Monday, April 14, 2014

Sekuat Mana Patut Azan ?

Azan adalah panggilan keatas anak qariah menunaikan solat fardhu dimasjid  atau disurau sesebuah qariah. Tapi berapa kuatkah patut diazankan ?

Secara logik, jawapan yang munasabah ialah sekuat yang dapat didengari oleh ahli qariah yang terjauh. Tetapi sekira ahli qariah lebih hampir dengan masjid atau surau qariah lain, maka ahli tersebut bukan lagi dikategorikan sebagai terjauh.

 Secara tradisi pula ialah sekuat mana suara Bilal Bin Rabakh azan tanpa pembesar suara. Faktor keadaan keheningan pagi boleh membuatkan suara perlahan dapat didengari lebih jauh dari biasa mesti diambil kira juga.

Islam adalah rahmat seru alam. Ia tidak tegak diatas keangkuhan atau penting diri sendiri. Islam juga ugama selamat sejahtera - ia pentingkan keharmonian qaum. Juga untuk menjadi pertimbangan, keujudan teknologi jam dering dan handphone yang masing-masing boleh pasang untuk bangun solat.

Oleh itu kekuatan sesuatu azan wajar berdasarkan panduan diatas. Kita tidak mahu berperang azan dengan qariah lain atau bersahutan.

No comments:

Post a Comment