Thursday, August 11, 2011

NEGARA MEMERLUKAN PEMIMPIN YANG MAMPU MENYATU RAKYAT

Negara yang baik mempunyai keseragaman rentak minda dalam menuju kesatu arah atau matlamat walaupun berbeza fahaman politik, ugama atau bangsa.

Pada 10 tahun pertama pentadbiran Dr Mahathir keadaan penyatuan minda ini ada berlaku. Pihak pembangkang ketika itu, walaupun mengeluarkan pandangan alternatif tapi masih menjurus kepada matlamat yang sama dengan pemerintah. Malangnya keadaan penyatuan ini ranap pada sepuluh tahun kedua. Keadaan ini termusnah apabila perpecahan secara permusuhan terjadi dek sebab tidak menghormati sistem "Convention" yang diujudkan oleh pemimpin terdahulu; yakni meletak jawatan secara sukarela apabila dicabar dengan jelas oleh ahli parti yang berpengaruh.

Perpecahan minda rakyat kini seakan 50:50. Dalam keadaan ini, apa-apa sahaja yang cuba dilakukan oleh seorang pemimpin itu tidak akan diterima oleh sebahagian lagi rakyat. Ini akan melemahkan pelaksanaannya atau menggagalkannya samasekali. Kegagalan bererti pembaziran wangrakyat.

Tiada pemimpin yang ada dipersada negara kini, baik dari pihak pemerintah mahupun dari pembangkang, yang mampu menyatukan seluruh rakyat sekurang-kurangnya dari segi minda.Kalau pihak pembangkang  sekarang jadi pemerintah, kumpulan lain itu tidak akan bersatu minda dengannya. Jadi siapakah yang boleh jadi penyatu minda rakyat kita ini?

Secara logik orang itu ialah seorang yang didalam parti pemerintah tetapi berjiwa pembangkang. Orang sebegini akan disenangi pembangkang; pembangkang-friendly. Maka carilah orang sebegini untuk mentadbir negara kita ini dimasa depan.

Thursday, August 4, 2011

Dasar Pelajaran Negara Generasi 2020 - Jatidiri

Kini rata-rata majikan merungut kerana pekerja generasi ini tiada jati-diri :  Marah sikit nak berhenti kerja. Kurang bertanggungjawab. Kurang disiplin. Malas belajar. Malas bekerja. Tetapi mahukan gaji yang tinggi. Ini terjadi akibat memanjakan diri secara keterlaluan. Keadaan ini kalau tidak dibendung akan merosakkan negara pada 2020.

Suatu dasar pelajaran negara menjurus kepada pembentukan jatidiri untuk semua adalah perlu. Ini termasuk membenarkan "ragging terkawal" disekolah, mengadakan kem-kem dipenjara dan dikem tentera bagi pelajar nakal dan tidak berdisiplin.Juga adakan latihan kepimpinan secara berterusan disekolah melalui pembelajaran, guidance, mentoring dan latihan.

Ibubapa juga harus dididik dengan ilmu kepimpinan jika perlu.