Wednesday, September 21, 2011

UPSR - Masih Perlukah Diadakan ?

Pertama kali isu UPSR hendak dimansuhkan lebih setahun lalu saya menentang syor tersebut kerana berpendapat dengan adanya peperiksaan besar seperti UPSR ini akan mendorong pelajar untuk belajar termasuk pegi tuisyen. Namun kini saya lebih cenderung untuk memansuhkannya. Ini kerana dua faktor berikut :

Peperiksaan UPSR Membuatkan Pelajar Belajar Untuk Peperiksaan Semata

Pelajaran adalah suatu proses berterusan dan bukannya ketika menghadapi peperiksaaan sahaja. Proses pembelajaran  "Belajar-Uji Pencapaian-Pembetulan" adalah suatu yang wajar. Proses ini wajar dilakukan setiap bulan demi mengetahui kelemahan pelajar bagi membolehkan pemantapan pemahaman pelajar dibuat. Peperiksaan setiap bulan menyumbang 60%  kepada peperiksaan akhir semester. Gred bagi setiap matapelajaran pula sewajarnya diletakkan didalam bentuk CGPA.  Dengan cara ini kita tidak perlukan UPSR kerana penilaian pelajar dapat dilihat daripada CGPA termasuk untuk kelayakan untuk kemasukan kesekolah berasrama penuh.

UPSR (Ujian Penilaian Sekolah....) Membawa Konotasi Ianya Bukan Menilai Pelajar Tetapi Menilai Sekolah??

Selama ini kita hanya berfikir UPSR itu untuk hanya untuk menilai pencapaian pelajar. Tetapi apabila dilihat kepada makna UPSR kita akan dapati ianya lebih kepada penilain pencapaian sekolah berpaksikan pelajar sebagai alat ukuran. Jadi tak heranlah sekira ada guru sanggup mengurung pelajar yang "tidak sampai tahap" supaya tidak "mengacau"  purata pencapaian sekolah masing-masing terutama bila KPI guru besar adalah pencapaian didalam peperiksaan besar!!.

No comments:

Post a Comment