS- championing morality and ethics thru universal religious principles, PKR- championing equity thru equitable fairness principles. What more do we need !! Vote for PR

 [Malay Version]

Gabungan mantap tiga serangkai PR adalah terbaik negara pernah ada. DAP- mengawal segala rupabentuk keangkuhan/penindasan, PAS - mengawal moral dan keakhiratan, PKR - mengimbangi semuanya dari terlajak. Resipi yang berpotensi membawa negara kemercu kehebatan.  Kenapakah masih mahu menolak kesatuan yg terhebat ini ??

Equitable Fairness Principle

I define Equitable Fairness Principle as satisfying the needs of the people (rakyat) where the needs are due irregardless of race, creeds, politcal inclinations, religious beliefs etc. Any raktyat who needs aid must be given attention such as giving fishing rods to enable them to create own value of life. Giving of fish is only on absolute necessary case.

Sunday, March 31, 2013

Bermainlah Politik Rakyat Wahai Rakyat Dan Jangan Bermain Politik Ketua Bahagian

Politik Rakyat ialah politik yang menjurus kepada memberi kebaikan kepada rakyat semata-mata. Ia amat berbeza dari Politik Ketua Bahagian dimana ketua bahagian bermain politik untuk mendapatkan bahagiannya seperti kuasa. Dan dari kuasa ini pula mereka akan merais keuntungan peribadi. Bahagian rakyat  pula, yang pastinya memikul beban kenaikan cukai, tol, harga barang dan seumpamanya. Untuk makluman, SETIAP rakyat tiada yang terlepas daripada terpaksa membayar cukai secara langsung atau tersembunyi. Ini bererti si miskin juga tidak terlepas dari memikul beban cukai. Sekurang-kurangnya cukai jualan.

Apabila kerajaan yang dipilih melakukan kesilapan dasar, tidak cekap mengawal sumber, menyeleweng, melakukan korupsi misalnya, kos yang berbillion itu akan diletakkan keatas bahu kita, rakyat.

Apabila kerajaan yang dipilih itu melakukan rasuah atau membuat transaksi dengan kroni atau saudara mara, besar kemungkinan ianya akan menguntungkan pihak yang terlibat. Yang pasti kerugian ialah dipihak rakyat; secara halus atau kasar. Secara kasar rakyat akan dapati kemudahan awam yang "sub-standard', keruntuhan dan tidak tahan lama. Kerugian rakyat secara halus pula seperti  "Traffic Jam"  yang tidak pernah-pernah selesai. 

Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana sistem rasuah boleh melahirkan kesesakan jalanraya ? Jawapan mudahnya begini: katakan kerajaan bercadang membina suatu lebuhraya ditengah Kuala Lumpur untuk mengelak "jam".  Engineer membuat pengiraan lima lorong mencukupi. Budget untuk lebuhraya lima lorong pun diminta dan diluluskan. Tetapi semasa implementasi mungkin hanya 4 lorong sahaja yang dibina. Satu lorong hilang entah kemana mungkin untuk dibina selepas 5 tahun.

Keadaan sebegini boleh menyebabkan kesesakan. Juga apabila jejantas (ramp) penghubung suatu lebuhraya dengan yang yang telah diluluskan TIDAK dibina tetapi diganti dengan laluan bulatan diatas tanah, kesesakan akan berlaku walaupun lebuhraya dikatakan telah dibina!! Didalam ungkapan inggeris rakyat sudah di "short-changed".

Walaupun cerita ini hanyalah generic, tetapi ia boleh berlaku sekira terdapat kerajan yang diamanahkan mentadbir itu, korup.  Apabila ini benar-benar terjadi rakyatlah yang akan menanggung bebannya.

Jadi rakyat mestilah jangan sesekali bermain politik Ketua Bahagian.  Sebaliknya bermainlah politik Rakyat iaitu menolak mana-mana kerajaan yang terbukti korup serta memastikan kerajaan tidak sampai merasakan negara adalah miliknya. Ini dapat dilakukan dengan mengubah kerajaan dari masa kesemasa. Mulakan dengan keluar dari kotak propaganda dan carilah kebenaran berita dengan niat mengikuti arahan Firman Allah "Apabila orang fasik membawa berita hendaklah kita semak dan selidiki sebelum mengambilnya sebagai benar".

Hal Politik Rakyat ini bukan baru. Pada awal kemerdekaan, semua pihak bermain Politik Rakyat. Ini termasuk Ketua Bahagian. Semuanya hanya mahukan segala kebaikan tumpah kepada rakyat. Tapi setelah masa berlalu idea untuk mengaut keuntungan peribadi oleh sesetengah yang memegang kuasa mula berlaku. Permainan mula bertukar kepada permainan politik Ketua Bahagian lebih-lebih lagi apabila dirasakan selamat melakukan apa jua selagi tampuk kuasa tidak berubah tahun demi tahun. Mereka ini tahu audit dan perhitungan (check and balance) tidak akan dapat dilakukan selagi tampuk kuasa masih dipegang  mereka. Mereka selamat melakukan apa saja.

Oleh yang demikian sesebuah negara perlu membuatkan pemegang kuasa sementara (government of the day) TIDAK sesekali merasakan negara dipunyai mereka. Lakukan perubahan kuasa secara efektif  dari masa kesemasa wahai rakyat.


Friday, February 15, 2013

Nation Building And The Right To Rally - Hak Untuk Menunjuk Perasaan

.......SUATU SYOR UNTUK GENERASI MASA DEPAN

Pembentukan negara (nation building) sebelum mencapai kemerdekaan penuh dengan aksi tunjuk perasaan. Disana-sini perarakan besar-besaran dilakukan. Pentadbiran British ketika itu tidak pula menghalang. Ini mungkin kerana mereka sudah pun bertamaddun (civilised) ketika itu. Atau mungkin mereka sudah berada didalam "mood" untuk melepaskan segala tanah jajahan takluknya. Allahu a'lam.

Proses "nation building" ini adalah sesuatu yang berterusan. Ia kebiasaannya berlaku secara perlahan  dan berdikit dikit sehingga kita tidak merasakan ada usaha yang dilakukan kearah ini. Kemajuan negara kita kecapi kini adalah kesan dari "nation building" yang berterusan ini.

Kekadang "nation building" ini terpaksa berlaku secara "drastik"..Ini boleh terjadi apabila "gross wrong"  atau "gross injustice" telah berlaku didalam pentadbiran negara yang tidak diperbaiki. Apabila keadaan ini berlaku ia akan membawa kita kembali kepada era sebelum ujudnya sistem perundangan. Ia juga boleh meningkat sehingga keluar dari landasan  perlembagaan negara. Apabila ini berlaku pihak pentadbir negara akan menuduh penunjuk perasaan sebagai melanggar undang-undang dan mengguna senjata undang-undang seolah suatu jenayah besar sudah dilakukan "nation-builers" ini.

Didalam konteks Malaysia, 'nation building" secara ini sewajarnya berada langsung dibawah Yang Dipertuan Agung. Hanya Agung bersama Majlis Raja-Raja (sewajarnya tanpa nasihat dari PM atau pihak eksekutif) yang dapat menilai kebaikan dan keluhuran isu yang dibawa pihak penunjuk perasaan. Sekira pihak majlis raja-raja mendapati berasas isu tersebut wajarlah dibawa terus keDewan Negara  untuk dibincang, semak kesahihan dan memperakui tanpa melalui Dewan Rrakyat.